CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5210|Reply: 12

[Dunia] ‘Mayat’ hidup semula, lari 3 kilometer pulang ke rumah​’

  [Copy link]
Post time 14-6-2024 11:14 AM | Show all posts |Read mode
‘Mayat’ hidup semula, lari 3 kilometer pulang ke rumah​
  • Oleh KOSMO
  • 13 Jun 2024, 6:30 pm

Prueang berlari pulang ke rumahnya sejauh 3 kilometer dalam keadaan tidak berbaju dan berkaki ayam. – PPTV HD

BANGKOK – Seorang lelaki dari rantau Isaan berlari pulang ke rumahnya sejauh 3 kilometer dalam keadaan tidak berbaju dan berkaki ayam setelah kembali bernyawa selepas disahkan meninggal dunia, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Anggota penyelamat daripada Yayasan Menyelamat Sawang Arom, Worrasethtakorn Sakdasakunkunakorn berkata, lelaki berusia 59 tahun itu dikenali sebagai Prueang Enmak.

Kata Worrasethtakorn, pasukan penyelamat bergegas ke rumah Prueang selepas menerima laporan ahli keluarganya mengatakan bahawa dia rebah dan tidak sedarkan diri.

Sejurus tiba, petugas kecemasan memberikan bantuan penafasan kepada Prueang meskipun lelaki itu sudah tidak bernafas.

Kira-kira 20 minit kemudian, Prueang kembali bernyawa dan pasukan kecemasan membuat keputusan untuk membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Semasa berada di dalam ambulans, Prueang tiba-tiba mengamuk dan mahu pulang ke rumah.

Seorang jururawat cedera ringan ketika cuba menahannya.

Lelaki itu keluar daripada ambulans dan mengancam petugas kecemasan menggunakan kayu agar mereka tidak menghalangnya.

Prueang seterusnya berlari sejauh 3 kilometer sehingga dia tiba di rumahnya, menyebabkan keluarganya terkejut.

Ketika menjelaskan perkara itu kepada media tempatan, Prueang berkata, dia berasa penat selepas berlari sejauh itu dan hairan bagaimana dia berupaya bertindak demikian.

Namun ujarnya, dia ketika itu hanya berfikir mahu segera sampai ke rumah, dan bukannya hospital. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2024 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah pulak dah
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2024 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti dia panic fikir ni kalau sampai spital boleh2 ditidurkan terus.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2024 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut hospital kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2024 03:18 PM | Show all posts
Nohh
Saka dia lambat masuk seru
Amek masa 20 minit baru dapat system activation
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2024 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Gilerr ah , ni baru betol mati hidup semula
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2024 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
mujur masih berseluar
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2024 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye la kang kalau sampai spital hada potensi mati betul2 'terbunuh' pulok if uols get what ai mean.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2024 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
mere yanna tangki satti kurayya marpudel kilometer kalalla

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2024 04:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Tentu ada penjelasan yang saintifik tentang ni. Lama kot,20 minit sedar semula slps bantuan perubatan. Ke media salah report?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2024 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Pulak.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 09:25 AM | Show all posts
dalam gambar tu dia ke? mcm terlebih sado utk lelaki umur 69 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
klu konoha istilah mati suri. Adakah dia ada masalah degupan jantung? mgkn dia tkt ke hospital sbb bayaran hospital mahal maybe?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-7-2024 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.072683 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list