CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 60870|Reply: 21

[Jenayah] Sanusi Tagih Simpati Sarawak SUKMA 2024

[Copy link]
Post time 13-7-2024 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Edited by airfilterkotor at 13-7-2024 11:12 AM

Baru kena sekali dua dah tagih simpati, Sarawak tolak tanggung kos pengangkutan atlet negeri lain SUKMA 2024


[size=13.008px]

TIDAK sampai sebulan sebelum penganjurannya, Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan berlangsung di Sarawak mencuri tumpuan ramai berhubung dengan kos pengangkutan dan penghantaran atlet yang didakwa menelan belanja yang tinggi.

Perkara itu dibangkitkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor yang tampil secara terbkua berhara agar Sarawak sebagai penganjur untuk menanggung sebahagian kos menghantar kontinjen ke negeri tersebut.


Dalam satu sidang media pada Rabu, Sanusi berkata, permintaan itu dibuat selepas kerajaan negeri dijangka terpaksa menanggung kos yang tinggi termasuk bagi perbelanjaan tiket perjalanan dan membawa peralatan melibatkan beberapa kontena.

Permintaan tersebut ternyata mendapat reaksi yang negatif daripada pimpinan Kerajaan Negeri Sarawak.
Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada Khamis berkata, sejak sekian lama, Sarawak terpaksa menderita setiap tahun untuk menanggung kos yang tinggi untuk menghantar penganjuran acara sukan yang diadakan di Semenanjung.
Beliau turut menyifatkan bahawa permintaan Sanusi itu tidak lebih hanya sekadar satu gurauan.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, Kerajaan Sarawak tidak akan menanggung kos pengangkutan atlet dari negeri-negeri lain untuk bersaing dalam SUKMA di negeri itu yang dijadual berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos depan.
Katanya, kos pengangkutan atlet adalah tanggungjawab negeri masing-masing, bukannya mengharapkan Sarawak selaku tuan rumah untuk menanggungnya.
Susulan daripada itu, di ruangan komen, rata-rata daripada warganet bersetuju dengan pendirian yang ditetapkan oleh kerajaan Negeri Sarawak berhubung isu tersebut.
Malah mereka berpandangan, hal tersebut tidak seharusnya timbul memandangkan setiap negeri sepatutnya mempunyai tempoh masa yang panjang untuk melakukan persediaan.
Pada masa sama, warganet turut berpendapat bahawa, adalah tidak adil kepada negeri di Borneo sekiranya permintaan Kedah itu ditunaikan.
Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-7-2024 11:14 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2024 11:17 AM | Show all posts
SUKMA 2024: Rasakan apa yang Sabah, Sarawak alami selama ini
https://stadiumastro.com/sukan-lain/sukma-2024-rasakan-apa-yang-sabah-sarawak-alami-selama-ini-268720


Menteri Sarawak menolak cadangan Menteri Besar Kedah, Sanusi Nor, agar negeri Borneo itu membantu menampung sebahagian daripada kos penghantaran kontinjen Kedah ke Sukan Malaysia (Sukma).
Menerusi Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata Sabah dan Sarawak telah mengharungi menanggung kos sebegitu tinggi untuk ke Malaysia Barat bagi menyertai sebarang acara peringkat kebangsaan.

“Apa yang diketengahkan oleh Menteri Kesar Kedah ialah apa yang Sabah dan Sarawak terpaksa tanggung semasa acara kebangsaan, termasuk sukan, setiap kali diadakan di Semenanjung Malaysia.

“Kontinjen dari Sabah dan Sarawak terpaksa menanggung kos untuk sebarang acara sukan, sama ada Sukma atau liga bola sepak kebangsaan tahunan. Kami telah menderita dalam diam setiap tahun hanya untuk mengambil bahagian,” kata Karim.

Rabu lalu, Sanusi memetik kos perjalanan yang tinggi dan keperluan untuk mengangkut peralatan dalam merayu agar Sarawak membantu menampung sebahagian daripada kos tersebut.

Sukma 2024 akan diadakan di sembilan bahagian Sarawak dari 17 hingga 24 Ogos. Sebanyak 37 sukan akan dipertandingkan, melibatkan 488 acara, dengan penyertaan 12,619 atlet dan pegawai.

Ini merupakan kali ketiga temasya itu dianjurkan oleh Sarawak selepas 1990 dan 2016.






Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2024 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 13-7-2024 03:17 AM
SUKMA 2024: Rasakan apa yang Sabah, Sarawak alami selama ini
https://stadiumastro.com/sukan-lain/suk ...

Kan.

Apa lak nak kena tanggung kos pengangkutan. Ngok Sanusi ni. Takyah hantar kontinjen negeri kau la kalau dah miskin sangat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2024 01:18 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 13-7-2024 12:00 PM
Kan.

Apa lak nak kena tanggung kos pengangkutan. Ngok Sanusi ni. Takyah hantar kontinjen ne ...

Kontinjen Kedah ada 596 worang yang terdiri dari atlet dan pegawai.
Nak mintak tanggung to and fro teket katebang? Sejenis sembang tak tumbang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2024 01:21 PM | Show all posts
alternatif lain, boleh je heshe mintak tajaan sikit daripada syarikat penerbangan atau kompeni2 besar di kedah khenzz
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2024 02:49 PM | Show all posts
alternatif lain juga
atlit renang suruh je berenang dari semenanjung ke kuching
boleh save kos flight 10-11 org
gituhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2024 08:41 PM | Show all posts
antor atlit je.. pegawai tu buat perabih duit je. ni lebih sudu dari kuah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2024 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edar je la tin Milo apadahal.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2024 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Puak2 lobai ni kelakar ..cam celaka pun ada.kalo bab kereta utk kegunaan sendiri samada  rasmi atau tidak mcm kilat je.merc laa... raptor laa.. hellfire laa.takkan ana kena naik untaa.tapi kena kt  rakyat  mcm pemintak sedekah dibuatnya..itupun gigih nak sokong.dulo2 umngok buat pe'el  camtu
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2024 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
mohon minta tajaan syarikat judi..lu kasi..wa lulus lesen.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2024 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Elehhh selama ni atlet sabah sarawak pigi balik semenanjung bersukan segala bagai tu xnk kira pulekkkk
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2024 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tumpang kapal kontena laa,dua hari sampai
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2024 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 14-7-2024 05:12 PM

Itu kaloo..la..Kedah x dapek nk antar..mohon negeri lain amik atlet depa yg berpontensi sbg 'ank angkat'...tuk pastikan mereka tak 'terkubur'.KBS mohon yer..tgk/perati isu ni  baik2.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2024 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
sewa bot@feri ajer la...naik dari Stulang Laut di Johor Bahru... biar lambat asal sampai...rsanya org tak mengata sgt pun sbb tahu dh standard Kedah mcm mna ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2024 05:38 PM | Show all posts
Memang ada manusia ni rasa it's OK to ask even at the risk of you appearing stupid. What have you got to lose katanya. Memang malang kalau ko dapat boss macam ni tapi aku puji sikit Nusi ni sebab dia yang volunteer kena kecam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2024 09:24 PM | Show all posts
langkah2 boleh diambil
1) Pilih atlet yg bebetul layak
2) kalau atlet tu so so suruh dia cari dana sendiri
3) yg pegawai tu.. yg berkelayakan je pergi.. kalo leh tiket byr sendiri ke 50% ke
4) ramai org2 kedah yg jutawan... boleh kot minta CSR dgn dorang
5) Bukan tabung online.. sumbangan utk atlet Kedah ke Sukma... rasa ada je org bg sumbangan.

** pandangan yg tiada kena mengena dr sudut politik
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2024 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
AnBulisia replied at 13-7-2024 02:49 PM
alternatif lain juga
atlit renang suruh je berenang dari semenanjung ke kuching
boleh save kos fligh ...

Kang dh hbs majlis penutup pn x sampai2 di tepian lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2024 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Altenatif lain...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 02:16 PM | Show all posts
Tak de duit tak yah la pergi Nusi.  Tak pun kau jual je vellfire ke palisade tanggung hantar derang ke sana.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.638494 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list