CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5448|Reply: 2

[Dunia] Angkasawan NASA rakam fenomena pari-pari merah dari tingkap ISS

[Copy link]
Post time 12-7-2024 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 12-7-2024 01:34 PM

Oleh MIR AZRI SHAHARUDIN dan KOSMO!
12 Julai 2024, 10:08 am


GAMBAR pari-pari merah (kanan) yang dirakamkan oleh Dominick di tepi tingkap ISS, - Foto Matthew Dominic/NASA



WASHINGTON – Seorang angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merakam gambar cahaya merah  yang menakutkan di atmosfera Bumi dari tingkap Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), lapor akhbar Daily Mail semalam.

Gambar itu dirakam  oleh Komander Misi SpaceX, Matthew Dominick pada 3 Jun lalu ketika ISS berada kira-kira 402 kilometer di atas sebuah pantai di Afrika Selatan.

Ia menunjukkan beberapa cahaya merah berbentuk urat muncul  pantas seperti kilat.

Fenomena cuaca itu dikenali sebagai pari-pari merah (Sprites).

Cahaya itu muncul pada kedudukan  tinggi di atas awan petir di bahagian atas atmosfera dikenali sebagai mesosfera yang memanjang sehingga 85.29 kilometer di atas permukaan Bumi.

NASA berharap imej itu akan menggalakkan para pemerhati langit di Bumi untuk menghantar gambar pari-pari merah yang mereka rakam untuk projek sains warga NASA dinamakan Spritacular.

“Jika ada mana-mana pakar pari-pari merah di luar sana, saya akan mendapat petua tentang cara merakam  lebih banyak imej fenomena tersebut,” kata Dominick. – AGENSI






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2024 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Den dulu suka minum air gas jenama sprite... kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2024 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Sprites dgn Blue jet...dua fenomena rare di upper athmosphere yg masih menjadi misteri..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Wanita Malaysia saman FBI, dakwa ditipu oleh Elon Musk kini terlalu miskin dan kini menerima bantuan kewangan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
YgBenarWanita Malaysia saman FBI, dakwa ditipu
Views : 18443 Replies : 11
Imane Khelif adalah seorang lelaki- Pertubuhan Tinju Dunia
maklukpenggodaImane Khelif adalah seorang lelaki- Pert
Views : 23889 Replies : 17
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 88477 Replies : 4140
Ganjaran RM2,000 jika jumpa kucing peliharaan hilang ada AIDS
ultra78Ganjaran RM2,000 jika jumpa kucing pelih
Views : 19666 Replies : 35
Pelabur harap dapat semula wang
maklukpenggodaPelabur harap dapat semula wang
Views : 39413 Replies : 20
100 mangsa penipuan rugi RM30 juta ditipu skim pelaburan ala pinjaman
ultra78100 mangsa penipuan rugi RM30 juta ditip
Views : 18356 Replies : 18
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 25696 Replies : 161
silap haribulan
rospinkisilap haribulan
Views : 10209 Replies : 41
[JANGAN PUSING BELAKANG]
Laracrop[JANGAN PUSING BELAKANG]
Views : 8215 Replies : 51
[Disney+ 2024] RED SWAN - Kim Ha Neul, Rain
Rahah[Disney+ 2024] RED SWAN - Kim Ha Neul, R
Views : 26923 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-8-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.053459 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list