CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19424|Reply: 0

[Pulau Pinang] Feri ikonik karam separuh bahagian susulan air laut surut

[Copy link]
Post time 24-7-2024 01:12 PM | Show all posts |Read mode
Feri ikonik karam separuh bahagian susulan air laut surut


Oleh Nur Izzati Mohamad - Julai 24, 2024 @ 12:58pm [email protected]





Feri Pulau Kapas yang ikonik karam separuh bahagian selepas terbalik di PSAH pagi tadi. NSTP/DANIAL SAAD





BUTTERWORTH: Sebuah feri ikonik yang ditempatkan di Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH), di sini, dilaporkan karam separuh bahagian dalam kejadian awal pagi tadi.

Insiden pada jam 3.26 pagi itu berlaku susulan air laut surut mengakibatkan feri dinamakan Pulau Kapas berkenaan terbalik.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Yeoh Soon Hin, berkata feri terbabit sebelum itu mengalami kebocoran dan tidak boleh diperbaiki lagi.

"Siasatan yang dilaksanakan pada awal pagi mendapati feri itu karam separuh bahagian saja memandangkan air laut masih surut .

"Namun, SPPP sudah mengambil tindakan segera dengan menambah tali mengikat feri dan memasang 'iol boom'  bagi mencegah sebarang tumpahan minyak daripada bilik enjin," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Soon Hin berkata, Feri Pulau Kapas yang dibina pada 1981 ditamatkan operasinya pada 31 Mei 2020 sebelum ditempatkan di PSAH.

"Feri berkenaan kemudian diserahkan kembali kepada SPPP oleh Prasarana Malaysia Berhad pada 1 Januari 2021.

"Mengimbas kembali rentetan feri ikonik ini, pada 2021 SPPP memajak feri termasuk Feri Pulau Kapas kepada beberapa syarikat berkelayakan untuk menjadikan feri itu sebagai produk pelancongan di Pulau Pinang.

"Bagaimanapun, hasrat menjadikan Feri Pulau Kapas sebagai sebuah restoran terapung tidak dapat direalisasikan memandangkan terdapat ketidakpatuhan pemajak terhadap perjanjian pajakan dan pajakan itu ditamatkan pada Februari 2023," katanya.

Soon Hin berkata, SPPP juga menerima beberapa pelawaan daripada beberapa syarikat untuk membeli atau menyewa feri ikonik, namun isu utama adalah berkaitan kos keseluruhan yang tinggi dan cadangan lokasi penempatan feri yang tidak sesuai.  

"Susulan itu, SPPP memutuskan untuk melupuskan feri ikonik dengan segera," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.093138 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list