CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30808|Reply: 13

[Tempatan] 'The Malaya' rekaan pereka fesyen ternama Rizman Ruzaini bakal digayakan Kontinjen Malaysia di upacara perasmian Sukan Olimpik

[Copy link]
Post time 25-7-2024 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR- Kontinjen negara bakal menggayakan baju kurung songket dengan kelubung untuk atlet wanita dan atlet lelaki berbaju Melayu Teluk Belanga sentuhan pereka duo, Rizman Ruzaini pada pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2024 di Paris yang dijadualkan esok.



Pengumuman persalinan rona hijau zaitun itu dikonsgi oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalannya, Adam Adli di Facebook, hari ini.

“Mempersembahkan ‘The Malaya’, pakaian rasmi kontinjen Malaysia pada majlis perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 rekaan Rizman Ruzaini,” katanya pada keterangan gambar.

Busana yang bertemakan ‘Manis dan Sopan’ dengan atlet wanita akan menggayakan busana tradisional kerubung yang sinonim dengan wanita Tanah Melayu dan digandingkan bersama baju Melayu Teluk Belanga untuk atlet lelaki sebagai junjungan kasih Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang berasal dari Johor.

Menurut dua pereka itu, koleksi The Malaya yang berona hijau zaitun tanda dedikasi dan aspirasi Rizman Ruzaini buat perwira negara seperti Datuk Maharaja Lela, Dol Said, Yamtuan Antah, Tok Janggut , Dato’ Bahaman, Mat Kilau dan Tuanku Abdul Rahman.

“Kami memilih skim warna hijau zaitun dengan motif keemasan kerana warna ini memberi aura klasik dan di bawah pantulan cahaya, ia memancarkan kilauan keemasan.

“Kilauan keemasan itu simbolik harapan kepada atlet kita membawa pulang pingat emas untuk negara.

“Rekaan itu juga seperti melihat sebutir berlian yang digilap berkilau dan diikat dengan emas yang dijadikan cincin di jari. Sungguh cantik, sangat sempurna,” katanya.

Dengan sosok tubuh tegap atlet, kedua-dua pereka ini berkata ia memberikan kesempurnaan serta menyerlahkan sisi sopan dan klasik pemakainya.

“Rekaan yang menyerlahkan gaya pemakai sopan dan klasik ini, akan membuatkan ramai terpaku.

“Kami yakin transformasi yang akan menjadi kenangan manis untuk kami juga sebagai pereka busana untuk atlet kebanggaan negara,” katanya.

Katanya, dengan meletakkan songket sebagai motif utama, ia meletakkan kedudukan atlet di tempat yang tinggi tanda penghargaan perjuangan mereka membawa pulang pingat kemenangan.

“Jadi kami ketengahkan cetakan motif songket di tengah busana sebagai pengiktirafan kami buat mereka.

“Ia kerana songket mempunyai nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik, warisan agung turun temurun.

“Kehalusan tenunan dan kerumitan motif songket memaparkan kedudukan dan pangkat golongan bangsawan,” kata mereka lagi.

Di samping itu, menurut pereka duo ini, rekaan skaf pula mengetengahkan ciri yang mewakili semangat patriotik mereka sebagai rakyat Malaysia.

“Motif pada skaf ini menonjolkan nukilan khas tentang Malaysia. Ia dapat dilihat menerusi tarikh kemerdekaan, hari kebangsaan, tekad perpaduan yang memenuhi harapan negaraku Malaysia dan kemerdekaan negara.

Kedua-dua pereka fesyen ini menginspirasi rekaan busana persalinan baju kurung bercorak songket dengan kelubung untuk wanita serta baju Melayu Teluk Belanga untuk lelaki.

Rizman Ruzaini dijemput oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Januari lalu untuk menyertai Malam Olimpik 2024 yang diadakan di Kuala Lumpur, iaitu pereka tempatan ini diberi peluang untuk mempamerkan visi mereka tentang pakaian yang akan dipakai oleh atlet Malaysia pada majlis pembukaan Sukan Olimpik ke-33 di Paris.

Sejak dari itu, mereka bekerja keras untuk menghasilkan pakaian tradisional membentuk ‘The Malaya’ visi yang diterjemah kepada apa dilihat hari ini dan disaksikan dunia pada pembukaan esok.- MalaysiaGazette

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2024 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ni baru le nmpk ok kalau dicomparekan yg itu hari.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Hurmm
Iols risau betul sbb dorang guna warna ni
Harap takde jd viral semua pakat duk jual baju kaler nih pastu jd kaler awam mcm oyen bata tu
Stop mengawamkan kaler2 peberet iols lelagi bila iols dh plan nk pkai tuk raya ke apa.
Kita plak jenis dah setel awal2 persiapan raya mahupun sekolah.
Tak kuasa nak tukar2 kaler lain lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 12:11 AM | Show all posts
..entahla. Walaupun iols hanya tailor kampung terceruk ulu sendu, koleksi The Malaya ni is too Hari Hari Hari Raya for me. It's supposed to be athleisure. I mean any activewear clothing items appropriate for exercise and everyday wear that provide comfort and flexibility..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 12:36 AM | Show all posts
naper i tetap nampak cam biasa je yer?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2024 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Cam baju kurung moden biasa jee.. tak wow
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Hehehhehehe buruk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2024 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols dpt bayangkan team malaysia paling menyerlah antara semua negara yg ada.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Tandus yer ideas designer mesia.
Lawa. Tp xde wow factor.
Ntah ler. Bukan nk p btanding MU MW yer dak
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 08:20 AM | Show all posts
lawaaaaa ...please hantar sekali MUA untuk di tatarias ..pasti meletopss
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 08:24 AM | Show all posts
kaler tak naik seri...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 08:46 AM | Show all posts
cantik
anggun
menawan

semuga dapat bawa balik pingat emas

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2024 11:51 PM | Show all posts
wauuuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-9-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.104450 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list