CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3634|Reply: 20

[Tempatan] Pemandu maut lori terjunam dalam lubang jalan mendap

[Copy link]
Post time 20-6-2024 12:46 PM | Show all posts |Read mode
Pemandu maut lori terjunam dalam lubang jalan mendap
Oleh
NIK AMIRULMUMIN NIK MIN
20 Jun 2024 09:49am

Keadaan lori dipandu mangsa yang terbabas sebelum terjunam ke dalam lubang jalan mendap di Jalan Kuantan-Segamat, Pekan pada Rabu.

PEKAN - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki maut selepas lori dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam lubang jalan mendap berhampiran Jambatan Bailey di Seksyen 102, Kilometer 73, Jalan Kuantan-Segamat di sini pada Rabu.

Dalam nahas pada jam 8.55 malam itu, mangsa, Muhammad Farhan Dagang, 29, beralamat di Kampung Cahaya Baru, Masai, Johor mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, siasatan awal mendapati, lori jenis Hino membawa muatan generator elektrik dipandu mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Segamat menghala ke Pekan.

Anggota bomba dari BBP Chini membantu mengeluarkan mangsa tersepit dalam lori yang terjunam ke dalam lubang jalan mendap di Jalan Kuantan-Segamat, Pekan pada Rabu.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi, lori dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terlanggar penghadang jalan plastik sebelum terjunam masuk ke dalam lubang jalan mendap.

"Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan akibat terbabas sendiri dipercayai pemandu tidak menyedari amaran kawasan lencongan jambatan sementara di lokasi itu," katanya.

Mohd Zaidi berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati keadaan jalan berselekoh (lencongan), satu lorong dua hala, garisan tengah kuning sebagai pembahagi jalan, jalan berturap dan terdapat penghadap plastik di kiri dan kanan laluan.



Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria barkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lapan kilometer dari balai untuk operasi menyelamat.


Seorang lelaki maut selepas lori dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam lubang jalan mendap berhampiran Jambatan Bailey di Seksyen 102, Kilometer 73, Jalan Kuantan-Segamat di sini pada Rabu.

"Ketika tiba di lokasi mendapati sebuah lori terjunam ke dalam lubang dan pemandunya tersepit di dalam kenderaan tersebut.

"Kerja-kerja mengeluarkan mangsa segera dilakukan menggunakan peralatan menyelamat," katanya.

Zulfadli berkata, mayat mangsa berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2024 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah
Takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Uishh besarnya lubang tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 02:00 PM | Show all posts
tengah laju ke tu.apapun salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 02:41 PM | Show all posts
i baru nak fitnah jkr jalan takde lampu..
sekali gambar lambu terang benderang..
barangkali driver baru lalu situ tak alert dengan keadaan jalan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 02:46 PM | Show all posts
Jalan Kuantan-Segamat tu pernah tutup sekejap waktu tanah runtuh musim banjir hujung tahun lepas.
Bahayanya ada kawasan mendap sampai lubang terbentuk tengah jalan. Kawasan banjir melintas. Mohon JKR periksa tanah di kawasan itu stabil atau tak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2024 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
seram tgk lubang besar tu. sh mcm kawah pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 20-6-2024 01:43 PM
Uishh besarnya lubang tu

Terjunam tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak apa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2024 03:23 PM | Show all posts
Dah lama ke kawah tu dekat situ? Salam takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 03:31 PM | Show all posts
mntk family siasat cemana blh sebesar itu x direpair cpt
cukup kes saman kasi

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
takziah..
besar betul lubang mendap tu pun..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 05:35 PM | Show all posts

biasanya paip bawah tu pecah
ada aliran air aktif mengalir
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya. Mangsa mungkin terlepas pandang keadaan jalanraya.
Innalillaaahi wainna ilaihi rojiun.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 09:49 PM | Show all posts
Jalan burung unta ni, kan?
Di tutup beberapa bulan hari tu sebab repair, masa nak raya dia bukak balik.
Memang ada penghadang segala.
Pemandu lori tak nampak kot.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam Takziah
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 09:51 PM | Show all posts
Ada lencongan sementara tu, amaran pun ada. Jalan pun terang benderang situ.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2024 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah.. innalillahwainnalillhirojiun.. semoga Allah mengampunkan segala dosa2nya
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 10:05 PM | Show all posts
dah jatuh dlm lubang...kena hempap dgn genset lagi...nampak macam genset besar tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah

ni mesti tak biasa lalu sini
masa raya puasa hari tu sini jem teruk
masa yg jambatan bailey mendap tu kete2 yg lowered mmg sangkut
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Jitu at 20-6-2024 11:23 PM
vanillaninja replied at 20-6-2024 03:23 PM
Dah lama ke kawah tu dekat situ? Salam takziah.


sejak awal tahun masa banjir hari tu

situ mmg biasa jln pecah tiap kali banjir besar
sebelum pecah situ jln tiga lorong
masing2 suka tekan minyak 130-140 bila lalu situ

byk kali dah buat jln baru pastu pecah tiap kali banjir besar
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.435024 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list