CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6463|Reply: 4

[Tempatan] Minyak RON95 Malaysia dijual secara terbuka di Satun, Thailand

[Copy link]
Post time 2-7-2024 12:56 PM | Show all posts |Read mode
Minyak RON95 Malaysia dijual secara terbuka di Satun, Thailand
Oleh Aizat Sharif
[email protected]



Sempadan Malaysia dan Thailand dipisahkan dengan hutan tebal dekat Wang Kelian menyukarkan usaha membanteras penyeludupan minyak bersubsidi. - Foto BH/WAN NABIL NASIR


WANG KELIAN: Pasar berhampiran sempadan Thailand-Malaysia di Perlis bukan hanya menjual barang bersudsidi dari Malaysia seperti beras, gula, tepung dan minyak masak tetapi juga petrol RON95.

Pasar Sempadan Wang Prachan di Wilayah Satun dekat Wang Kelian dipercayai menjadi pusat jualan barang subsidi Malaysia yang diseludup oleh sindiket ke Thailand.

Tinjauan BH mendapati kedai runcit di pasar itu menjual bahan api berkenaan yang dijual dalam botol 1.5 liter dengan harga 45 baht (RM5.76).

Petrol berkenaan bukan dari Thailand kerana bahan api berkenaan berharga 46.54 baht (RM5.96) seliter dan tiada stesen minyak dalam radius tiga hingga ke lima kilometer berhampiran sempadan itu.

Peniaga juga mengangguk jika petrol berknaan datang dari Malaysia.

Seorang penduduk tempatan yang mahu dikenali sebagai Dini, 50-an memberitahu petrol berkenaan untuk kegunaan motosikal roda tiga atau dikenali sebagai 'choley' yang digunakan peniaga di pasar itu untuk membawa barang dagangan ke premis jualan.

"Saya ada dengar di Malaysia, diesel sudah jadi mahal. Kedai di sini hanya jual petrol Malaysia sahaja dengan harga 45 baht untuk kegunaan kenderaan di sini.

"Untuk diesel agak susah nak jumpa sini kerana memerlukan bekas yang besar. Lagipun diesel untuk kegunaan kenderaan besar macam pikap, lori atau bas," katanya.


Minyak petrol RON95 yang diseludup dari Malaysia dijual di pasar Wang Prachan, wilayah Thailand. - Foto BH/WAN NABIL NASIR


Penjualan diesel di stesen minyak komersial berhampiran sempadan Malaysia-Thailand terutama di Wang Kelian dan Padang Besar menunjukkan penurunan sejak pengapungan harga diesel dilaksanakan sejak 10 Jun lalu.

Penjaga stesen minyak di Wang Kelian, An Yusran, 48, berkata, sejak penyasaran subsidi diesel dilaksanakan, jualan diesel di premisnya berkurangan lebih 50 peratus.

"Bila harganya naik kepada RM3.35, sudah tak banyak terutama van, trak, atau kenderaan pacuan empat roda Malaysia yang guna diesel nak datang isi diesel di sini. Saya boleh katakan secara kasarnya penurunan lebih 50 peratus dari segi jualan.

"Selain itu, pikap Thailand juga agak berkurangan mengisi diesel di sini. Saya difahamkan mereka ada yang menyeludup diesel dan mereka akan mengisi bahan api itu dari stesen ke stesen tetapi untuk perkara itu sudah nampak kurang di stesen minyak ini," katanya.

Perkembangan yang berlainan pula dapat dilihat bagi pengusaha stesen minyak tidak bersubsidi di sekitar sempadan Malaysia-Thailand apabila langkah penyasaran diesel membawa peningkatan pada jualan diesel mereka.

Pemilik stesen minyak di Wang Kelian, Abdul Halim Ramli, 48, berkata peningkatan 30 peratus dari segi penjualan diesel di premisnya yang menjadi sasaran pemandu kenderaan pendaftaran Thailand.

Katanya, langkah kerajaan membantu perniagaannya dan mengurangkan penyeludupan diesel di sempadan.

"Sebelum ini, kenderaan diesel dari Thailand mengisi dalam 30 liter sebelum ke destinasi masing-masing disebabkan mereka ini akan mengisi diesel ini di stesen minyak di luar Perlis.

"Sekarang kenderaan diesel dari negara jiran mengisi antara 70 hingga 80 liter," katanya.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2024 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau subsidi petrol dah tarik bukan saja siam menggelabah teks singaporean apatah lagi.satu lagi isu berkaitan..betul ke aramco  nak masuk retail malaysia?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2024 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
tanda2 harga petrol akan naik, aku rasa mesti lepas PRK ini
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2024 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Naik kan petrol kat negeri sempadan dah laa.. ini semua negeri kena tanggung. Marah kan nyamuk..satu rumah kena bakar.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2024 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Naik je la ron95 tu sampai ikut harga rahmah RM5 seliter...

Nak bagi alasan mcm2 pulak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.038562 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list