View: 3802|Reply: 13
|
Jemaah haji hilang tiga hari lepas lontar jamrah ditemui selamat
[Copy link]
|
|
KUALA SELANGOR – Kehilangan seorang jemaah haji lelaki yang gagal dikesan di Mina sejak Ahad lalu terlerai apabila dia ditemui dalam keadaan selamat hari ini.
Salleh Hassan, 61, yang menetap di Puncak Alam di sini dilaporkan hilang kira-kira pukul 9 malam waktu tempatan selepas keluar bersendirian melontar jamrah.
Anaknya, Mohamad Khairul Asyraf, 28, berkata, mutawif tempatan menghubunginya memaklumkan bapanya itu dijumpai selamat di sebuah hotel di Masjidil Haram.
“Namun, saya masih menunggu panggilan telefon daripada ayah dan ibu, Kamsiah Nawin, 56, yang turut mengerjakan ibadah haji,” katanya kepada pemberita.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Masa emak saya pergi haji dulu pun dia cerita ada jemaah hilang selepas melontar. Dua hari kemudian muncul pakcik tu di khemah. Kain ihram yang putih dah nampak kuning. Bila ditanya, pakcik tu cakap dia ada di perkhemahan dari Pakistan. Makan semua dia join jemaah Pakistan tu. Tapi dia tak perasan pun dia hilang dua hari... |
|
|
|
|
|
|
|
imransulaiman replied at 19-6-2024 10:51 PM
Masa emak saya pergi haji dulu pun dia cerita ada jemaah hilang selepas melontar. Dua hari kemudian ...
Agaknya dah terlampau penat kan dengan panas and jalan jauh jadi otak pun takda fikir lain. Tu yg tak perasan kot |
|
|
|
|
|
|
|
Syukur selamat. Ayah aku cerita banyak jemaah yg sesat tak jumpa khemah masa kt mina tu. Orang kan ramai dan tempat luas, ada perkhemahan banyak negara lain. Walaupun ada tanda tapi bila dah banyak dan nampak serupa je boleh sesat |
|
|
|
|
|
|
|
cempakaa replied at 19-6-2024 11:47 PM
Agaknya dah terlampau penat kan dengan panas and jalan jauh jadi otak pun takda fikir lain. Tu yg ...
Saya pun rasa macam tu. Cuaca panas ni kalau kita tak biasa, tambahan pula badan penat lesu, memang otak tak boleh berfungsi normal...
Wallahu'aklam |
|
|
|
|
|
|
|
menantikan acik bkk cerita ape jd dlm 3 hari kehilangan beliau |
|
|
|
|
|
|
| |
|