View: 14725|Reply: 2
|
Malaysia sedia bekerjasama dengan Indonesia, tugaskan pasukan pengaman ke Palestin - Anwar
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Malaysia sedia bekerjasama dengan Indonesia dalam aspek penugasan pasukan pengaman di Palestin, jika diberi mandat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Komitmen itu dinyatakan Perdana Menteri dalam perbualan telefon bersama Presiden Terpilih Indonesia, Prabowo Subianto, yang juga Menteri Pertahanan negara itu, hari ini.
Dalam perbualan selama kira-kira tiga minit itu, Perdana Menteri berkata, beliau dan Prabowo sempat bertukar-tukar pandangan mengenai isu semasa, khususnya peranan Prabowo dalam mewakili Indonesia ke persada antarabangsa akhir-akhir ini serta membawa visi, kerjasama dan keamanan serantau serta sejagat.
"Saya menyambut baik gagasan kerjasama dalam misi pengaman antarabangsa Malaysia-Indonesia, dan kolaborasi yang boleh diperluas ke peringkat serantau ASEAN," kata beliau melalui media sosial.
Perdana Menteri berkata, beliau juga menitipkan kesyukuran atas kejayaan pembedahan yang dijalani Probowo baru-baru ini.
"Turut mendoakan Prabowo diberikan rawatan baik dan penjagaan rapi sepanjang tempoh pemulihan, selain diberikan kesembuhan segera untuk bingkas kembali melaksanakan tanggungjawab diamanahkan," katanya.
Prabowo menjalani pembedahan untuk pemulihan kecederaan yang dialami ketika bertugas dalam tentera, sebelum ini.
Di akhir perbualan, Perdana Menteri turut menzahirkan harapan supaya pilihan raya Indonesia yang bakal berakhir dengan Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) pada 27 November 2024 berlangsung dengan baik dan dipermudah.
"Moga segala persediaan untuk pelantikan Prabowo sebagai Presiden pada 20 Oktober 2024 akan berjalan dengan lancar," katanya.
Prabowo, Presiden Terpilih Indonesia bagi tempoh 2024-2029.
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 2-7-2024 09:19 PM
Selaku PMX Imam Mahdi.... seharusmya Malaysialah ambil inisiatif dari awal dan juga yang memimpin pasukannegara-negara islam di Palestine ....
Sebaiknya PMX hilangkan sikap NATO (No Action Talk Only) yang boleh menurunkan maruahnya sebagai Imam Mahdi, agama islam dan juga Bani Tamim Malaysia di mata dunia ... Hehehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|