CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12037|Reply: 18

Jual rumah tapi tak dapat jumpa Developer

[Copy link]
Post time 6-4-2011 08:22 PM | Show all posts |Read mode
Aku ada 1 problem, sekarang ni aku tengah jual kondo, kondo ni masih tak dapat title lagi so untuk proceed dengan penjualan aku kena dapatkan confirmation letter dari Developer dulu. masalahnya developer ni tak tau hilang kemana. Ofis ada tapi tak ada orang langsung. Letak surat dalam peti surat adalah nanti dalam 2 minggu orang datang collect. Ni dah masuk 4 bulan dok mencari mana developer ni. Tanya dengan Management (JBM) dia org pun tak tau. Tapi dia ada kasi no 1 agent property, agent ni kata kenal dan boleh dapatkan developer tu tapi kena bayar 2% dari nilai jualan.

Ada sapa2 tau mana aku nak cari Sakinas Sdn Bhd ( developer ) atau cara2 yang boleh membantu mcm buat aduan atau apa2.
Lawyer kata selagi tak dapat confirmation letter selagi tu tak leh nak jalan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2011 11:39 AM | Show all posts
tak pernah dengar pula nama developer ni. mungkin developer ni kecil je [diorang formed sebab nak buat satu project sahaja] dan mungkin juga company tu dah dibubarkan selepas segala urusan project selesai. agent hartanah biasalah, nak makan duit atas angin. cuba ko tanya cawangan bank yang uruskan loan ko tu, mungkin diorang boleh membantu untuk dapatkan developer tu, atau ko try tanya ROC [registery of company] mengenai status developer ni.

nak tanya, "tak dapat title" tu maksudnya belum ada CF ke? kalau ya, maknanya ko lagi bahaya, rumah takde CF mana boleh duduk kalu ikut law. dan long term, akan timbul masalah lagi besar.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2011 12:00 PM | Show all posts
aku rasa maksud tak dpt title, tak dapat strata title ala2 geran rumah

selagi takda geran rumah, nak jual condo, kena serta kan bermacam2 set dokumen jual beli antara developer, owner, banker etc

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 05:51 PM | Show all posts
aku rasa maksud tak dpt title, tak dapat strata title ala2 geran rumah

selagi takda geran rumah,  ...
jfq Post at 7-4-2011 12:00 PM


good info...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 07:55 PM | Show all posts
Reply 3# jfq

terima kasih.. ku tak tau tentang strata status ni pasal ku beli rumah landed.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 04:52 PM | Show all posts
betul kata jfq tu..ni masih under master title & strata blm kua so mmg klu nk jual perlu inform/kebenaran developer coz penjual kena settel apa2 o/standing charges ,ngn developer, penalty utk subsale etc....bank documentation nnt pn loyer kena serve NOA kpd developer.

ermmm loyer incharge x buat ROC search ke? tgk wujud lg atau da bankrupt ....klu da bankrupt OA akn take over so apa2 document OA yg akn provide...minta loyer hang buat apa yg patut..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2011 09:54 PM | Show all posts
Kau boleh bincang dgn lawyer yg prepare SPA kau dulu. Dlm kes ni aku nampak kau blm buat transfer lg tu sbb kau x blh buat sub sale. Let say pemaju dah buat strata title kat kondo kau kira kes kau senang le selesai sbb kau blh minta lawyer ko buat transfer perfection, nti dia akan minta kau sign form 14A, pastu kalau kau masih ada loan ngan bank lawyer ko akan ctc lawyer bank utk wat gadaian plk, jgn bimbang itu suma lawyer yg uruskan, ko kena sedia pen dan $$$$$ saja suma akan settle.

Tapi kalau developer blm buat pecah bahagi bangunan (strata title) agak panjang sikit jalan kau, sbbb ko kena wat assignment utk jual kondo kau tu, jgn lupa plak masa kau beli kondo tu ada sekatan kat tanah tu tak? kalau ada kau kena dpt kelulusan Penguasa Negeri plak utk jual.

So, balik semula pada masalah nak trace developer tu, aku rasa kau blh suruh lawyer kau wat co search. Hope kau dah wat suma tu...good luck!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 06:47 PM | Show all posts
betul kata kenkawan kat atas, kalau tak dapat strata title, tak leh buat pindah milik rumah, macamana ko nak jual,
anyway tt.... ko duk negeri mana nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2011 06:51 PM | Show all posts
betul kata kenkawan kat atas, kalau tak dapat strata title, tak leh buat pindah milik rumah, macaman ...
lizaliza Post at 17-4-2011 06:47 PM



    ok...strata title ni kegunaannya utk sesaper nak jualruymah kan walaupun masih dlm ansuran Bank/Governmont.....kalau kita takder attaention nak jual rumah....adakah perlu kita bayar utk dapat strata title tu ?? ( BTW....aku dah dapat surat kene bayar dlm RM2000 ++ tuk dapatkan strata title tu...)
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 06:59 PM | Show all posts
ok...strata title ni kegunaannya utk sesaper nak jualruymah kan walaupun masih dlm ansuran ...
medangmru Post at 17-4-2011 18:51



   ko pegi check kat pejabat tanah, kos untuk satu strata title tak sampai pon 2000 tu, kebanyakan devleoper atau loyer yang sapu..ko dok negeri mana nie, sebab lain negeri pentadbiran tanah tak sama, tertakluk kepada bidang kuasa negeri. Walau apa pun kanun tanah negara tidak menyebut pemilik stara sebalik nyer menyebut pemilik tanah. Kalau negeri sel boleh ler aku cerita sikit-sikit
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 07:30 PM | Show all posts
ko pegi check kat pejabat tanah, kos untuk satu strata title tak sampai pon 2000 tu, kebany ...
lizaliza Post at 17-4-2011 06:59 PM



    negeri Selangor......poskod 43200
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 09:21 AM | Show all posts
negeri Selangor......poskod 43200
medangmru Post at 17-4-2011 19:30



    maaf lah yer, strata kat selangor nie yang liza nampak, lebih kepada mendapat penurunan cukai tanah.
Kebiasaanya, tanah apartment nie secara automatik akan dikira cukai perniagaan tapi bila mendapat status strata dengan lot perniagaan kurang dari 2 % dari keseluruhan unit, korang semua dapat kadar cukai kediaman atau kadar kediaman bercampur.
Strata jugak untuk memudahkan proses penukaran nama. Bila korang nak jual rumah, cukai tanah mesti clear kalau tak loyer tak boleh buat presentation untuk pertukaran nama rumah. Walaupon berstatus strata, cukai tanah di selangor masih mengambil kira cukai keseluruhan tanah, bermaksud tiada cukai petak atau cukai unit seperti mana cukai taksiran berdasarkan kedudukan unit harta. Cukai tanah adalah berdasarkan keluasan tanah serta syarat nyata yang tertera dalam geran. Geran untuk banggunan berbilang tingkat tetap satu, mengikut keempunyaan tuan tanah. Dengan adanya status strata, pengagihan cukai yang dilakukan oleh Phak JMB akan lebih proper dan setiap orang mempunyai bukti pembayaran terhadap JMB. untuk perhatian, sila simpan setiap resit JMB kerana ia teramat berguna dimasa akan datang.

Kalau penduduk banggunan berbilang tingkat nie tak bersatu hati untuk membayar proses strata, maka tak der sorang pon nanti boleh buat ubah milik, bukan stakat nak menjual tapi proses harta pusaka, pewarisan juga akan terganggu. Tiada perubahan pemilik boleh dilakukan sekiranya cukai tanah korang sangkut. Tiada hakmilik strata boleh dikeluarkan sekiranya penduduk tak bersatu hati dalam isu strata. Penduduk kediaman berbilang tingkat tidak ramai memahami hakikat ini. Masing-masing hanya akan menyedari isu strata apabila pewarisan atau penjualan rumah tidak dapat dilakukan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 10:55 PM | Show all posts
Reply 9# medangmru


    Strata title hanya applicable untuk bangunan yang bertingkat (biasanya lebih dari 2 pemilik/pembeli dalam satu2 bangunan)  x kira la kediaman or kedai. Kediaman plak boleh terdiri dari low cost flat smpai la kondo harga juta2 tu. Konsep strata title (ST) dibuat bg memudahkan urusan jualbeli property, ST ni sbnrnya masih terikat pada Master Title. Bagi landed property (kedai atau rumah) x de ST, so urusan jualbeli senang aje berbanding rumah/kedai bertingkat yang memerlukan committe block iaitu JMB jika 1st AGM perbadanan pengurusan diadakan dan MC sekiranya 1st AGM telah diadakan untuk membayar cukai tanah.

Just imagine kalau keluasan block tanah flat tu besar ditambah pulak dgn. status flat tu jenis medium cost dan ke atas maka semakin mahal lah cukai tanah (boleh cecah ribu riban), selagi CT x dibayar maka urusan jualbeli akan sangkut sampailah tunggakan dijelaskan sepenuhnya, di sinilah pentingnya kesemua pemilik flat jelaskan bahagian cukai masing2 mengikut syer yg tertulis dlm agreement, itu belum tmbah dgn lain-lain caj e.g service caj, sinking fund, insurans dsb.

Kalau nak jual flat tanpa ST proses jual beli masih boleh dijalankan. Jika developer masih belum membuat pecahbahagian bangunan pemilik cuma perlu menyediakan "Assignment jual beli" lawyer boleh sediakan, dalam tu ada akujanji developer akan transfer ST terus kepada 2nd buyer tanpa perlu 1st owner wat transfer. Tapi jika dev sdh buat ST, pemilik memang kena wat transfer atas nama dia dulu then baru blh jual kpd org lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 11:07 PM | Show all posts
adakah perlu kita bayar utk dapat strata title tu ?? ( BTW....aku dah dapat surat kene bayar dlm RM2000 ++ tuk dapatkan strata title tu...
medangmru Post at 17-4-2011 18:51



    Sudah semestinya MOD, strata title tu ibarat IC rumah kita, tanpanya suma transaction akan block. Walaupun bukan kerana kita nak jual rumah strata ni utk kemudahan anak2 kita, kalau mak pak x wat time diorg masih hidup anak2 akan suffer sbb mcm prosedur kena buat sblm strata blh dikleuar atas nama anak, sng kata leceh la......

Kira RM2000 ++ tu kira murah MOD, baik wat cpt2...mana tahu gomen naik caj duit stem x psl2 byr double

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 09:14 AM | Show all posts
Reply  medangmru


    Strata title hanya applicable untuk bangunan yang bertingkat (biasanya le ...
Steelheart Post at 18-4-2011 22:55



    cukai tanah tak berdasarkan jenis apartment, medium cost ke ape, berdasarkan syarat nyata dalam geran. Cukai menjadi mahal sekiranya dikira sebagai kadar perniagaan, tetapi kalau kalau ianya kediaman dan syarat nyata adalah rumah pangsa secara automatik akan menjadi kadar kediaman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2011 02:18 PM | Show all posts
lawyer dah check company ni belum bangkrupt lagi..search semua dah buat..office ada tapi org yang kerja tak ada.
betullah strata title belum dapat lagi dan developer ni pun dah disenarai hitam dengan KPKT gagal memohon strata title. Kalau sekatan tu aku tak sure. Unit ni dekat kuchai lama so under KL.

Steelheart apa jalan panjang yang aku kena buat. 5 hari lepas aku dah gi perumahan negara minta dia orang tolong dapatkan developer ni atau bantu apa yang patut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2011 08:53 PM | Show all posts
Reply 15# lizaliza


    Ada beza liza, syarat nyata yg u ckp tu mmg la ada beza tanah pertanian, kediaman, industri dan lain-lain. Utk kediaman jadual bayaran CT adalah mengikut kategori bangunan. Low cost flat paling murah byrn cukai tanah, pengiraan paling mudah adalah mengikut nilaian property tu sendiri....kadar cukai blh direvise 10 thn sekali
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 09:10 PM | Show all posts
TQ liza...steelheart dan semua for the good info....skang bar Paham.........
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 09:13 PM | Show all posts
Reply 16# stonefury


    Ok...nampaknya developr yg x bertgjawab dlm kes ni...coz tugas mendptkan strata title adlh tgjwb mrk sbnrnya. Pada pdngan aku ko still boleh jual flat tu lg, apa yg perlu kau buat buat SPA mcm biasa (minta lwyer prepare la sbb content spa ni biasanya std) dlm kes ni aku prefer ko jual flat secara cash itupun kalau ada buyer yg sanggup sbb, kalau buyer ko nak buat loan, document x cukup kuat sbb x de collateral kecuali ko boleh convince bank tu strata tittle akan issue satu masa nanti, tu sbb aku ckp cara ni agak payah sikit. Pandangan aku berdasarkan sistem Torrens, apb 2 perkara telah dipatuhi (borang atau agreement tertentu digunakan then diikuti dgn registration, hasilnya adlh hakmilik yg tdk blh disangkal, prinsip ini dikenali indefeasibility of title dlm KTN kalau x silap aku....try ur best
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.488511 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list