CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 16726|Reply: 42

[Tempatan] Selepas 6 bulan diintip terima rasuah bulanan, 8 penguat kuasa DBKL masuk jerat SPRM

[Copy link]
Post time 23-7-2024 09:35 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 23-7-2024 09:38 AM

Oleh Wartawan BH - Julai 22, 2024 @ 8:02pm
[email protected]


Anggota penguat kuasa PBT (tangan digari) diiringi pegawai SPRM berpakaian preman selepas ditahan hari ini.


KUALA LUMPUR: Lapan anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) di ibu kota, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, kerana disyaki menerima wang suapan secara bulanan.

Mereka dipercayai menerima wang rasuah secara bulanan hampir RM12,000 daripada premis perniagaan yang beroperasi menggunakan lesen 'Ali Baba' di ibu negara.

Anggota penguat kuasa ditahan itu bertugas di pejabat PBT yang terletak berhampiran sebuah pasar harian di ibu negara.

Sumber berkata, kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40-an ditahan di sekitar ibu negara, dalam operasi khas Op Orange oleh SPRM Kuala Lumpur bermula jam 8.30 hingga 11 pagi tadi.


Katanya, operasi yang dijalankan hari ini adalah hasil risikan dijalankan SPRM sejak enam bulan lalu.

"Kesemua penguat kuasa yang ditahan ini disyaki melindungi premis haram yang beroperasi secara tidak sah dan menerima wang rasuah secara bulanan antara RM200 hingga RM1,000 daripada pemilik dan penjaga premis berkenaan.

"Wang rasuah yang diterima ini sebagai balasan kerana tidak mengambil tindakan penguatkuasaan kepada premis-premis berkenaan.

"Premis bukan sahaja menggunakan lesen 'Ali Baba', malah melakukan kesalahan menggajikan warga asing sebagai pekerja selain beroperasi menggunakan lesen yang berbeza," katanya.

Susulan tangkapan kesemua suspek terbabit, SPRM menyita wang tunai kira-kira RM40,000 yang dipercayai hasil kegiatan haram mereka.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap kesemua suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, esok, bagi proses permohonan reman.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a), Akta SPRM 2009.

Menurut beliau, kesemua suspek akan direman di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok.

Rabu lalu, SPRM menahan lapan individu yang disyaki merasuah anggota pengguat kuasa bagi mengelak tindakan diambil terhadap premis mereka yang menggaji warga asing serta beroperasi menggunakan lesen 'Ali Baba'.

Enam daripada mereka didakwa di mahkamah dan dikenakan denda antara RM6,000 hingga RM10,000.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2024 12:59 PM | Show all posts
Kesian pulak yang dapat RM200 tu. Sangat tak berbaloi kalau boleh hilang kerja. Mesti hidup tersepit sangat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg majoriti yang berniaga ni lesen alibaba, tapi sengaja di war-warkan konon kahwin sebab nak tutup tembelang pbt kutip ufti peniaga alibaba.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg dpt rm200 tu staff baru agaknya... dorang ni akan dibuang kerja atau setakat pindah department?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 01:40 PM | Show all posts
zaman Madanon skrg mmg perasuah dgn pemberi rasuah takleh cari makan laa..lol
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Join PN la. Papagomo ex polis kena buang kerja amik rasuah sekarang dipanggil Sir oleh walaun2 & macai madey
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2024 02:27 PM | Show all posts
klu nampak pusat pelacuran, kedai judi, etc yg terbuka...99% kawasan tu pemguatkuasa makan rasuah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 02:49 PM | Show all posts
Edited by yenil95 at 23-7-2024 02:50 PM

Tabik SPRM. Bagus buat kerja!

Selagi ada rasuah selagi tu la ada penyelewengan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2024 03:10 PM | Show all posts
pegawai sprm yg pakai tshirt warna krim tu nmpk sado dan comel


dahhh... pegawai sprm pulak kena tilik

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 03:13 PM | Show all posts
"Premis bukan sahaja menggunakan lesen 'Ali Baba', malah melakukan kesalahan menggajikan warga asing sebagai pekerja selain beroperasi menggunakan lesen yang berbeza," katanya.

Tangkap juga pemberi rasuah dan tarik lesen, blacklist terus.

Bagi rasuah sebab ada lesen ali baba nak bagi warga asing. Ambil rasuah sebab nak biarkan warga asing niaga. Double looser.

Terminatelah staff-staff tu supaya yang lain takut nak buat. Ramai lagi orang jujur amanah yang perlukan kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 03:17 PM | Show all posts
kakitangan awam melayu yg menjadi dalang kpd warga asing meniaga sesuka hati di malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Denda rendahnya  dah bayar denda boleh rilek2 sambung keje ke ?#tanyajer
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan mukaaaaa!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 23-7-2024 12:59 PM
Kesian pulak yang dapat RM200 tu. Sangat tak berbaloi kalau boleh hilang kerja. Mesti hidup tersepit ...

Mungkin 1 premis dia dapat RM200..kalau kumpul semua premis, collection bagus, lebih 30k masyuk dlm 1 bulan.

Kalau yg kasi resuah nie dari negara luar, harus dihantar balik ke negara depa.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 03:42 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 23-7-2024 12:59 PM
Kesian pulak yang dapat RM200 tu. Sangat tak berbaloi kalau boleh hilang kerja. Mesti hidup tersepit ...

Rasanya rm200 tu dr sorang peniaga je. Kalau ramai byk le dpt bulanan. Sbb tulis kt news tu bulanan bole dpt hampir rm12k
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
3chanceno replied at 23-7-2024 03:24 PM
Denda rendahnya  dah bayar denda boleh rilek2 sambung keje ke ?#tanyajer

Itu denda kepada pemberi rasuah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2024 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 23-7-2024 03:42 PM
Rasanya rm200 tu dr sorang peniaga je. Kalau ramai byk le dpt bulanan. Sbb tulis kt news tu bulana ...

Aku pun pening nak kira. 12k sebulan bagi 8 orang. Ada yg dapat RM200 ada yg RM1k. Akaun tak balance
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 03:59 PM | Show all posts
Rasuah memang betul perosak masyarakat. Menjawab la yang khianat amanah rakyat ni kelak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
masa iols keja gomen 20 thn sudah memang ramai yg ambik rasuah…bukan stakat duit..kasut timberland..jam tgn..yg pompuan handbag perfume..melancong..tak tahan tgk.,iols paling tak disukai para kontrantor sbb aku tak makan rasuah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 04:07 PM | Show all posts
Rasuah ni tak terhad duit je.. Apa-apa bentuk imbuhan yang diberi dengan hasrat mendapat keberuntungan dalam satu2 proses perkhidmatan atau urusan. Kalau tak bendung memang dia akan jadi habit.. Barulah jadi sinetron nanti huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.081248 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list