CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3447|Reply: 0

Tular video kononnya jenazah jemaah haji bergelimpangan, meninggal dunia akibat panas melampau

[Copy link]
Post time 20-6-2024 09:31 PM | Show all posts |Read mode






TULAR di media sosial mengenai sejumlah video menunjukkan beberapa jenazah jemaah haji didakwa dibiarkan bergelimpangan di tepi jalan di Arab Saudi.


Jemaah-jemaah itu dipercayai meninggal dunia kerana cuaca panas melampau berikutan suhu ekstrem sehingga 53 darjah Celsius yang melanda Arab Saudi pada musim haji tahun ini.


Dilaporkan, lebih 550 jemaah haji meninggal dunia akibat cuaca ekstrem itu.


Arab Saudi kini mengalami gelombang panas ekstrem termasuk Makkah dan Madinah.


Suhu yang mencapai antara 51 hingga 53 darjah Celsius pada musim haji menyebabkan ramai jemaah tidak dapat bertahan dengan cuaca ekstrem itu.


Pihak berkuasa Arab Saudi mendakwa bahawa mereka telah merawat lebih 2,000 jemaah haji yang mengalami strok haba.





Beberapa video yang dimuat naik di media sosial mengenai keadaan itu mencetuskan banyak kritikan menunjukkan kurangnya tindakan pantas dalam menangani keadaan tersebut.


Namun begitu tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pemerintah negara itu berhubung penularan video berkenaan.


Sumber - CNN Indonesia/mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.938797 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list