CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 4317|Reply: 0

[Dunia] Thailand batal cadangan bayaran pelancongan

[Copy link]
Post time 14-6-2024 10:17 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 13-6-2024 06:20 PM



Thailand batal cadangan bayaran pelancongan

Jun 13, 2024 @ 1:31pm




Srettha bergambar dengan boneka tradisional Thailand pada majlis menyambut kumpulan pertama pelancong China di bawah skim kemasukan tanpa visa di Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok, baru-baru ini. - Foto REUTERS



SINGAPURA: Thailand membatalkan rancangan untuk melaksanakan yuran pelancongan sebanyak 300 baht (AS$8.20) untuk pelawat yang tiba di negara itu melalui udara.

Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin mengumumkan keputusan kerajaan untuk menggugurkan rancangan itu ketika lawatan ke Chiang Mai Sabtu lalu.

"Yuran itu...'sudah ditinggalkan' dengan rasional bahawa penghapusannya boleh menggalakkan perbelanjaan pelancong yang lebih tinggi di kawasan lain.

"Ia sekali gus memberikan rangsangan lebih besar kepada ekonomi," kata Jabatan Perhubungan Awam Kerajaan Thailand di laman webnya.

Kerajaan Thailand sebelum ini meluluskan yuran kontroversi pada Februari 2023, dengan jurucakap Pejabat Perdana Menteri negara itu berkata, pada masa itu yuran yang dikenakan akan 'digunakan untuk mengurus dan membangunkan pelancongan'.

Bagaimanapun, bayaran itu berdepan tentangan daripada sektor swasta, kata Jabatan Perhubungan Awam Kerajaan.

Thailand bergerak untuk meningkatkan pelancongan di negara itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Bulan lalu, kerajaannya meluluskan tempoh tinggal visa yang lebih lama untuk pelancong, pelajar lepasan ijazah dan pekerja jauh serta syarat visa yang lebih baik untuk pesara.

Mulai bulan ini, pengembara dari 93 negara akan dibenarkan tinggal di negara itu untuk tempoh 60 hari, meningkat daripada 57 negara sebelumnya, manakala lebih banyak lagi akan layak mendapat visa ketika ketibaan.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand baru-baru ini melancarkan kempen dipanggil 'Amazing Thailand: Your Stories Never End', yang memfokuskan pada perjalanan mewah sambil mengetengahkan tarikan budaya dan semula jadi negara itu serta mempromosikan negara sebagai destinasi kesejahteraan dan pengembaraan.

Terdapat juga desakan supaya wilayah Nan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, yang diketengahkan Srettha semasa mesyuarat Kabinet pada Selasa ketika beliau memperincikan rancangan untuk mempromosikan pelancongan di utara negara itu, lapor Bangkok Post.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2025 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.040545 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list