CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19364|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung padam sepenuhnya

[Copy link]
Post time 22-7-2024 07:44 AM | Show all posts |Read mode
Kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung padam sepenuhnya

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

21 Julai 2024 11:50pm




Laporan Sinar Harian pada Ahad.




NIBONG TEBAL - Seramai 117 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang bersama pasukan bomba sukarela serta petugas Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) terlibat dengan operasi memadamkan kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung di sini, pada Ahad.

Exco Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jason H’ng Mooi Lye berkata, kebakaran dikesan berlaku kira-kira jam 12.05 tengah hari itu berjaya dipadam sepenuhnya oleh pasukan penyelamat pada malam tadi.



Menurutnya, kebakaran dipercayai berpunca akibat daripada cuaca panas yang berlarutan.

"Tindakan pemadaman awal telah dijalankan oleh kakitangan MBSP yang bertugas namun disebabkan keadaan yang berangin kencang, kebakaran tidak dapat dikawal sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian pada sekitar jam 12.20 tengah hari.


"Tindakan awal bomba adalah dengan membuat kawalan secara water curtain supaya kebakaran tidak terus merebak ke kawasan lain," katanya menerusi kenyataan di sini, pada Ahad.


Jason ketika meninjau keadaan kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung pada Ahad.




Jason yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi berkata, MBSP telah membantu membuat 'fire-break' bagi mengepung kawasan yang terbakar.


Katanya, tindakan pemadaman seterusnya dilakukan menggunakan kaedah penggemburan sisa dan semburan air.




"Kebakaran berjaya dikawal sekitar jam 5.23 petang. Setakat jam 11 malam kebakaran telah berjaya dipadamkan sepenuhnya di kawasan yang terlibat sekitar 3,500 meter persegi (m2),"katanya lagi.

Mengulas lanjut, Jason berkata, langkah-langkah pencegahan akan dilaksanakan oleh MBSP untuk mengurangkan risiko berlakunya kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung di masa akan datang.

Katanya, MBSP juga akan menambah lori tangki sebagai persediaan awal sekiranya kejadian ini berulang.

Tapak pelupusan sampah itu pernah terbakar pada Januari 2022 membabitkan kawasan seluas lebih 8,000 meter persegi.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.055295 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list