CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7900|Reply: 56

[Tempatan] Warga S’pura tidak lagi ulang-alik rumah di JB setelah diberi amaran pegawai imigresen M’sia

  [Copy link]
Post time 17-6-2024 05:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 17-6-2024 01:20 AM

Warga S’pura tidak lagi ulang-alik rumah di JB setelah diberi amaran pegawai imigresen M’sia
Pemilik rumah JB dakwa dinasihati usah salah guna
Pas Lawatan Sosial, sebaliknya mohon visa
‘Malaysia Rumah Keduaku’



Pasangan suami isteri warga Singapura, yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Muna dan Encik Kas, berulang-alik hampir setiap hari dari Singapura ke Johor Bahru (JB) tanpa banyak kerumitan sebelum ini untuk menetap di rumah yang dibeli di JB sejak 2014.

Namun, pengalaman tersebut menjadi kurang menyenangkan setelah mereka disoal oleh pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) beberapa kali sejak hujung 2022.

Rumah teres berhampiran Taman Mount Austin itu – dibeli pada harga RM936,000 atau sekitar $360,000 mengikut kadar pertukaran bagi 2014 – terletak sekitar 30 minit memandu dari Pusat Pemeriksaan Woodlands, jika tiada kesesakan.

Pasangan itu memberitahu Berita Minggu(BM) sungguhpun lumrah menempuh kesesakan semasa memandu, proses berulang-alik tidak banyak isu sebelum ini. Namun, ia berubah sejak penghujung 2022.

Cik Muna, seorang penyelaras mutu, berkata: “Kami telah disoal beberapa kali tentang tujuan kami berulang-alik secara harian oleh pegawai di kaunter imigresen sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan.

“Ia bermula penghujung 2022 sehingga 2023 dan pegawai bertugas memberi amaran kepada kami.

“Kami diberitahu agar memohon program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H). Saya diberitahu perlu ada sekurang-kurangnya RM1 juta ($286,560) dalam bank Malaysia. Saya tak mampu kalau begitu.”

Menurut kenyataan media di laman rasmi Pelancongan Malaysia, MM2H ialah program pemastautin bagi warganegara asing menetap atau bersara di Malaysia, pasnya sah selama lima tahun dan boleh diperbaharui.

Pasangan itu kini memasuki Johor pada Khamis untuk menetap di rumah mereka semasa hujung minggu sebelum pulang pada Isnin, dan mengulangi rutin tersebut bagi mengelak daripada disoal pegawai imigresen.

Pengalaman sedemikian turut dikongsi Encik Mohamed Kassim Yusoff apabila beliau dan beberapa anggota keluarganya berulang-alik hampir setiap hari dari Singapura ke Johor Bahru setelah membeli rumah teres pada harga sekitar RM500,000 di Taman Nusa Indah pada 2010.

Namun, pesara berusia 71 tahun itu berkongsi beliau menjual rumah tersebut pada 2023 disebabkan pengalaman kurang menyenangkan ini, yang menurutnya berlaku beberapa kali terhadap dirinya dan anggota keluarga lain sejak 2019. Beliau kini menetap di flat HDB di kawasan Punggol.

Beliau menjelaskan sungguhpun kadangkala perlu berhadapan kesesakan, pengalaman ulang-alik dengan memandu kereta tidaklah begitu mendebarkan dan memberi tekanan sebelum ini.

“Kami selalu ulang-alik macam biasa (sejak ada rumah di sana). Tetapi saya perasan kami disoal (pegawai imigresen) bermula sekitar awal 2019.

“Pegawai tanya apa tujuan kami ulang-alik dan sebagainya. Tetapi apa yang kami tak tahan ialah cara teguran (dan cara soalan) diajukan kepada kami,” tambahnya.

Sekiranya beliau ingin ulang-alik seperti biasa, pegawai tersebut menyarankan agar Encik Kassim membuat permohonan bagi program MM2H dan diberi peringatan untuk tidak menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial.

Pekeliling terkini Prosedur Visa dan Keperluan Kemasukan ke Malaysia yang dikeluarkan Divisyen Imigresen, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura, dikemas kini pada Februari 2024, menyatakan pemegang pasport Singapura secara umumnya diberi Pas Lawatan Sosial bagi tujuan pelancongan, antara lain, untuk memasuki Malaysia.

Namun, pekeliling sebelum ini bertarikh Mac 2023 menjelaskan pas itu tidak boleh digunakan untuk ulang-alik setiap hari atau menetap di Malaysia bagi tempoh maksimum atas tujuan tinggal bersama keluarga atau rakan atau menyewa atau membeli hartanah di Malaysia.

Apabila BM menyemak pekeliling terkini bertarikh Februari 2024, peraturan tersebut tidak lagi tertera.

Seorang lagi warga Singapura berusia 66 tahun, yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Harris dan kini bekerja sebagai pemandu, berkata beliau pernah disoal di kaunter imigresen ketika pemeriksaan pasport di pusat pemeriksaan Bangunan Sultan Iskandar (BSI) pada awal 2023 sebelum dibenarkan meneruskan perjalanannya.

Rumah teresnya itu terletak berdekatan Taman Mount Austin, yang dibelinya pada 2014 pada harga RM888,000.

“Saya diberitahu tidak boleh ulang-alik antara JB dan Singapura setiap hari. Hanya dibenarkan seminggu sekali kalau nak masuk atau menjarakkan tempoh masuk ke JB. Kalau boleh jangan nampak ketara sangat,” ujarnya.

Menjawab pertanyaan BM, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menjelaskan ia tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan yang melarang perjalanan keluar masuk Malaysia bagi warganegara Singapura, selagi mana individu tersebut tidak tergolong dalam syarat Imigran Larangan, mempunyai pasport cukup tempoh sah laku dan miliki pas yang sah.

Peguamcara dan Peguambela Imigresen yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Cik Niki Lim Hui Min, pula berkata mana-mana warga asing yang ingin tinggal di Malaysia untuk tempoh masa panjang umumnya perlu memiliki visa, permit atau pas sah, dan yang paling sesuai biasanya ialah visa di bawahMM2Hatau Program Visa Premium (PVIP).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2024 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Vice versa. Kalau orang Malaysia buat macam tu?


Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2024 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Masuk le mm2h..
Tu pung nak.bising
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2024 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Singaporean kita kasi depa special scheme la klu nk ulang alik jb sg. Buat satu syarat yg win win utk both side.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2024 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Org2 ini buat sesak jalan, brg harga RM jadi harga singapok, harga rumah naik, tanah kilang rumah dimiliki Singaporean, jajahan sedikit demi sedikit
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2024 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 17-6-2024 05:23 PM
Vice versa. Kalau orang Malaysia buat macam tu?

Kalau orang Malaysia yang duduk di Malaysia dan bekerja di Singapura ulang alik setiap hari, memang boleh kalau ada work pass atau work visa dari Singapura dan bukan duduk di Singapura. Dia keluar masuk Malaysia setiap hari tak jadi masalah sebab dia warga Malaysia.

Warga Singapura yang dalam artikel ni dia duduk di Malaysia dan ulang alik ke negara dia sendiri so imigresen Malaysia tak benarkan kecuali kalau ada PR atau visa MM2H dan seumpamanya.

Kalau warga Malaysia duduk di Singapura dan ulang alik masuk Malaysia setiap hari atas pas lawatan, dan tentu jadi isu semasa di CIQ Singapura.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2024 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Padanlah muka kau. Senang lenang je kau.
Kalau Matsalleh apply MM2H kena ada berjuta, kau ketawakan. Hah, nah. Ambik kau. Mmg patut pun kau kena kerek dgn immigration officer Malaysia. Officer kau cemana pulak? Mcm taik.
Paling kelakar aku baca kat atas tu, dia duduk Malaysia kemain rumah besar, sekali jual, berambus balik negara dia, terus duduk flat HDB.
Kah kah kah. Ehhh kata 1st class country. Hambik la kau first class flat. Kah kah kah aku tertawa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 17-6-2024 09:02 PM
Org2 ini buat sesak jalan, brg harga RM jadi harga singapok, harga rumah naik, tanah kilang rumah di ...

betul tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2024 08:18 AM | Show all posts
jangankan ulang alik jb-singapork,
bini pacik aku dari bangi-singapork pun sanggup ulang alik.
dah kawen dgn kazen jugak org malaysia puluh tahun,
tak hingin dia jadi rakyat malaysia.
tp hadap nk duduk malaysia
kalo balik singapork tu kena duk flat,
paking flat kena bayar 200 dollar sebulan kahkahkah
padan muker

bila tanya nape tak apply kerakyatan malaysia..
katanya apa curlasss.
dia rasa mcm up 1 leval dari kita2 ni
walhal duk malaysia pun jadi suri rumah
pastu sakit semput mengusung tong gas
kulu kilir menunggu mereput jahhh

tak ada jasa pun kat malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 08:28 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 17-6-2024 05:23 PM
Vice versa. Kalau orang Malaysia buat macam tu?

malaysian yang ulang alik melalui woodland-BSI semuanya mengunakan work permit/Spass/Epass. manakala sinkies ni hanya passport semata. i wonder why BSI kita tak tegas seperti ICA singapore. ICA singapore akan deny entry mana-mana orang yang selalu ulang alik singapore-JB tanpa urusan.cuma ada kelongaran untuk malaysia. kalau negara lain memang sangkut d ICA woodlands.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Ddk negara dia susah nak menikmati Singdollar. Everythings expensive.Dtg Malaysia terus fefeeling old money. So cheaappp kata nyer..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 09:00 AM | Show all posts
justchu replied at 18-6-2024 08:18 AM
jangankan ulang alik jb-singapork,
bini pacik aku dari bangi-singapork pun sanggup ulang alik.
dah ...

dia orang belagak bila masuk negara bawah dari dia orang je kaka.dalam negara mereka.sama je seperti kita.tapi tak la semua mereka tu belagak.klu u tengak mak alip ajij..tu la ciri-ciri tipikal sinkies.padahal di negara mereka tu sama je macam kita.cari makan mcm kita.dan di singapore ni juga la i sometime sedih tengok acik acik dan nyonya yg dh bongkok tua masih mencari duit demi sesuap nasi.walhal mak kita baya-baya tu relax je di rumah.pergi ke kebun as a hobby je.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 09:02 AM | Show all posts
CoffeeOverdose replied at 18-6-2024 08:30 AM
Ddk negara dia susah nak menikmati Singdollar. Everythings expensive.Dtg Malaysia terus fefeeling ol ...

the real old money adalah brunie.sebab tu brunie tidak ada perangai kiasu.sombong tu adalah.semestinya..hahhaha.. btw sapa ke brunie boleh je guna sing dollar. i hari tu ke brunie tak tukar duit pun.hulur je duit SGD.acceptable gitu.tapi bukan untuk kedai-kedai yang biasa-biasa la.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
byk songeh laa sporean ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Gianna111 replied at 18-6-2024 09:02 AM
the real old money adalah brunie.sebab tu brunie tidak ada perangai kiasu.sombong tu adalah.semest ...

halahhh old money apa nyehh brunei tu??
cuba tgk wkend kat miri tu berbondong2 bawak blk minyak masak sorok, mcm2 brgan runcit pun ada aihh. immi pun takde check beria.hrpnya skrg tak lagi la.
old money yg betul2 kaum kerabat ye la kot. stakat rakyat jelata tu baik lagi ummah malaya ni haaa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 09:25 AM | Show all posts
syamzana replied at 18-6-2024 09:19 AM
halahhh old money apa nyehh brunei tu??
cuba tgk wkend kat miri tu berbondong2 bawak blk minyak ma ...

ye old money untuk kaum kerabat dia orang je la. brunie dah lama kaya dari singapore.tu yang i cakap old money.singapore baru sekarang je kaya raya.dah tu banyak type c tu yang sikit vibes nya. btw rindu cendol brunie $1.hahahha..rindu cendol limbang!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2024 09:25 AM | Show all posts
syamzana replied at 18-6-2024 09:15 AM
byk songeh laa sporean ni.

banyak songeh dan kaki complain.sebab tu siap ada page "singapore complain"
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 09:33 AM | Show all posts
Ni namanya Singaporean ada duit tapi tak bijak. Dia ingat boleh kelentong pegawai imigresen gamaknya. Even driver yang keluar masuk SG tiap hari pun, ada certain period tu depa tak boleh masuk, dah terlebih limit keluar masuk... driver velfire, alphard yang bersepah kat JB ni buat bisnes transport.

nak sangat duduk JB... apply la MM2H. Boss weols beli rumah kat Setia Tropika, aman2 duduk situ kalau dia malas nak ngadap jem kat tambak.

Tapi ramai jugak Malaysian yang duduk SG beli apartment kat JB ni buat investment.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
abangbikerz replied at 17-6-2024 08:29 PM
Singaporean kita kasi depa special scheme la klu nk ulang alik jb sg. Buat satu syarat yg win win ut ...

Buat Pasport Sempadan.

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 17-6-2024 05:23 PM
Vice versa. Kalau orang Malaysia buat macam tu?

Untung dpt beli rmh kt msia....
Klu kita pi klate je, blm tentu dpt beli tanah wlupun kita warganegara msia....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-7-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.070229 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list