CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3903|Reply: 26

[Tempatan] 'RM8,000 pun okey', pilih labur duit pergi bercuti antara alasan gen Z tak kisah terima hantaran kahwin rendah

[Copy link]
Post time 24-6-2024 04:19 PM | Show all posts |Read mode
'RM8,000 pun okey', pilih labur duit pergi bercuti antara alasan gen Z tak kisah terima hantaran kahwin rendah

Oleh HAMIZAH GUNAWAN
Isnin, 24 Jun 2024

2:00 PM MYT

Rata-rata wanita dalam kalangan generasi sekarang lebih memilih untuk tidak meminta wang hantaran kahwin yang tinggi. — Gambar hiasan


BAGAIKAN sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu apabila adat memberi wang hantaran diletakkan dalam sejumlah amaun bertujuan mengikat seseorang wanita yang mahu dikahwini.

Sebagai pengertian, hantaran ialah hadiah berbentuk wang tunai yang diberikan oleh pihak lelaki kepada keluarga pengantin perempuan.

Jika diikutkan, nilainya bergantung kepada persetujuan kedua-dua belah pihak keluarga tetapi biasanya nilai wang hantaran adalah tinggi kerana ia digunakan sebagai tanggungan majlis pernikahan dan kenduri.

Nilai wang hantaran yang pernah menjadi isu sensitif suatu ketika dahulu. — Gambar hiasan

Namun, pemberian wang hantaran juga bukanlah perkara wajib jika mahu dibandingkan dengan pemberian mas kahwin yang sememangnya antara syarat wajib dalam sesuatu perkahwinan.

Meskipun demikian, nilai jumlah wang hantaran menjadi polemik serta dilema kepada pasangan bakal pengantin di Malaysia.

Hal ini kerana, ramai yang beranggapan bahawa nilai wang hantaran layak diberikan mengikut taraf pendidikan yang diperoleh seseorang wanita.

Semakin tinggi taraf pendidikan, semakin tinggi nilai wang hantaran perlu diberikan kepada bakal pengantin wanita.

Bagaimanapun, dengan perubahan generasi kini, sedikit demi sedikit berlaku perubahan daripada segi gaya pemikiran, mentaliti dan persepsi orang ramai terhadap pemberian wang hantaran.

Berdasarkan pemerhatian Majoriti di media sosial, rata-ratanya yang datang dari generasi Z kurang mengetengahkan nilai wang hantaran sebagai syarat utama.



Malah, golongan generasi Z lebih memilih untuk menggunakan wang simpanan untuk perkara-perkara lebih penting seperti membeli aset, bercuti ke luar negara dan sebagainya.

Melihat kepada sebuah video dimuat naik di Twitter (X) @ricxxxkiddo, ada yang tidak kisah menerima nilai minimum iaitu sebanyak RM8,000 sahaja sebagai wang hantaran.

Bukan itu sahaja, ada juga yang tidak meletakkan jumlah khusus kepada pilihan hatinya kerana menganggap bahawa ia bukan penanda aras kepada kebahagiaan pasangan.

"Saya rasa tak sepatutnya ada jumlah khusus untuk pemberian wang hantaran. Asalkan kedua-dua pihak bersetuju, berapa nilainya pun boleh sahaja," kata seorang daripada wanita dalam video tersebut.

Di samping itu, generasi Z sangat mengambil serius tentang kestabilan kewangan untuk jangka masa panjang terutamanya selepas berkahwin dan ketika mempunyai zuriat.

Kebanyakan generasi itu juga mengambil pendekatan untuk lebih bertoleransi terhadap sesama pasangan disebabkan status wanita berkerjaya kini semakin meningkat.

Hal itu tidak mengejutkan kerana di TikTok sebelum ini, kebanyakan generasi Z 'memecah tradisi' apabila mereka juga pernah menyatakan lebih gemar hidup bebas hutang dan tidak memiliki komitmen kewangan seperti kereta dan hartanah.

Tidak hairanlah, andai ada pengantin perempuan dalam kalangan generasi Z ini memilih untuk menerima hantaran pada kadar mampu milik. — Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2024 04:20 PM | Show all posts
andartu mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 04:57 PM | Show all posts
gen z belum capai carta andartu lagi ipan
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 05:13 PM | Show all posts
yg sebok nak flex hantaran mahal ni biasanya bukan pengantin pompuan, tapi keluarga pengantin pompuan nak2 makcik2 gundu dia.

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 05:25 PM | Show all posts
sufi^_^ replied at 24-6-2024 05:13 PM
yg sebok nak flex hantaran mahal ni biasanya bukan pengantin pompuan, tapi keluarga pengantin pompua ...

beza cara flexing je gen z flexing cuti mewah, banglo mewah
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 05:43 PM | Show all posts
wang hantaran bukan ajaran nabi da, yg ada mas kawin
sebab tu generasi makin rosak, ramai kawin cerai, klu teruk smpai mati kene bunuh psgn

dh sendiri kawin niat sebab dh cukup duit hantaran baru kwin, bukan sebab niat dah ckup pada Allah..

harap ada fatwa haramkan amalan wang hantaran ni..sebagaimana isu hadis palsu yg ditentang keras baru2 ni..itu baru bagus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2024 05:46 PM | Show all posts
sufi^_^ replied at 24-6-2024 05:13 PM
yg sebok nak flex hantaran mahal ni biasanya bukan pengantin pompuan, tapi keluarga pengantin pompua ...

Org yg xpnah pegang or x pernah tgk dpn mata duit belas2 ribu je sibuk slalunya nk flexing...

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 05:51 PM | Show all posts
Pilih antara dua...Nk duit 8-9k sedepuk 1 hari dlm frame ats dulang atau nk duit 1k tiap2 bulan lps tu xyah pikir duit semua jenis bil, duit rumah, barang dapur, mkn cafe, air starbucks, duit balik kmpung, tiket flight setahun, pakej skali blnja kaum keluarga n kawan2 kt opis?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2024 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah dgr ade sorg ni nak 20k..agaknye timbang kilo kot, badan die obese. Sampai sekarg belum berjodoh lg. Aduii
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 24-6-2024 05:51 PM
Pilih antara dua...Nk duit 8-9k sedepuk 1 hari dlm frame ats dulang atau nk duit 1k tiap2 bulan lps  ...


dah sah2 la org pilih 2nd option tu chey
ada ke lagi zaman now yg gigih menayang 8k-9k ateh dulang?
bukan banyak mana pun
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
X kisah lah dekkk yg penting ko kahwin sblm terjerumus dlm carta andartu si ipan tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Biar betul 8k minimum..i 5k je
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 09:04 AM | Show all posts
ye ke...?


junior-junior sekerja mostly nak lagi hantaran atas 10k
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah acik kepam forum pun tak kesah nilai mas kahwin/ hantaran dah mcm gen z rupanya  

Aiols dulu kawen zero hantaran cash (barang2 ikut seikhlas hati).. hanya mas kawen rm2k... majlis kawen private je 200 pax


Tp lepaih tu honeymoon laa 5 countries that very same year..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 11:01 AM | Show all posts
ada sorang sedara aku dlu; dia kata kalau takde hantaran 20k dia x nak kawin. aku mcm.....

rupa pun so-so.. buka nak menghina ye, tp mcm melampaunya ckp nk 20K sb body takde, rupa pun ya ampun kusam jearawat etc keja pun xde la gempak sgt.. nape nk berlebih2 sgt dlm hantaran kawin ni eh? kalau dia lawa, keja pun vass vaasssss gituh aku paham la nape hantaran nak gah.


last2 kawin jgk la bila aku riki2 dalam 6K-7K hantaran dari pihak lelaki. kalau tgu nak 20k agaknya x kawen la korang ni, sb lelaki tu pun keja biasa jgk lah.

jd nasihat aku jgn duk meriak sgt rege kawin mcm korang ratu cantik eh.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 11:14 AM | Show all posts
felinecat replied at 24-6-2024 09:22 PM
Aku pernah dgr ade sorg ni nak 20k..agaknye timbang kilo kot, badan die obese. Sampai sekarg belum b ...

dasar sangat
mcm acik acik gundu kempam pemenat kpop berharap dpt one night stand dgn lee min horn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2024 11:27 AM | Show all posts
Choi, 8k tahun 2024?

Murah betul hantaran.. 10 tahun lepas yes, skrg 10k pun dapat apa je wedding. Maybe nikan jelah, buat yg wajib then jemput datang rumah makan. Tu cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 11:42 AM | Show all posts
Halah letak je 200k pun, bagi cheque tendang.. Bukan orang tahu
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 11:44 AM | Show all posts
i foresee in 20 yrs time mmg jarang la kenduri besar2 ni..that time gen z dah tua anak2 they all akan mewarisi kenduri minimalist and more indvidualist style..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 12:06 PM | Show all posts
manamana123 replied at 24-6-2024 09:25 AM
beza cara flexing je gen z flexing cuti mewah, banglo mewah

hahahaha, kereta tak mainla myvi sekenhen kan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.086641 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list