View: 3344|Reply: 34
|
Muhyiddin: Terima kasihlah Anwar kerana turunkan harga telur 3 sen
[Copy link]
|
|
Muhyiddin Yassin menjangkakan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan mengumumkan satu mekanisme komprehensif untuk menurunkan harga barang.
Bagaimanapun, kata bekas perdana menteri itu, jangkaannya meleset apabila tiada sebarang kenyataan mengenai pakej ekonomi dan bantuan rakyat bernilai RM4 bilion yang bersamaan dengan jumlah penjimatan perbelanjaan kerajaan hasil penyasaran subsidi diumumkan.
“Namun yang diumumkan hanyalah penurunan harga telur yang melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM100 juta sahaja.
“Jangkaan saya meleset,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Semalam, Anwar menerusi satu kenyataan berkata, kerajaan memutuskan harga runcit telur ayam seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji.
Katanya, ini selaras usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat.
Sehubungan itu, harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C masing-masing turun kepada 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji berkuat kuasa semalam.
Dalam kenyataan yang sama, perdana menteri berkata, kerajaan masih menanggung sekitar RM7 bilion subsidi berkaitan diesel di Semenanjung Malaysia.
Sambil menjelaskan subsidi tidak dihapuskan, katanya, apa yang dilakukan adalah memastikan pengurusan subsidi yang lebih cekap, tidak tiris dan sampai kepada kumpulan rakyat yang selayaknya.
Pada 15 Jun lalu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil selaku jurucakap kerajaan Madani mengumumkan perdana menteri akan membuat satu pengumuman baik berkenaan barangan makanan keesokan harinya.
Katanya pengumuman itu adalah hasil kerjasama baik dan persefahaman dicapai di antara pihak kerajaan dan sektor industri sebagai usaha membantu rakyat.
Namun, ia tidak menjadi kenyataan, sebaliknya Anwar semalam hanya mengeluarkan kenyataan mengumumkan harga telur diturunkan.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, sebenarnya banyak lagi barangan keperluan yang seharusnya diturunkan harganya.
“Terima kasihlah perdana menteri kerana mengumumkan penurunan harga telur sebanyak 3 sen. Katanya ini sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi diesel kepada rakyat.
“Cuma yang naik harga selepas penarikan balik subsidi diesel bukan telur sahaja. Banyak lagi barang dan perkhidmatan yang naik harga. Ini termasuk tambang bas sekolah,” katanya lagi.
Sumber : Malaysiakini |
|
|
|
|
|
|
|
dapat jimat rm3 sen bagi setiap telur yang dibeli |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke rega telur & ayam dah diapungkan ikut pasaran? So, selama ni tokey telur sapu untung kiri kanan la subsidi pun madanon bagi lagi??? Yg mat sabun pi mkn angin cari teloq sampai India tu mana dia teloq dia? Mangkok tul la |
|
|
|
|
|
|
|
Roti telur turun rega jugak ke ?? |
|
|
|
|
|
|
|
Ini je ke berita baik yg diwar2kan tu. Rasanya rakyat tak hairan pun sebab langsung tak terjejas setakat 3sen sebijik. Ko boleh settle harga beras balik macam dulu tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Mujur la telor kerandut bangnon turun 3 sen jerr |
|
|
|
|
|
|
|
Maceh pakcik nuawrt.. iols jarang makan telur |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 18-6-2024 03:16 PM
Roti telur turun rega jugak ke ??
Idok pong..baru tadi makan roti tulur..RM3.00 kalau tulur saja..RM3.50 kalau taruk bawang..
|
|
|
|
|
|
|
|
Zaman sembab apa yg turun? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak terucap dgn kata2, terima kasih bangnon. Bnyk sgt ni turun nya sampai 3 sen. [em:15:] |
|
|
|
|
|
|
|
Yey rega telur dah turun. Blh beli telur byk2 mkn byk2. Lepas ni apa lg bakalan ikut jejak menurun. Tak kan telur je kot |
|
|
|
|
|
|
|
Mahiadin hidup lagi ke...tak lepas ke dia ke Bangkok nak resmikan restaurant Malaysia hok hok (akal nyam nak jumpa anak menantu n geng sakau dia yang nyorok kat Bangkok) takut SPRM punya pasal...betaun duk Bangkok |
|
|
|
|
|
|
|
pru haritu aku undi anwar, sebab bila aku tengok calon lain, terutamanya mahiadin, hm lagi punah, hancur, gelaplah negara kalo dia yg perintah. no choice, aku pilih je anwar, atleast ada kebarangkalian sama ada baik atau buruk. Now, dah nampak baik buruk anwar, telan jela nak wat cane. tunggu next pru.. tapi yg pasti memang aku takkan undi mahiadin. tu je nak ckp. |
|
|
|
|
|
|
|
Harga telur turun 3 sen diumumkan olih seorang PM. Bebal ke apa? Mat Sabu garu telur je ke? |
|
|
|
|
|
|
|
zuriey replied at 18-6-2024 07:08 PM
Zaman sembab apa yg turun?
dia yang turun |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah nampak beras tempatan dia pasaran. Entah ke mana perginya beras ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
insulin replied at 18-6-2024 10:32 PM
Tak pernah nampak beras tempatan dia pasaran. Entah ke mana perginya beras ni.
Tu la pasal, next year zakat fitrah kena ikut harga beras import. |
|
|
|
|
|
|
| |
|