CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 72827|Reply: 131

[Tempatan] Bersemayam Di Takhta, Istiadat Pertabalan YDPA Berlangsung Hari Ini!

[Copy link]
Post time 20-7-2024 09:58 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang akan berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan adat raja-raja Melayu di Istana Negara hari ini, melakar satu lagi peristiwa bersejarah dan signifikan bagi negara Malaysia.

Berlangsung di Balairung Seri Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, istiadat pertabalan itu ialah pemasyhuran kepada seluruh dunia bahawa Sultan Ibrahim telah bersemayam di takhta sebagai Ketua Tertinggi Negara yang menggalas tanggungjawab menjadi payung mahkota menaungi rakyat Malaysia untuk tempoh lima tahun.

Istiadat penuh gilang-gemilang itu pastinya dinantikan oleh 34 juta rakyat Malaysia, selain menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa, sekali gus mempamerkan keunikan dan keutuhan warisan sistem Raja Berpelembagaan yang diamalkan Malaysia sejak mencapai kemerdekaan pada 1957.

Istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah itu juga menyempurnakan peruntukan Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan, selain bukti kesinambungan pemerintahan raja Melayu dengan sistem pelantikan Yang di-Pertuan Agong secara bergilir yang hanya diamalkan di Malaysia.

Lebih signifikan, Sultan Ibrahim yang buat kali pertama bersemayam di takhta kerajaan Persekutuan itu, ialah generasi kedua Kesultanan Johor untuk menggalas tanggungjawab berkenaan selepas Almarhum Paduka Ayahanda, Sultan Iskandar Ismail dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan pada 1984 hingga 1989.

Mengikut sistem penggiliran senarai sembilan negeri beraja, turutan negeri dalam pusingan pertama sistem berkenaan sejak 1957 ialah Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.

Segala persiapan bagi menyempurkan istiadat itu dilakukan dengan penuh teliti, menyaksikan Istana Negara sebagai lokasi penting kepada peristiwa bersejarah itu, dihias indah simbolik ketinggian darjat Yang di-Pertuan Agong sebagai sebuah institusi yang berdaulat.

Malah, di sekitar ibu negara juga meriah dengan gegantung ucapan sembah tahniah kepada Seri Paduka Baginda berdua bagi meraikan upacara penting yang secara tradisinya hanya berlaku setiap lima tahun.

Menurut Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, walaupun istiadat pertabalan itu masih mengikut "acuan" asal tanpa sebarang perubahan, namun tetap mempunyai keistimewaan tersendiri dengan sentuhan peribadi Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah.

Azuan Effendy berkata istiadat pertabalan itu juga akan menyaksikan Sultan Ibrahim menggunakan peralatan kebesaran istiadat seperti Pending Diraja yang sama digunakan Almarhum Sultan Iskandar ketika ditabal sebagai Ketua Utama Negara.

“Elemen lain yang disifatkan istimewa pada istiadat pertabalan kali ini ialah penggunaan Nobat Diraja Perak yang pastinya menggamit nostalgia kerana pada istiadat pertabalan Almarhum Sultan Iskandar dulu pun menggunakan Nobat Diraja Perak,” katanya.

Pemilihan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 oleh raja-raja Melayu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara pada 27 Okt 2023 dan Seri Paduka Baginda seterusnya mengangkat sumpah jawatan pada 31 Jan di Istana Negara.

Pelantikan Seri Paduka Baginda adalah bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang yang menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan.

Istiadat yang dijadual bermula 9 pagi ini, dilaksanakan mengikut tertib serta aturan protokol yang setiap satu daripadanya mempunyai perlambangan tersendiri, misalnya istiadat ketenteraan menjadi pendahulu kepada istiadat berkenaan membawa simbolik bahawa kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

Istiadat bersejarah itu akan dihadiri kira-kira 700 tetamu termasuk raja-raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri, perwakilan diplomatik asing di negara ini serta pemimpin-pemimpin utama negara.

Tetamu diraja dari luar, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa juga dijadual berangkat ke istiadat itu.

Istiadat berkenaan disiarkan secara langsung oleh BERNAMA TV, Radio Televisyen Malaysia (RTM) serta stesen televisyen lain, termasuk pelbagai platform media sosial dan buat kali pertama, istiadat itu juga boleh disaksikan rakyat menerusi "wayang pacak" yang disediakan Jabatan Penerangan dengan kerjasama Komuniti MADANI di setiap 222 kawasan Parlimen di seluruh negara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-7-2024 09:58 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2024 09:58 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2024 09:59 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2024 10:25 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
First time nampak soltan johor pakai tengkolok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2024 10:36 AM | Show all posts
tahniah & selamat bertakhta
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Selangor merajuk x datang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2024 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols byk nk komen tp x pelah iols simpan dlm hati
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Lolalala replied at 20-7-2024 10:56 AM
Selangor merajuk x datang

Sultan Selangor operate mata
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 11:12 AM | Show all posts
Baru Perasan, selangor takda wakil...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Selangor takde wakil???
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 11:13 AM | Show all posts
umie replied at 20-7-2024 11:04 AM
Sultan Selangor operate mata

Biasanya, kalau sultan x datang, raja muda jadi wakil.. RMS pun x dtg..


Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Slngor takde wakil kah?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kelatan dgn Pahang pun hantar wakil aje
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Perlis tu fahamla, Raja Perlis mmg tak sihat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2024 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Selangor takde hantar wakil? Adik2 sultan selangor esp yg jadi abang ipar SJ pun tkde ke??
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Raja Bahrain ganti kerusi sultan Selangor tu kemain senyum lebar pak arab dok sebaris raja2 melayu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Fuhh bola punya pasal....
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Siyes arrr.. ramos pi mana plak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.064980 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list