CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4925|Reply: 0

[Kedah] Tidak perlu tergesa-gesa laksana PRK, elak konflik

[Copy link]
Post time 25-6-2024 05:55 PM | Show all posts |Read mode
Tidak perlu tergesa-gesa laksana PRK, elak konflik

OlehROSLINDA HASHIM

25 Jun 2024 05:30pm








Ahmad Zaharuddin Sani




ALOR SETAR - Tidak perlu tergesa-gesa untuk melaksanakan pilihan raya kecil (PRK) membabitkan pengosongan enam kerusi Parlimen dan masing-masing satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan dan Selangor.

Penganalisis politik, Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, sebaiknya biarlah mahkamah memutuskan terlebih dahulu status wakil rakyat terlibat bagi mengelak konflik antara negeri dan Persekutuan.



Menurutnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya akan meneruskan PRK sekiranya menerima writ daripada Speaker DUN mahupun Dewan Rakyat, kerana SPR tidak terikat dengan sebarang tindakan mahkamah dan perlu meneruskan proses mengadakan PRK sebaik sahaja menerima notis tersebut.
“SPR tidak boleh cabar keputusan Speaker kerana Speaker hanya memaklumkan sahaja (writ) dan akan selesai proses tersebut.
“Katakan penyandang cabar kes ke mahkamah selepas PRK dilaksanakan dan keputusan memihak kepada penyandang, apa berlaku pada PRK tersebut? Ia akan menimbulkan persoalan atau polemik akademik, adakah terbatal sedangkan kos telah dikeluarkan,” katanya di sini pada Selasa.

Ahmad Zaharuddin Sani berkata, PRK tidak wajar dilaksanakan selagi hal-hal akademik di pihak mahkamah belum diselesaikan.

“Seeloknya biar mahkamah putuskan terlebih dahulu adakah kasus sebegini terbatal statusnya sebagai ADUN atau ahli Parlimen. Akan wujud konflik kedua apabila ia melibatkan peringkat negeri dan Persekutuan.

“Jika Speaker Dewan Rakyat mengatakan sebaliknya, akan timbul konflik baharu kerana setiap peraturan negeri tidak boleh mengatasi peraturan Persekutuan.




“Seandainya SPR terlalu cepat melatah dan selepas mendapat writ daripada Speaker, terus nak buat PRK, pada masa sama pula di peringkat Persekutuan diputuskan tidak batal. Bukankah itu sudah wujud percanggahan antara negeri dan Persekutuan yang akan menimbulkan polemik baharu,” jelasnya.

Menurutnya lagi, sekiranya perlu diadakan PRK bagi kesemua kerusi yang beralih sokongan tersebut, kerajaan perlu memutuskan berapakah peruntukan yang perlu disediakan bagi setiap PRK terbabit

“Saya sebenarnya kurang setuju diadakan PRK kerana libatkan kos yang besar. Jika wang tersebut disalurkan kepada pembangunan kawasan, pemuliharaan dan bantuan atau tabung kecemasan adalah lebih baik.

“Namun kita tiada peraturan sebegini, jalan terakhir ialah laksanakan PRK. Saya ingin sarankan kepada SPR untuk ubah cara pengundian jika tiada pilihan selain PRK,” katanya.

Tambah bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu, SPR seharusnya menggunakan manfaat teknologi kecerdasan buatan (AI) tanpa perlu berbelanja besar untuk PRK.

“Mungkin tiba masanya kita beralih kepada pengundian secara dalam talian. Kenapa tidak jadikan PRK ini sebagai perintis untuk SPR berubah dari pengundian secara fizikal (tradisional) kepada cara moden, ia menjimatkan berjuta wang rakyat.

“SPR boleh jadikan PRK kali ini sebagai platform menguji mekanisme tersebut dengan menghasilkan simulasi atau kaedah terbaik pengundian tanpa perlu secara undi fizikal,” ujarnya.

Menurutnya lagi, SPR boleh mencontohi negara lain seperti Australia yang melaksanakan undi pilihan raya secara dalam talian selain mewajibkan individu yang tidak mengundi dikenakan tindakan, melainkan ada justifikasi atau sebab-sebab tertentu.

“Mungkin ini antara alternatif kepada SPR, bukan cepat-cepat melatah nak buat PRK secara fizikal, seolah-olah seronok dengan adanya pilihan raya yang banyak, sedangkan kosnya tinggi dan hasilnya tidak memadai,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, enam ahli Parlimen dan seorang ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah digugurkan keahliannya serta-merta setelah menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen tersebut ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim yang juga ADUN Nenggiri (Kelantan) serta ADUN Selat Klang (Selangor), Datuk Abdul Rashid Asari.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.423301 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list