CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42845|Reply: 108

[Tempatan] TERKINI: Albertine Leo ditemui selamat di Batang Kali, 3 suspek termasuk seorang wanita yang ditahan - Polis Selangor

[Copy link]
Post time 22-7-2024 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 23-7-2024 11:40 AM

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Sabtu lalu ditemui selamat.

Mangsa, Albertine Leo ditemui di satu lokasi di Batang Kali, Selangor dalam keadaan selamat.

Penemuan itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sebentar tadi.

Semalam Polis Johor menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes kehilangan mangsa.

Susulan tangkapan tiga suspek, kehilangan mangsa diklasifikasikan semula daripada laporan orang hilang kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.

Sementara itu di Johor Bahru, tiga suspek termasuk seorang wanita yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun Sabtu lalu, direman empat hari.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Suhaili Sapun selepas membenarkan permohonan dibuat pihak polis.

Tempoh reman yang bermula hari ini sehingga Jumaat ini membolehkan siasatan lanjut dibuat ke atas ketiga-tiga suspek mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, dua suspek lelaki tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru masing-masing yang berpakaian lokap berwarna oren dan ungu pada jam 8.45 pagi diiringi anggota polis dengan tangan bergari.

Manakala, seorang lagi suspek iaitu wanita tiba 10 minit kemudian dengan pakaian lokap warna oren dikawal ketat anggota polis wanita.

Semalam, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 28 hingga 55 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.30 petang di sekitar kawasan Gelang Patah, Iskandar Puteri.

Albertine Leo Jia Hui disedari hilang kira-kira jam 8.30 malam, Sabtu lalu ketika di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri dekat sini.

Kes kehilangannya itu diklasifikasikan semula daripada laporan orang hilang kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.

Satu sidang media Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berhubung kes berkenaan akan diadakan jam 11 pagi ini.

Polis Kesan Kanak-Kanak Perempuan Enam Tahun Dilapor Hilang

Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dilaporkan hilang dipercayai ketika bermain di sebuah pusat perniagaan di Iskandar Puteri pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan, memaklumkan bahawa mangsa, Albertine Leo Jia Hui, disedari hilang oleh bapanya sekitar jam 8.30 malam.

Menurut beliau, pihak polis kini sedang giat menjalankan usaha pencarian serta membuat hebahan mengenai kehilangan tersebut.

"Lokasi terakhir kanak-kanak itu adalah di Eko Galleria 3, Jalan Eko Botani 3/2, Taman Botani di sini.

"Mangsa berketinggian 120 sentimeter bertubuh kurus sederhana dan berambut panjang berwarna hitam.

“Ketika hilang mangsa dilaporkan memakai baju berwarna putih bergambar 'mickey mouse' serta berseluar pendek,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Justeru, beliau meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi, terutamanya di media sosial, mengenai kehilangan kanak-kanak tersebut, termasuk dakwaan bahawa dia telah dilarikan dan berada di utara tanah air.

"Saya harap semua pihak bersabar dan siasatan sedang dijalankan," katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedudukan kanak-kanak itu diminta untuk menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Ridzuan Abd Hadi talian 017-7051097 atau talian hotline IPD Iskandar Puteri 019-2792095 atau bilik gerakan 07-2212999.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2024 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak ni nampak cantik.. tgk satu gambar dia pakai baju Mickey Mouse. Dah Rupa mix.. mata idok ler sesepet alammm.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols tadi dok pikir mesti ada event kat eco galleria ni.. rupanyabada bon odori
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
banyak kes orang hilang sekarang.... takutnyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat Pesbuk dah kecoh dah psl budak ni dari tadi siang. Org ramai berhimpit2 katanya dkt Eco Galleria tu sbb ada event. Ada yg kata makpak budak ni ada booth, ada yg kata takde, saja datang. Entohhhllerrr.
Meols idokkk ller nak berhimpit pulas beramei2 dgn manusia2, semata2 ada event. Duduk rumah terkangkang tgk Netflix lagi bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipertemukan kembali dengan keluarganya.

Harap ada orang baik yg terjumpa anak ini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2024 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Bebudak skrg kena pakai rantai airtag gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Klau budak2 umur ni i percaya dilarikan n kena culik. Yg dah besar beebulu biasanya ikut kwn/jantan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2024 02:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Scary nya. harap2 dijumpai dgn selamat dan bernyawa ya dik.. Skrg ni kes hilang mcm susah nak dijumpai dlm keadaan bernyawa. harap tk terjadi perkara yg tk diingini.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 02:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah..moga ank nie di jumpai selamatlah..
Risau sungguh mcm2 jadi
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 03:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Dahla comel budaknya.. Semoga di temui Selamat la ye nak.. mesti xtdo mak ayah dok mencari
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 05:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Allah.. moga djumpai. dengan selamat ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga berjaya ditemui dan selamat pulang ke pangkuan kelaurga...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
mintak mintak jumpa la
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Ade new update ke? Zmn skrg kecik besar tua muda x selamat dh rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat djumpa dan selamat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2024 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tgk movie.. ade mak tuu anak ninggal.. so royanlaa.. dia nmpk anak org anak dia.. satu hari dia jumpa budak dia bwk balik.. somi pun diam je.. sbb dgn adanya budak tuu wife dia sihattt..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga cepat jumpa..kesian nya..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga anak ni tak diapa apakan.. biarlah dia pulang ke mak ayah dia
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 10:54 AM | Show all posts
ade possibility tak sbnrnye budak ni kene target sbb mak ayah dia?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-9-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.074718 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list