View: 13074|Reply: 7
|
Harga Sardin Semakin Menjadi-Jadi, Kena Buat Sardin Sendiri!
[Copy link]
|
|
![](https://1.bp.blogspot.com/-WTpBxznsZbI/XtR7YuOM2UI/AAAAAAAAgnw/Z9j9lz5XmRov6h9_fyORTTT1F3zxcgcAACLcBGAsYHQ/s1600/Kari%2BSardin%2BAyam%2BBrand.jpg)
Dulu, waktu dompet 'kering', sardin dalam tin selalu menjadi pilihan sebagai hidangan harian.
Tapi sekarang, sardin bukan lagi makanan biasa-biasa untuk ‘marhaen’ seperti kita.
Dengar cerita, harga sardin sekarang makin menjadi-jadi, nampaknya kena buat sardin sendirilah jawabnya.
Mudah dan sedap, ini resepi sardin "homemade" yang dikongsikan oleh Eniza M. Salim menerusi kumpulan Facebook MENU@KAMPUNG.
Sebelum memasak, pastinya kita perlu menyediakan bahan-bahan terlebih dahulu.
Untuk resepi sardin "homemade" ini, beberapa bahan asas diperlukan.
Jangan bimbang, semua bahan-bahan ini mudah didapati di pasar raya terdekat atau mungkin sudah tersedia di rumah anda.
Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:
1 kg ikan sardin
4 biji bawang besar
4 ulas bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
1 setengah inci halia (tidak perlu banyak)
3 sudu besar cili kering kisar
1 biji tomato (dipotong dadu)
5 biji cili (dipotong dua)
4 sudu besar sos cili
Sedikit sos tomato
1 setengah tin tomato puree
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula
1 sudu besar sos tiram
2 cawan air (ikut kepekatan)
2 biji limau nipis (untuk perapan)
Selepas semua bahan sudah disiapkan, kita mestilah perap ikan sardin terlebih dahulu untuk menghilangkan bau hanyir ikan itu.
Caranya mudah saja. Ikan dipotong ekor dan kepala, kemudian dibersihkan.
Selepas itu, perap selama 10 minit dengan satu setengah sudu garam dan dua biji limau nipis atau kasturi.
Selepas perap, basuh semula dan toskan air. Ketepikan.
Bila ikan sardin sudah diperap, barulah boleh mula menyediakan sardin "homemade" kita dengan menggunakan pressure cooker.
Pertama, kisar semua bawang dan halia bersama sepotong dua tomato. Tumis hingga wangi dalam minyak yang agak banyak, lebih kurang suku cawan.
Setelah garing dan wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga benar-benar garing dan pecah minyak.
Kemudian, masukkan pati kiub, sos tiram, tomato puree, tomato potong dan bahan-bahan lain kecuali air, dan kacau hingga sebati.
Periksa rasa masin, manis, dan masamnya. Jika sudah ok, tambah 2 cawan air. Kacau sebati dan masukkan ikan.
Seterusnya, tutup pressure cooker dan setkan masa dalam 80 minit sehingga tulang ikan agak lembut.
Bila sudah cukup masa, lepaskan wap tekanan (ikut arahan periuk tekanan masing-masing sebagai langkah keselamatan).
Akhir sekali, kacau sebentar dalam 2 minit untuk memekatkan kuah, dan sedia untuk dihidangkan.
Resepi sardin "homemade" ini sangat mudah untuk disediakan dan pastinya sedap.
Bila buat sendiri, pastinya ia menepati 'tekak' masing-masing dan kebersihan pun lebih terjamin.
Selamat mencuba. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pny lah bnyk bahan
the steps nye ape lg
beli je lah dekkk
|
|
|
|
|
|
|
|
Sardin pun harga kayangan skrg ni..beli 1 tin besar dah dekat nga RM10..baru ada berapa ketul isi dlm tu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ikan sardin segar yg sy beli bese rebus untuk kucing sy je |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagi yg baru nak cuba, mohon jangan terbeli label ikan Mackerel ya sbb rasa tak sama. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
byk sgt bahan ni..cer simplify sket..confirm akan try |
|
|
|
|
|
|
| |
|