CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29910|Reply: 1

[Tempatan] Budaya kerja kita ialah ketua ditaati sepanjang masa, dianggap prejudis jika tidak bekerja bersungguh-sungguh kalau balik kerja tepat pada masanya

[Copy link]
Post time 29-6-2024 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 29-6-2024 11:34 PM

SHAH ALAM – Bayaran gaji rendah sehingga sanggup bekerja lebih masa demi meraih pendapatan tinggi menjadi faktor utama rakyat di Malaysia mempunyai keseimbangan hidup dan kerja yang teruk.



Pakar psikologi pekerjaan dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Mohd Awang Idris berkata, ia berkait rapat dengan ekonomi di mana negara pengeluar secara umumnya mempunyai pendapatan dan gaji lebih tinggi.

Menurutnya, kadar gaji bagi negara tersebut mampu menampung keperluan hidup walaupun tempoh kerja mereka singkat.

“Di negara yang ekonominya teruk, risiko untuk dibuang kerja tinggi, manakala peluang pekerjaan pula rendah. Jadi, hanya yang sanggup kerja berlebihan sahaja dianggap memenuhi kriteria majikan.
Malah dalam budaya kerja di Malaysia, terdapat pandangan prejudis sesetengah pihak dianggap seperti tidak bekerja bersungguh-sungguh jika balik kerja pada waktu yang ditetapkan.

“Tetapi di Barat, mereka akan pulang tepat pada masanya tanpa rasa prejudis majikan malah ia sesuatu yang normal,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sebelum ini, Malaysia dilaporkan berada di kedudukan kedua terburuk di dunia berkaitan keseimbangan hidup dan kerja dari 60 negara.

Menerusi kajian terkini sebuah syarikat perkhidmatan sumber manusia global, Remote mendedahkan Malaysia menjadi negara Asia yang terburuk dalam indeks tersebut.

Mengulas lanjut, Awang berkata, polisi keseimbangan hidup dan kerja sememangnya diamalkan oleh sesetengah negara seperti Jerman yang mana majikan tidak boleh menghubungi pekerja setelah tamat waktu bekerja.

“Budaya kerja kita pula ialah ketua ditaati sepanjang masa dan kita pula bersifat kasihan jika ada orang meminta melakukan sesuatu tugasan biarpun di luar waktu kerja.

“Kita perlu ada polisi keseimbangan ini sendiri dan anggap rumah serta kerja adalah dua domain yang sama-sama penting kerana jika kerja berantakan, keluarga turut terancam. Begitu juga sebaliknya.

“Keseimbangan ini wajar kerana kedua-duanya mempunyai hubung kait dengan produktiviti dan kesihatan.

“Jika terlebih kerja pun atau keluarga terganggu, ia menyebabkan pekerja tidak fokus dengan kerja,” ujarnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2024 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Culture kita mmg kena kerah kerja mcm lembu. Tgk la siapa top management dlm majoriti company dlm malaysia ni. Bangsa dia sendiri pon taknak kerja mcm lembu kalau bayaran tak setimpal. Tapi tak berani dia nak buang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.047641 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list