CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27522|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Elektrik 9,000 rumah

[Copy link]
Post time 7-7-2024 08:05 AM | Show all posts |Read mode


TAHUN tertinggi adalah pada 2021 dengan 17,511 tan metrik iaitu ketika kemuncak wabak Covid-19 dan pelaksanaan PKP.

Port Dickson: Teknologi baharu insinerator Scheduled Waste to Energy (SWtE) diguna pakai Cenviro Sdn Bhd dalam pengurusan sisa klinikal berupaya menghasilkan tenaga elektrik untuk kegunaan 9,000 rumah.

Pengurus Besar Operasi Cenviro, R Sundrakumar berkata, tenaga baharu itu dihasilkan melalui proses pembakaran sisa klinikal dan sisa industri lain di pusat pengurusan sisa buangan berjadual berkenaan.

"Fasiliti SWtE yang dikendalikan kami adalah fasiliti pertama seumpamanya di negara ini yang memiliki dan menggunakan teknologi moden dari Korea Selatan.

"Proses pembakaran sisa buangan terjadual pada suhu tinggi (1,000 darjah selsius) akan menghasilkan asap. Ia kemudiannya akan dipanaskan untuk menghasilkan wap (stim) bagi menjana kuasa sebelum disalurkan terus ke grid Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Pada sesuatu masa, ia dapat membekalkan tenaga elektrik kepada 9,000 unit kediaman," katanya.

Sundrakumar berkata, penggunaan teknologi itu adalah seiring dengan matlamat pihak syarikat dalam menjaga kelestarian alam sekitar.

Selain itu kata Sundrakumar, syarikat terbabit turut bekerjasama dengan KPJ Healthcare Berhad dan Jabatan Alam Sekitar Wilayah, Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) bagi melaksanakan inisiatif kitar semula sisa bahan buangan terjadual SW404 dan SW 409.

"Inisiatif itu mula dilaksanakan bersama pihak Cenviro Recycling & Recovery Sdn Bhd sebagai Pilot Project yang hanya membabitkan Hospital KPJ Central Region (pada peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor) sahaja dan dijangka akan dilaksanakan ke semua rangkaian hospital itu di seluruh negara tidak lama lagi.

"Ia bukan sahaja bakal mengubah landskap kelestarian penjagaan kesihatan, sebaliknya, turut melaksanakan reformasi baharu ,"katanya.

Menurutnya, bagi menggalakkan orang ramai mempraktikkan amalan kitar semula, syarikat itu turut memperkenalkan program kitar semula Recycle For Life (RFL) pada tahun 2017.

"Program itu memperkenalkan konsep sisa sifar ke sekolah dan komuniti selain mempromosikan program kitar semula serta meningkatkan lagi kadar kitar semula dalam memupuk tabiat mesra alam sekitar.

"Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar sekolah dan komuniti mengenai amalan kitar semula.

"Sejak dilancarkan, lebih 3.4 juta kilogram barangan kitar semula seperti, plastik, besi, kertas dan sisa elektronik (e-waste) dikutip sehingga tahun 2023.
Ia hasil sumbangan 752 sekolah, komuniti dan syarikat-syarikat korporat," katanya.

Menurutnya, agenda kelestarian itu adalah antara tumpuan utama syarikat terbabit dalam menjaga alam sekitar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.062757 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list