CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 26522|Reply: 36

[Tempatan] Saya sokong penuh koc wanita. Tapi yang bengangnya, koc wanita masih banyak kosong, ke koc jantan juga masuknya.Netizen kiciwa koc wanita tidak dimanfaat sepenuhnya

[Copy link]
Post time 29-6-2024 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur, 28 Jun:  Beberapa pengguna lelaki MRT memberi maklum balas mengenai koc wanita yang dilihat menyebabkan ketidakselesaan dalam koc campuran. Mereka menyatakan hal itu pada ruang  komen di hantaran Muhamad Harris Nasril (MHN) pagi tadi. ( https://www.facebook.com/share/p/NfzJrcCYoe81ruRE/?mibextid=oFDknk)

Muhammad Farhan Salleh menyatakan sokongannya terhadap koc wanita, namun berpendapat bahawa koc tersebut sering kosong sementara koc campuran penuh sesak.

"Saya sokong penuh koc wanita. Tapi yang bengangnya, koc wanita masih banyak kosong, ke koc jantan juga masuknya. Dah lah tak cukup tempat duduk ni 13 stesen nak harung. Yang lagi jauh tempat nak tuju lagi lah," katanya.

Mohd Farid menambah bahawa ramai wanita yang tidak menggunakan koc wanita walaupun koc tersebut kosong, menyebabkan kekurangan tempat duduk dalam koc campuran.

"Tapi masalahnya ramai perempuan yang tiada 'common sense' duduk di koc campur walaupun ketika itu koc wanita masih kosong menyebabkan ramai lelaki tak dapat tempat duduk... Ini yang buat lelaki m4rah sebenarnya," ujarnya.



Danial Kamal pula mengatakan bahawa beliau sering melihat wanita memasuki koc campuran walaupun koc wanita luas dan kosong.

"Itulah pasal bang. Dah kerap kali saya perhati sebab selalu balik kerja naik MRT. Punyalah luas koc wanita, ehh nak masuk menyelit di koc yang majoritinya lelaki. Lepas tu bila kita tak bagi tempat duduk, masam mencuka muka. Macamlah dia mengandung," katanya.

Ahmad Aris berkongsi pengalamannya menggunakan MRT di stesen Bukit Bintang, di mana koc wanita sering menambah kesesakan.

"Tapi, siapa yang kerap gunakan MRT je tahu betapa menyusahkan koc wanita ni sebenarnya. MRT Bukit Bintang adalah salah satu contoh kenapa Koc Khas Wanita ni mengeruhkan lagi kesesakan yang ada. Tangga untuk ke platform berada di hujung kiri dan kanan. Kebanyakan orang akan terus berebut ke pintu yang berdekatan. Ini menyebabkan orang yang beratur di tengah amat kurang. Lagi yang buat menyirap, wanita sendiri berhimpit di koc biasa sedangkan barisan yang beratur di koc wanita amatlah sedikit," jelasnya.

Haziq Aizat pula menambah bahawa masalah utama ialah koc wanita berada di tengah, menyebabkan orang ramai cenderung pergi ke koc umum yang lebih dekat dengan tangga.

"Masalah bila koc umum penuh campur perempuan tapi koc wanita masih ada ruang, ini yang orang pertikai. Satu teori lagi sebab koc wanita berada di tengah, ramai pergi ke arah koc umum yang dekat dengan tangga," katanya.

Walaupun lebih setengah tahun koc wanita ini diperkenalkan, maklum balas ini mencerminkan keperluan untuk menilai semula susunan koc dan menggalakkan penggunaan koc wanita oleh penumpang wanita bagi mengurangkan kesesakan dalam koc campuran. - Buletin MHN-

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2024 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Risau I; telek gak; kut I dalam gambau tu; hihi. I turun Muzium.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2024 01:40 AM | Show all posts
Pompuan sendiri pun tak manfaatkan guna koc wanita. Memang la koc campuran wanita boleh je masuk, tapi dah tahu risiko bakal jumpa macam-macam jenis perangai manusia kan dalam tu?

Sendiri masuk koc campuran, bila ada jantan miang duk tengok2 teros capai kamera phone sambil rekod sambil mengomel lalu bertempik-tempik di socmed sambil mengajak ummah twitter woke mengeji beramai-ramai jantan miang itu

Lain la kalau jantan keparat yang masuk koc wanita, haaa, yang tu perlu dicepok beramai-ramai!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2024 01:50 AM | Show all posts
Tukar jelah koc wanita tu jadi koc lgbt ummah pelangi woke berbagai jantina, wanita berloceng dan lelaki dengan rahim tu duduk.

Dah tu perempuan sendiri pun susah sangat nak manfaatkan koc tu. Kat tengah la, jauh la, macam2 alasan.. apoooooo

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2024 03:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Dorang pun nak jugak cuci2 mata,ingat lelaki je boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2024 05:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Artikel ni byk ayat berulang ulang. Kalau dah quote org bercakap tak perlu la rephrase balik ayat tu kpd ayat penyata. Ke mmg teknik penulisan dah jadi lembam skrg.

Maybe yg naik tu sbb 2,3 station je so tak kisah la mana2. Kalau yg terpaksa harung sampai berbelas station, sure pilih koc wanita.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2024 06:50 AM | Show all posts
Edited by batmana at 29-6-2024 06:51 AM

nape take buat koc yg gune paparan lcd, terus bole ubah jadi koc laki,pmpn, transeksual ke

so, klu pmpn tk ramai masuk, operator bolela tukar skrin jadi koc lelaki, klu dua2 take masuk, tukarla koc jadi transeksual bagai..hahaha



takpayah sticker2 ni, mcm zmn 70an plak..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2024 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Meols naik MRT gi ofis, mmg masuk koc wanita, slalu penuh jer....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2024 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Puncanya mudah aje. Sebab malas nak jalan depan sikit. Rakyat Malaysia kan malas nak jalan kaki.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2024 08:52 AM | Show all posts
ehhh...iolss suka je duduk koc wanita. port iolss yg kat tepi pintu, kerusi 2 bijik tu


Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2024 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg perempuan ni closet pervert pon. Jgn kata coach wanita, smoking area pon sama, kat mana jantan merokok sifu juga la dia nak duduk makan sambil mengibas2 tangan konon sensitip asap rokok. Pukimak hanat
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2024 09:24 AM | Show all posts
i kalau naik mrt memang masuk coach wanita je..xkoser nk dok kt coach campur yg bau pon bercampur2
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2024 10:27 AM | Show all posts
2 juta wanita selangor masih bujang xjumpa calon lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2024 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
kena ubah koc wanita paling dekat dgn entrance/tangga. kalau ada jugak yg gedik nak masuk koc campuran, korang lelaki duk je bersusun depan pintu buat2 mcm dah penuh
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2024 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu lelaki termasuk koc wanita....bkn main mengelupor.....

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2024 04:09 PM | Show all posts
nak test saham kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2024 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bende ni sejak komuter ada bt koc wanita lagi hah. Faham koc lain tu wanita boleh gak masuk, tapi sanggup lak bersesak berhimpit sesama lelaki pon bt tarik muka bagai. Walhal koc wanita tu xde la crowded pon, even klu crowded better la berhimpit sesama wanita dari berhimpit dgn lelaki pastu kena raba sana sini.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2024 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ta tau pulak ada koc jantan
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2024 10:25 PM | Show all posts
Birahnya ko dek.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2024 04:52 AM | Show all posts
Hak cuci mata hak setiap ingsang
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.055275 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list