CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7784|Reply: 3

[Tempatan] Kakitangan bank diberkas, kes wang akaun simpanan tetap lesap

[Copy link]
Post time 16-6-2024 01:06 AM | Show all posts |Read mode


Kakitangan bank diberkas, kes wang akaun simpanan tetap lesapOlehAHMAD ISMADI ISMAIL

15 Jun 2024 06:39pm








KUALA LUMPUR - Seorang kakitangan bank telah ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan wang dari akaun simpanan tetap melibatkan kerugian RM24.2 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suspek berusia 38 tahun itu telah ditahan di Kota Kinabalu, Sabah pada Khamis.



Ramli


"Siasatan setakat ini mendedahkan terdapat penglibatan ahli sindiket dari dalam dan luar bank yang bersubahat bagi urusan pengeluaran wang berkaitan memandangkan ia hanya boleh dilakukan melalui pakatan dalaman," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Ramli berkata, melalui serbuan yang dijalankan, pihaknya turut merampas tiga unit telefon bimbit beserta kad sim, lapan kad mesin juruwang automatik (ATM) pelbagai bank, wang tunai RM4,400 dan sebuah komputer riba.

"Pasukan penyiasat juga sedang dalam usaha mengesan dan menangkap beberapa individu lain yang telah dikenal pasti," katanya.


Mengulas lanjut, Ramli berkata, pihaknya menerima empat laporan polis berkait kehilangan wang dari akaun simpanan tetap di Petaling Jaya, Selangor pada awal Jun.

"Pengadu yang terdiri daripada pemilik akaun dan kakitangan bank memaklumkan terdapat pengeluaran wang mencurigakan yang dilakukan secara tunai di Kota Kinabalu, melibatkan beberapa akaun simpanan tetap di bank tersebut.

"Kesemua pemilik akaun yang terlibat menafikan pengetahuan mereka tentang perkara tersebut dan tidak pernah ke Kota Kinabalu bagi membuat pengeluaran sebagaimana didakwa," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat dibawah seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Siasatan kes ini dilaksanakan dengan sebaiknya selaras dengan peruntukan undang-undang bagi memastikan pelaku yang terlibat dihadapkan ke mahkamah," ujarnya.


https://www.sinarharian.com.my/article/670290/berita/semasa/kakitangan-bank-diberkas-kes-wang-akaun-simpanan-tetap-lesap?utm_source=izooto&utm_medium=push_notifications&utm_campaign=Kakitangan%20bank%20diberkas,%20kes%20wang%20akaun%20simpanan%20tetap%20lesap




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2024 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
SOP Bank sekarang makin haprak. Duit disimpan di Bank dah makin tak selamat.  Duit bolih dikeluarkan dari Bank tanpa pengetahuan depositor.....dimana mana sahaja.
Kembalikan sistem lama.....Bank dan depositor simpan satu rekod atau bukti penyimpanan.....contoh FD certificate.  Nak keluar duit......bawak cert,  IC dan isi form dan tandatangan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2024 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Bank apa ni uols?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2024 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Bank yang ramai orang tak kenal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-7-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.065293 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list