CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49919|Reply: 561

[Tempatan] 6 bulan berlalu, suami setia tunggu isteri pulang

[Copy link]
Post time 15-6-2024 12:48 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-6-2024 08:50 AM

6 bulan berlalu, suami setia tunggu isteri pulang

Izz Laily Hussein[email protected]






Istiqomah didakwa tidak pulang ke rumah sejak 26 Disember 2023. FOTO TULAR MEDIA SOSIAL




Johor Bahru: Seorang suami setia menunggu isteri tercinta yang menghilangkan diri sejak 26 Disember tahun lalu pulang ke pangkuan keluarga.

Walaupun hampir enam bulan berlalu, Mohd Yusof Mokhtar, 35, yakin isterinya, Istiqomah Ahmad Rozi, 34, akan pulang dengan selamat.

Menurut Mohd Yusof, pencarian isterinya masih diteruskan termasuk mendapatkan khidmat pakar perubatan Islam.

"Saya ada ikhtiar tanya ustaz yang pakar dalam perubatan Islam. Saya dimaklumkan, isteri saya memang mahu pulang, tetapi ada halangan. Katanya, seperti ada 'seseorang' yang memegangnya.

"Saya tahu isteri saya masih di dalam negara ini. Saya berharap sangat, jika benar ada orang yang 'menyimpannya' atau sesiapa yang jumpa dia, harap-harap mereka lembut hati lepaskan isteri saya, pulangkan dia kepada saya dan anak-anak," katanya ketika dihubungi.

Mohd Yusof berkata, anak sulung mereka berusia sembilan tahun sudah memahami kehilangan ibu mereka dan kerap termenung memberitahu rindu akan wanita itu
.
Katanya, dua lagi anak mereka masing-masing berusia empat dan enam tahun masih belum mengerti dan menganggap ibu mereka yang bekerja sebagai seorang guru, keluar pergi ke sekolah.

Istiqomah didakwa tidak pulang ke rumah sejak 26 Disember lalu dan gagal dihubungi sehingga kini.

Mohd Yusof membuat laporan polis sejurus kehilangan wanita itu, sebelum keesokan harinya, kereta dipandu wanita terbabit ditemui di parkir sebuah pasar raya dekat Kota Masai, berhampiran rumah mereka.

Bercerita lanjut, Mohd Yusof berkata, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pasar raya berkenaan, kelihatan seorang lelaki keluar daripada kenderaan itu, sebaliknya kelibat isterinya tidak kelihatan.

"Saya tidak kenal lelaki itu, malah dia juga seolah menutup wajahnya sehingga sukar dilihat. Peliknya, hanya lelaki itu yang keluar daripada kereta isteri saya, tetapi isteri saya tiada," katanya.

Mohd Yusof berkata, pada hari kejadian, dia yang berkerja sebagai juruteknik di Pasir Gudang, keluar bekerja pada jam 6.30 pagi dan keadaan di rumah ketika itu seperti biasa.

"Ketika itu cuti sekolah, isteri saya tidak bekerja. Pagi itu, saya keluar kerja macam biasa, saya dan isteri juga tiada masalah. Kami bersalaman seperti biasa.

"Apabila saya pulang ke rumah jam 6 petang, isteri tiada di rumah. Dia juga tidak ada memberitahu saya dia ke mana. Apabila saya tanya anak saya, anak kata isteri saya pergi ke sekolah.

"Saya kemudian mencarinya di sekolah, namun pengawal keselamatan sekolah maklumkan isteri saya tidak ada pergi ke sana. Saya ada menghantar mesej kepadanya menerusi aplikasi WhatsApp, tetapi mesej itu tidak sampai.

"Tiga hari pertama itu, dia ada hantar mesej, tetapi ayat mesej itu seperti bukan dia yang tulis. Lepas hantar mesej, sekejap sahaja, nanti telefon bimbit itu seperti ditutup," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan tentang laporan kehilangan wanita itu yang diterima pada 27 Disember 2023 pada jam 12.36 tengah malam.

"Sehingga kini siasatan masih dijalankan dan usaha mengesan wanita itu masih diteruskan," jelasnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Istiqomah boleh menghubungi Mohd Yusof di talian 019-6919062 atau ibu wanita berkenaan, Saliha Ya di talian 017-9052746.


Disiarkan pada: Jun 14, 2024 @ 6:07am





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2024 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Teruskan istiqomah ja lah..smoga Allah permudah smuanya
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2024 03:09 AM | Show all posts
"Saya ada ikhtiar tanya ustaz yang pakar dalam perubatan Islam. Saya dimaklumkan, isteri saya memang mahu pulang, tetapi ada halangan. Katanya, seperti ada 'seseorang' yang memegangnya.

ni ayat cliche 'pakar perubatan islam' patut dibanned je individu cmni, dari zmn mh370, balik2 guna ayat ni, terhalang, dihalang, mahu pulang, psl menggunakan perkataan agama, tang mana dia tahu kene halangan, sapa bitau dia?,

sedangkan nabi yakub hilang nabi yusuf, pun tk tau mana yusuf pi, tu taraf nabi tu

yg pelik org melayu yg dikatakan pakar mcm ada kuasa lebih dari nabi plak?..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2024 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum ni tak berapa pemes kisah ni. Tapi minggu ni macam media berusaha kasi up.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2024 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Entah la dah ke mana si Istikomah ni. Mungkin lari dengan skendel.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2024 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi la gmbo istiqomah yg jelas dan terang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2024 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
X pergi sekolah mengajar ke.  Gaji jalan ke.  Cuba stopkan gaji, kot jumpa lepas tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2024 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada history tak berapa best kot istiqomah ni, pastu something happened yg menyebabkan dia tak boleh kembali kepada keluarga. Macam cerita Korea Helpless tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2024 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 15-6-2024 06:59 AM
Entah la dah ke mana si Istikomah ni. Mungkin lari dengan skendel.

Masa kami remaja meols ada kwn yg 'hilang' mak. Tapi bukan mak dia lari tapi yg ada kt umah tu mcm mak org lain.  Mak dia ada pakai cincin pemberian seorang lelaki. Bapak dia percaya mak dia dibuat org. Bapak dia sabar n bwk berubat sampai mak dia sembuh. Alhamdulillah 1 family kembali aman sedia kala dan bapak dia pon dah meninggal. Masa kwn meols citer tu meols ckp la betul ke mak ko kene buat? Tah tah skendel. Kwn meols ni baik la sgt jwb helok kata tak mmg mak dia org buat. Sbb lepas berjaya berubat tu mak dia mcm baru tersedar. Seblum tu gelisah rindu2 kst lelaki tu  Tgok gambar mak dia mmg hot la utk ada 5 umo 40an. Ni bapak dia meninggal mak dia elok single lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah jumpa kan cikgu istiqomah ni, mayat kena  kerat, kepala pun di kerat.. Jumpa kat alor gajah kalau tak silap
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
iraizz replied at 11-8-2024 11:38 PM
Dah jumpa kan cikgu istiqomah ni, mayat kena  kerat, kepala pun di kerat.. Jumpa kat alor gajah kala ...

adoi kesian
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
iraizz replied at 11-8-2024 11:38 PM
Dah jumpa kan cikgu istiqomah ni, mayat kena  kerat, kepala pun di kerat.. Jumpa kat alor gajah kala ...

Allahu... Mana nak baca news ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
iraizz replied at 11-8-2024 11:38 PM
Dah jumpa kan cikgu istiqomah ni, mayat kena  kerat, kepala pun di kerat.. Jumpa kat alor gajah kala ...

Tak sangka pengakhiran mcm ni.

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Allahuakbar..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 12-8-2024 12:51 AM

Biadab lelaki melayu Islam membunuh perempuan dan org tua sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
iraizz replied at 11-8-2024 11:38 PM
Dah jumpa kan cikgu istiqomah ni, mayat kena  kerat, kepala pun di kerat.. Jumpa kat alor gajah kala ...

Berita mana uolss..tak jumpa puniols gugel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2024 01:04 AM | Show all posts
iraizz replied at 11-8-2024 11:38 PM
Dah jumpa kan cikgu istiqomah ni, mayat kena  kerat, kepala pun di kerat.. Jumpa kat alor gajah kala ...

Confirm ke itu mayat dia? mayat tu jumpa dlm januari mcmtu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
miss_perfect replied at 11-8-2024 11:49 PM
Allahu... Mana nak baca news ni?

Kat fb
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 12-8-2024 12:53 AM
Berita mana uolss..tak jumpa puniols gugel

Kat fb, search nama istiqomah
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
putriTS replied at 12-8-2024 01:04 AM
Confirm ke itu mayat dia? mayat tu jumpa dlm januari mcmtu kan?

Berita tak keluar lagi, tapi ada kisah pasal mayat ni kalau search kat fb taip istiqomah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.122284 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list