|
View: 6731|Reply: 3
|
Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
[Copy link]
|
|
|
Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D. Kagan.
Anwar berkata pada pertemuan itu, mereka membincangkan kerjasama dua hala Malaysia-AS yang lebih kukuh terutama dalam bidang perdagangan dan pelaburan serta hubungan antara rakyat kedua-dua negara.
"Kami juga saling bertukar pandangan berhubung isu-isu serantau dan global yang berkepentingan bersama selain tekad meningkatkan kerjasama komprehensif ke tahap yang lebih tinggi," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
Kagan sebelum ini dilaporkan berkata hubungan ekonomi AS-Malaysia adalah kukuh dengan lebih RM150 bilion nilai pelaburan langsung asing (FDI) sejak 2021.
AS adalah pelabur utama di Malaysia.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tengok la cara mat saleh ni berdiri. tegak bongkak rasa dia besar benar. tak tau la kenapaaku merengsa tengok bangsa amarika ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sama ada acik mureka ni yg bongkak ataupun badan nuar makin membongkok
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Duta nazeri teksi dpt ke pjbt presiden & bersalam joe bidin? |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|