View: 24480|Reply: 1
|
[Jenayah]
Memberi Impak Terhadap Kesuburan Wanita, Insulin Terlalu Tinggi Akan Mengganggu Hormon Lain!
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM - Pengambilan gula yang kurang di dalam minuman teh O dan kopi O membantu mengurangkan berat badan, malah hormon insulin juga menjadi lebih stabil.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nurul Shazini Ramli berkata, pengurangan kalori akibat kurang gula mampu menurunkan berat badan kerana konsepnya bergantung kepada keseimbangan tenaga in and out.
Menurut pakar pemakanan itu, gula yang diserap dalam darah memerlukan tindakan hormon insulin dan apabila dirembeskan daripada pankreas, gula tersebut dapat digunakan oleh sel-sel dalam badan menjadi tenaga.
Namun, jelasnya, sekiranya insulin terlalu tinggi, ia akan mengganggu hormon lain contohnya testosteron sekali gus memberi impak kepada tahap kesuburan wanita.
“Kurang gula bermakna kurang kalori. Teh O atau kopi O tanpa gula tiada kalori, bermaksud ia lebih sihat tetapi jika memasukkan hanya satu sudu teh kira-kira lima gram, ia bersamaan 20 kalori.
“Kalau orang ramai dah terbiasa minum minimum dua cawan sehari dengan dua sudu teh gula setiap cawan, darabkan pula dengan 30 hari. Ini bermakna 600 gram gula sebulan hanya untuk minuman.
“Jadi, berapa banyak penggunaan gula bergantung kepada diet seseorang, kalau memang hari-hari ambil gula selain kopi, maksudnya banyaklah. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko obesiti,” katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
vaksin taknak..gula, makanan berminyak acik forem x kisah...nikmat katenye sis
|
|
|
|
|
|
|
| |
|