View: 21246|Reply: 57
|
Kieda Crepe minta pelanggan ‘refund’ baju, tak mahu makan duit haram - ‘Refund’ baju semula kepada kami, kami tanggung rugi"
[Copy link]
|
|
Usahawan yang juga pempengaruh, Kieda Crepe meminta semua pelanggan yang membuat pembelian bajunya sempena jelajah Pahang untuk memulangkan semula dalam masa terdekat.
Perkara itu dimaklumkan Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra di Facebook selepas menerima kecaman ekoran menggunakan logo rasmi Ultras Pahang iaitu Elephant Army (EA) pada baju yang dicetak tanpa kebenaran.
“Terima kasih semua yang support (sokong) dan bekerjasama dengan baik. ‘Refund’ (pulang) baju semula kepada kami, kami tanggung rugi.
“Kami tak mahu makan duit haram melalui logo orang sepertimana netizen komen. Kita nak cari rezeki yang berkat,” katanya semalam.
Dalam pada itu, suami Kieda iaitu Hilmi Zikri turut membuat permohonan maaf kepada EA kerana menggunakan logo berkenaan dan akui tidak tahu bahawa ia telah didaftarkan sejak tahun 2018.
Sementara itu, EA dalam kenyataan memaklumkan terdapat insiden penggunaan logo pihaknya secara tidak sah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Katanya, penjelasan itu bagi mengelakkan terjadinya salah faham dan usaha pengambilan untung yang berlawanan dengan prinsipnya.
“Kami amat menitikberatkan integriti simbol-simbol yang mewakili kami dan kami ingin menjelaskan tidak ada sebarang kerjasama antara jenama tersebut dengan pihak kami.
“Ingin kami tegaskan bahawa logo Elephant Army telah didaftarkan secara rasmi sebagai cap dagangan di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia,” jelasnya.
Justeru, EA berkata, mana-mana pihak dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan logo sama ada sengaja atau tidak sengaja kerana menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 38, Akta Cap Dagangan 1976.
Sumber: Kosmo
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Buat dulu pikir kemudian |
|
|
|
|
|
|
|
first, depa ni bukan retis ye
second, rasa macam influencer skrg ni banyak syok sendiri. yg betul betul educated dan pro macam kerol aming tu susah nak jumpa..
third, itulah pentingnya edukesyen |
|
|
|
|
|
|
|
Honest speaking. Otak mmg pk duit je. Bila kantoi. Kami xthu. Yg ckp sesame melayu tu.. lagi la.. Igt mcm dia kot.. nk design amik bubuh drpd Google.. Pasto buh nana sndiri kt baju..jual.. |
|
|
|
|
|
|
|
tgk reply dia kat admin ultras pahang tu pun cam mehhh je... dia ckp pasal melayu support sesama melayu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang iolls pelik, dah kenapa buat jersi & jual? Lagi pelik ada manusia bongok yg beli. Euww..~~ |
|
|
|
|
|
|
|
Prickford replied at 24-7-2024 09:01 AM
Yang iolls pelik, dah kenapa buat jersi & jual? Lagi pelik ada manusia bongok yg beli. Euww..~~
Yang lagi pelik dah kenapa ada manusia hadap beli baju ada tulis kekdah crepe? Kekdah bukan retis mahupon atlet. Kalau lee chongwei tetiba buat merch tu i paham la jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Prickford replied at 24-7-2024 09:01 AM
Yang iolls pelik, dah kenapa buat jersi & jual? Lagi pelik ada manusia bongok yg beli. Euww..~~
Exactly
Korang dah kenapa? Dia yg nak gi meniaga crepe apanama kat pahang tu yang korang pergi beli baju dah kenape yeop
Obses sgt ke? |
|
|
|
|
|
|
|
instead of hang mntk pulang & refund..
why not hang deal je dgn EA tu.. bayar skit separuh keuntungan utk depa |
|
|
|
|
|
|
|
kelakar tgk smpai sanggup beli baju kat dia.. kaya btol korang ehh. dah support makan manis2 dok support baju plak klu aku tak koser pi mall ke mana pkai baju kc tu hahah |
|
|
|
|
|
|
|
Aku meluat dgb dia ni nak2 bila dgr dia bckp… aku x tau la piang mana duk sokong dia ni. Lpstu yg ko masuk dlm bod retis napa ? |
|
|
|
|
|
|
|
Saman je lah influenza betina ni, setakat nasihat je buat apa |
|
|
|
|
|
|
|
yang beli tu semua vendor dan stokis dia uoolllsss...
stokis terpaksa beli laa kalau tak camna nak laku pulak....
vendor pulak kena support...
|
|
|
|
|
|
|
|
aku malu oooo nak pakai had ada nama retis
x tahu knpe
tu retis
kalau mcm dia ni eeeeee lagi la
|
|
|
|
|
|
|
|
haahaha, nti habis banjir dia nages weh
|
|
|
|
|
|
|
|
Wayang je ni. Both sides dah berpakat. Takkan la sebodoh itu google gambar terus ambil? Bodoh sangat tu |
|
|
|
|
|
|
|
Sponsor je la Ultra Pahang tu... confirm2 nama ade kat baju |
|
|
|
|
|
|
|
I xfaham apa refund refund rupanya suruh return nanti dia refund
|
|
|
|
|
|
|
|
siapa je lah yang terkinja kinja beli produk depa ni. hadoii, dah terus mengconten post gambo diri peluk batu nisan aboh |
|
|
|
|
|
|
| |
|