CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7546|Reply: 1

NASA cipta bintang tiruan di angkasa lepas

[Copy link]
Post time 21-6-2024 10:29 AM | Show all posts |Read mode




WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merancang untuk menghantar sebutir bintang tiruan ke angkasa lepas, lapor portal berita Daily Star semalam.

Saiz bintang yang akan dicipta itu adalah sebesar sebuah ketuhar gelombang mikro.

Misi melibatkan kos sebanyak AS$19.5 juta (RM91.94 juta) itu akan membantu saintis  mengetahui dengan lebih mendalam tentang angkasa lepas dan alam semesta.

Dinamakan Misi Angkasa Landolt, bintang palsu itu akan diletakkan di orbit pada kedudukan  35,785 kilometer dari Bumi.

Kelajuan orbit  bintang itu akan sepadan dengan kelajuan putaran Bumi, bermakna ia akan muncul di tempat sama di langit malam.

Tembakan laser akan dilakukan pada teleskop yang dikawal oleh ahli astronomi, memberikan mereka kawalan sepenuhnya ke atas jumlah cahaya yang dipancarkan.

Matlamat misi itu adalah untuk membantu ahli-ahli  astronomi mengukur cahaya yang dipancarkan daripada bintang dengan ketepatan sehingga 10 kali ganda.

Operasi itu  pertama seumpamanya itu akan dilancarkan pada 2029. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2024 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
interesting!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.967286 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list