CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5475|Reply: 0

[Kedah] Cuaca panas, hasil durian menurun lebih 40 peratus

[Copy link]
Post time 25-6-2024 05:29 PM | Show all posts |Read mode
Cuaca panas, hasil durian menurun lebih 40 peratus

OlehROSHILA MURNI ROSLI

25 Jun 2024 05:00pm








Pengeluaran durian musim ini menurun lebih 40 peratus akibat cuaca panas.




KUBANG PASU - Cuaca panas melampau yang melanda negara pada awal tahun ini memberi kesan kepada pengeluaran hasil durian.

Pengurus Dusun Durian Teratak Chu Tiah, Ahmad Luqman Hakim Nor Azlan, 34 berkata, hasil durian daripada 5,000 pokok yang diusahakan di dusun sekitar Changlun itu menurun lebih 40 peratus.



Katanya, walaupun menyediakan sumber air yang cukup untuk pengairan tanaman namun cuaca yang terlampau panas memberi kesan kepada penghasilan bunga durian.

"Rata-rata kita tengok di Kedah ini, hasil durian menurun sebab cuaca. Dulu bunga jadi banyak tapi sekarang cuaca panas sangat 38-40 darjah Celsius bunga pun kering.

"Kita jirus (siram) juga pokok, tapi nak buat macam mana tak ada rezeki," katanya ketika ditemui di dusunnya di Kampung Sungai Kechil, Changlun di sini pada Selasa.


Ahmad Luqman Hakim memeriksa buah durian duri hitam di dusunnya di Kampung Sungai Kechil, Changlun di sini pada Selasa.




Menurutnya, sebelum ini dusun yang diusahakan bersama bapanya Nor Azlan Jan,63 itu mampu mengeluarkan buah kira-kira 1,000 biji sehari.

"Tetapi musim ini paling banyak pun 600 biji sahaja sehari, sebab itu kali ini kita tak buka slot makan dalam dusun.Takut tak mampu nak tampung permintaan," katanya.


Jelasnya, musim durian di dusunnya pada tahun ini lebih pendek iaitu dalam tempoh sebulan sahaja.

"Musim ini bermula awal bulan Jun dan dianggarkan hujung bulan ini buah akan habis, sekarang ini pun buah dah tak banyak. Tahun lepas tempoh buah luruh lebih lama iaitu sebulan lebih," katanya.


Dusun milik keluarga Ahmad Luqman Hakim menawarkan pelbagai jenis durian kayangan seperti duri hitam, musang king dan lain-lain.




Dalam pada itu, Ahmad Luqman Hakim berkata, dusun mereka yang keseluruhannya berkeluasan kira-kira 23 hektar itu menawarkan pelbagai jenis durian kayangan.

"Di dusun kita ini, separuh daripadanya adalah pokok durian jenis duri hitam, kemudian musang king dan selebihnya udang merah, horlor, D28, dan D101.

"Jadi setiap tahun kita memang sudah ada pelanggan tetap yang merupakan penggemar durian kayangan.Lagipun harga yang kita tawarkan lebih murah kerana terus dari dusun," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.036901 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list