CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 28604|Reply: 46

[Tempatan] Contohi SJKC kumpul dana,tak perlu bergantung dengan kerajaan - MB Johor

[Copy link]
Post time 25-7-2024 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Contohi SJKC kumpul dana,tak perlu bergantung dengan kerajaan - MB Johor
MalaysiaGazette - 24 July 2024



Onn Hafiz merakam kenangan bersama-sama penerima Anugerah Sekolah Agama Cemerlang dan Tokoh Guru Cemerlang dalam Majlis Sambutan Hari Guru Agama Kerajaan Negeri Johor di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram, Johor Bahru, hari ini.


JOHOR BAHRU – Bekas pelajar dan persatuan alumni sekolah agama di negeri ini boleh melakukan pelbagai program bagi mengutip dana dalam membantu mencukupkan keperluan serta memenuhi kebajikan sekolah.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, beliau percaya ramai yang mahu memberi sumbangan sekiranya diberi peluang untuk berbuat demikian.

Tambah beliau, persatuan alumni atau bekas pelajar boleh mencontohi sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) serta Maktab Sultan Abu Bakar dan Sekolah Tun Fatimah yang mengambil inisiatif sendiri dalam mengutip dana bagi sekolah masing-masing.

“Buat program alumni dan libatkan masyarakat, tentu ramai akan bantu dan melalui dana itu.

“Dalam tempoh tiga hingga empat bulan pelaksanaan pelbagai program melibatkan alumni sekolah, mereka berjaya mengumpul dana sehingga RM1 juta.

“Saya telah melawat beberapa sekolah di Johor termasuk sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dan SJKC, tidak dinafikan antara sekolah-sekolah yang mempunyai penyelenggaraan (bangunan) yang baik adalah SJKC.

“Mereka (SJKC) juga mendapat peruntukan dan bantuan kerajaan tetapi bantuan dari alumni mereka menjadikan peruntukan dana sekolah menjadi lebih banyak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Sambutan Hari Guru Agama Sekolah Kerajaan Negeri Johor di Savana Hill Resort di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.

Dalam pada itu, Mohd Fared menyambut baik cadangan tersebut dan akan melaksanakannya dengan kadar segera selepas mengadakan perbincangan berhubung perkara itu

“Cadangan sangat baik di samping bergantung kepada peruntukan kerajaan negeri dan pusat. Menteri Besar mahu sekolah agama menerusi badan kebajikan sekolah dan alumni yang terima pendidikan sebelum ini sudah bekerja dan berjaya kembali menyumbang.

“Saya mengakui belum dimulakan di sekolah agama, saya terima baik cadangan itu dan akan segera berbincang tentang pelaksanaannya, kita mulakan secepatnya, BKS ini sudah ada tapi kutipan belum dilaksanakan secara tersusun dan boleh dilaksanakan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2024 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana maunya melayu kunpul duit utk pendidikan..kumpul duit utk menayang beli keta besar  pinggan mangkuk..hiburan blhlah..pendidikan wajib minta pd kerajaan...haha
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 11:35 AM | Show all posts
maaf le iols xde anak lagi
tp kwn2 ofis kadang duk bising yuran PIBG 100+
padahal memasing pakai toyota corolla altis,civic ketam, merc yg pendek tu

xtau nak cakap apoooo
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mau ke syarikat arak,judi menyumbang ke sekolah kebangsaan???
sanggup ke sekolah kebangsaan terima sumbangan drp hasil judi dan arak???
              
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 12:36 PM | Show all posts
salah ni...kerajaan sepatutnya ada dana utk sekolah, tetapi dana tersebut di sakau oleh perdana menteri dan menteri serta kuncu2 mereka
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Cari dana ni selalunya ibu bapa yang aktif cari sponsor..cikgu2 juga aktif mencari terutama.guru besar
Mcm sekolah anak iols..sk...guru besar rajin cari sponsor..ibu bapa juga kerjasama cari sponsor contoh mcm anak2 murid wakil sekolah ke mssd..ada yang cari untuk jersi, kasut, dan perbelanjaan.makanan untuk anak2 dan guru .
Ni contoh yang kecil..
Yang lain mcm pagar...anak iols yang sjkc, minta sponsor buat pagar sekolah...cantik..
Ni pibg tolong minta sponsor..
Jadi kerjasama antara ibu bapa dan guru juga bagus untuk cari dana mcm ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2024 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sjkc ni depa banyak buat tournament atau majlis2 konsert kat dewan depa yang beso tu..
Bayar ikut meja
Mmg masyukk....
Skola sjkc anak iols tiap2 minggu ada aje event kat sekolah..
Untuk cari dana buat bangunan admin sekolah yang tua beno dari tahun 70an
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 12:50 PM | Show all posts
Type M kompol dana untuk tabung sekolah
konon nya utk kebajikan pelajar
untuk fasiliti sekolah
untuk makakan para pelajar
dan pelabagai la alasan semua petik nama sekolah dan pelajar
tp skolah tetap camtu camna rupa bentuk di tubuhkan camtu la keadaan nya
yg beza nya cara hidup pengendali sekolah tu.....
kereta baru ,,,, makan mewah mewah pakaian up to date
tak semua skolah camtu tau......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2024 01:24 PM | Show all posts
boleh aje mintak mak ayah sponsor dan juga syarikat korporat tapi kerajaan tak boleh lepas tangan. mesti ada sekian2 allocation untuk sekolah...

takkan la infra dan maintenance sekolah mintak sponsor, mostly sekolah melayu pelajar pun B40-M40 jek. berapa sen sangat la orang nak derma... pi kenduri kawin pun ntah2 hulur RM5 aje
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
On kena la tnya pmx mana janji2 bagi pendidikan free utk rkyt? Rkyt dh byr segala  mcm nenek cukai, sek cina ni klau 100% bwh gomen pun diorg akan tuntut kt gomen, tp nk buat jg sek sendiri kena cari dana sendiri la
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 01:58 PM | Show all posts
hmm x payah compare boleh tak. patut xde sekolah cina or tamil. Parents melayu pulak rm100 pun for pibg berkira sudahla jgn berangan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
betul tu... nk kata susah idak jugak... keta menjalar
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 04:07 PM | Show all posts
xpayah ada kerajaan lagi bagus...kerajaan pun xpyah penat2 mengundi dan kutip cukai
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 04:15 PM | Show all posts
lifeline replied at 25-7-2024 11:35 AM
maaf le iols xde anak lagi
tp kwn2 ofis kadang duk bising yuran PIBG 100+
padahal memasing pakai to ...

i dulu dilantik AJK dalam PIBG sekolah. tapi lepas seminggu i letak jawatan. salah satu puncanya duit ibu bapa 'bakal' digunakan oleh sekolah mengikut acuan guru besar. I mmg x setuju. sbb duit itu tentu digunakan oleh guru besar utk 'hiasan' dan 'kecantikkan' sekolah dengan tujuan masuk pertandingan. utk akademik mungkin x sampai 10% daripada jumlah sumbangan pibg. klu ibu bapa rajin baca laporan pibg boleh tgk kemana duit itu 'hilang'.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 04:22 PM | Show all posts
Skuau replied at 25-7-2024 12:33 PM
mau ke syarikat arak,judi menyumbang ke sekolah kebangsaan???
sanggup ke sekolah kebangsaan terima s ...

ni mesti walaun ni hihi..
minta lah kat syarikat2 melayu yang besar nun..mydin ka, vida ka, cik b ka..

sekolah cina ni bukan minta dana dr syarikat arak je. kontraktor2, co2 lain pun bnyk yang menyumbang..


Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada derma mesin basuh tak?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2024 04:58 PM | Show all posts
SJKC ni banyak minta sumbangan dekat company company bangsa mereka. Bos bos pulak amalkan sikap tak kedekut dalam beri sumbangan.. jaranglah nampak surat minta sumbangan dari sekolah meleis kat company daku ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 25-7-2024 04:07 PM
xpayah ada kerajaan lagi bagus...kerajaan pun xpyah penat2 mengundi dan kutip cukai


kan...duit buat pru,prk tu..la bg kt sekolah....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kus semangat, sume dlm gambo tu badannn
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 25-7-2024 11:32 AM
Mana maunya melayu kunpul duit utk pendidikan..kumpul duit utk menayang beli keta besar  pinggan man ...

Sesungguhnya betulllll...ada jiran iolss kalau p sek anak dia pakai baju x bergosok nak buat pengecualian bayar pibg..tapi mampu pakai alphard dan  anaknya bawa moto besar ye ke sek..wedding ank yg lain pun grand majlisnya..tapi bila bab byr pendidikan anak2 mmg buat mcm org papa kedana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.066763 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list