CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 21457|Reply: 57

Kieda Crepe minta pelanggan ‘refund’ baju, tak mahu makan duit haram - ‘Refund’ baju semula kepada kami, kami tanggung rugi"

[Copy link]
Post time 24-7-2024 07:23 AM | Show all posts |Read mode





Usahawan yang juga pempengaruh, Kieda Crepe meminta semua pelanggan yang membuat pembelian bajunya sempena jelajah Pahang untuk memulangkan semula dalam masa terdekat.


Perkara itu dimaklumkan Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra di Facebook selepas menerima kecaman ekoran menggunakan logo rasmi Ultras Pahang iaitu Elephant Army (EA) pada baju yang dicetak tanpa kebenaran.


“Terima kasih semua yang support (sokong) dan bekerjasama dengan baik. ‘Refund’ (pulang) baju semula kepada kami, kami tanggung rugi.


“Kami tak mahu makan duit haram melalui logo orang sepertimana netizen komen. Kita nak cari rezeki yang berkat,” katanya semalam.


Dalam pada itu, suami Kieda iaitu Hilmi Zikri turut membuat permohonan maaf kepada EA kerana menggunakan logo berkenaan dan akui tidak tahu bahawa ia telah didaftarkan sejak tahun 2018.


Sementara itu, EA dalam kenyataan memaklumkan terdapat insiden penggunaan logo pihaknya secara tidak sah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Katanya, penjelasan itu bagi mengelakkan terjadinya salah faham dan usaha pengambilan untung yang berlawanan dengan prinsipnya.


“Kami amat menitikberatkan integriti simbol-simbol yang mewakili kami dan kami ingin menjelaskan tidak ada sebarang kerjasama antara jenama tersebut dengan pihak kami.


“Ingin kami tegaskan bahawa logo Elephant Army telah didaftarkan secara rasmi sebagai cap dagangan di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia,” jelasnya.


Justeru, EA berkata, mana-mana pihak dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan logo sama ada sengaja atau tidak sengaja kerana menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 38, Akta Cap Dagangan 1976.


Sumber: Kosmo


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My


Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2024 07:37 AM | Show all posts
diorg ni artis ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat dulu pikir kemudian
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 07:50 AM | Show all posts
first, depa ni bukan retis ye

second, rasa macam influencer skrg ni banyak syok sendiri. yg betul betul educated  dan pro macam kerol aming tu susah nak jumpa..

third, itulah pentingnya edukesyen
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Honest speaking. Otak mmg pk duit je. Bila kantoi. Kami xthu. Yg ckp sesame melayu tu.. lagi la.. Igt mcm dia kot.. nk design amik bubuh drpd Google.. Pasto buh nana sndiri kt baju..jual..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 08:31 AM | Show all posts
tgk reply dia kat admin ultras pahang tu pun cam mehhh je... dia ckp pasal melayu support sesama melayu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2024 09:01 AM | Show all posts
Yang iolls pelik, dah kenapa buat jersi & jual? Lagi pelik ada manusia bongok yg beli. Euww..~~
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Prickford replied at 24-7-2024 09:01 AM
Yang iolls pelik, dah kenapa buat jersi & jual? Lagi pelik ada manusia bongok yg beli. Euww..~~

Yang lagi pelik dah kenapa ada manusia hadap beli baju ada tulis kekdah crepe? Kekdah bukan retis mahupon atlet. Kalau lee chongwei tetiba buat merch tu i paham la jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2024 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Prickford replied at 24-7-2024 09:01 AM
Yang iolls pelik, dah kenapa buat jersi & jual? Lagi pelik ada manusia bongok yg beli. Euww..~~

Exactly

Korang dah kenapa? Dia yg nak gi meniaga crepe apanama kat pahang tu yang korang pergi beli baju dah kenape yeop

Obses sgt ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 09:08 AM | Show all posts
instead of hang mntk pulang & refund..
why not hang deal je dgn EA tu.. bayar skit separuh keuntungan utk depa
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 09:10 AM | Show all posts
kelakar tgk smpai sanggup beli baju kat dia.. kaya btol korang ehh. dah support makan manis2 dok support baju plak klu aku tak koser pi mall ke mana pkai baju kc tu hahah
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku meluat dgb dia ni nak2 bila dgr dia bckp… aku x tau la piang mana duk sokong dia ni. Lpstu yg ko masuk dlm bod retis napa ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 09:21 AM | Show all posts
Saman je lah influenza betina ni, setakat nasihat je buat apa
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 09:27 AM | Show all posts
mizruncing replied at 24-7-2024 09:10 AM
kelakar tgk smpai sanggup beli baju kat dia.. kaya btol korang ehh. dah support makan manis2 dok sup ...

yang beli tu semua vendor dan stokis dia uoolllsss...
stokis terpaksa beli laa kalau tak camna nak laku pulak....
vendor pulak kena support...


Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 09:36 AM | Show all posts
azimodin replied at 24-7-2024 09:03 AM
Yang lagi pelik dah kenapa ada manusia hadap beli baju ada tulis kekdah crepe? Kekdah bukan retis  ...

aku malu oooo nak pakai had ada nama retis
x tahu knpe
tu retis
kalau mcm dia ni eeeeee lagi la
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 10:30 AM | Show all posts
yururi replied at 24-7-2024 09:21 AM
Saman je lah influenza betina ni, setakat nasihat je buat apa

haahaha, nti habis banjir dia nages weh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2024 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Wayang je ni. Both sides dah berpakat. Takkan la sebodoh itu google gambar terus ambil? Bodoh sangat tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 11:06 AM | Show all posts
Sponsor je la Ultra Pahang tu... confirm2 nama ade kat baju
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
I xfaham apa refund refund rupanya suruh return nanti dia refund

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 11:33 AM | Show all posts
siapa je lah yang terkinja kinja beli produk depa ni. hadoii, dah terus mengconten post gambo diri peluk batu nisan aboh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.425962 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list