CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5114|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sambutan Hari Ulang Tahun ke-75 TYT ditangguhkan

[Copy link]
Post time 25-6-2024 06:00 PM | Show all posts |Read mode
Sambutan Hari Ulang Tahun ke-75 TYT ditangguhkan


Zuhainy Zulkiffli[email protected]




YANG Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak . FOTO Arkib NSTP




Georgetown: Semua istiadat dan majlis-majlis rasmi sempena sambutan Hari Ulang Tahun ke-75 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (TYT), Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak ditangguhkan dan akan dilaksana bermula 27 Julai hingga 1 Ogos ini.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berkata, perkara itu dibuat susulan pertindihan tarikh Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim.

"Bagaimanapun, tarikh 13 Julai ini sudah ditetapkan dan diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am sempena sambutan Ulang Tahun Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sebelum ini, Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 dijadualkan berlangsung pada 13 Julai depan.



Disiarkan pada: Jun 25, 2024 @ 5:31pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.037460 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list