CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 33612|Reply: 24

[Jenayah] Membekap Pembuli Kejam, Suhakam Hanat Membantah Hukuman Gantung Sebab Bukan Penyelesaian Adil!

[Copy link]
Post time 25-7-2024 11:59 PM | Show all posts |Read mode


Suhakam membantah hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan terhadap enam bekas pelajar UPNM kerana membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.

SHAH ALAM - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) membantah hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan terhadap enam bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.

Menurut Suhakam, meskipun bersama keluarga mangsa dalam memahami kesedihan dan mengakui seriusnya jenayah itu, namun ia berpandangan hukuman mati bukan penyelesaian adil atau berkesan.

"Atas dasar itu, Suhakam meminta kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaan hukuman mati dan berusaha ke arah sistem keadilan lebih saksama dan berperikemanusiaan untuk semua.

"Gantung sampai mati adalah hukuman yang tidak boleh diubah dan tidak memungkinkan berlakunya pemulihan sekiranya ada kesilapan kehakiman.

"Ia juga bertentangan dengan gerakan global ke arah pemansuhan hukuman mati yang diakui banyak negara sebagai tidak berperikemanusiaan dan melanggar hak asasi manusia," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada Selasa, hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan terhadap enam bekas penuntut UPNM itu diputuskan sebulat suara oleh panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail bersama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

Ia diputuskan selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mengekalkan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan.

Suhakam berkata, keputusan mahkamah rayuan itu menandakan detik menyedihkan dan penting dalam sejarah kehakiman Malaysia.

"Dalam konteks ini, penting untuk menekankan aspek pemulihan kerana cara itu boleh membawa perubahan kepada pesalah menjadi masyarakat yang lebih bertanggungjawab.

"Pendekatan ini bukan sahaja menangani punca kelakuan ganas terbabit tetapi juga membantu mencegah kejadian sama pada masa depan dengan menggalakkan persefahaman, empati dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pesalah.

"Komitmen kami terhadap hak asasi manusia memberi mandat buat kami menyokong pemansuhan hukuman mati," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2024 10:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2024 12:02 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2024 12:11 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bpbbppbp at 26-7-2024 12:22 AM

Kali ni x setuju dgn suhakam. Mmg layak sgt 6 pembunuh tu dihukum mati. Lagipun mahkamah buat keputusan brdasarkan undang2 sedia ada, bukan gerakan global bagai. Even negara2 lain pun nak wujudkan hukuman mati ni. Kerjaaan x perlu masuk campur dlm kputusan mahkamah. Kalau btul x setuju, mahsuhkan sepenuhnya hukuman mati dlam undang2 ikut parlimen. Kita Masih ada hukuman mati cuma tak mandatori je. Tpi jenayah bunuh zulfarhan ni mmg layak sgt dihukum mati. Kekalkan hukuman mati mandatori adalah wajar. Yg kes terlepas sbelum ni, geram btul yg polis bnuh dan belasah pompuan tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
suhakam ni nak tukar hukuman gantung tu dengan hukuman tekap seterika panas 90 kali kat badan ke? ok jer. guna seterika wap tau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2024 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
bensolo333 replied at 26-7-2024 12:25 AM
suhakam ni nak tukar hukuman gantung tu dengan hukuman tekap seterika panas 90 kali kat badan ke? ok ...

I pun okay kalau mansuh hukuman gantung, tukar jadi tekap iron steamer 90 kali kat badan tertuduh + package kena simpan dalam bilik 10 hari sebelum dapat rawatan..which in the end semuan pun mampos kot
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
abis tu bunuh org sampai mati tu adil ke? tak kejam ke? apa kata anak kau pulak kena bunuh, nanti jgn la ko ckp kejam ke apa ye atau nk tuntut hukuman gantung bagai.. ko nangis je la tepi bucu katil sambil pembunuh tu gelak2kan kau..bahlul punya manusia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2024 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 26-7-2024 02:27 AM

Adilkah untuk arwah yang dibuli beramai² sampai terseksa berhari²? Hala² banyak pulak bunyi. Elok la jadi pengajaran kepada kaki buli samseng.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu anak2 SUHAKAM ni kena nasib yg sama..apa agaknya hukuman pulak terhadap pelaku2 tu menurut SUHAKAM..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
biar keturunan ko yg kena tekap seterika panas pulak
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Farhan ini mahu mati azab yach suhakam kena bakar/iron...slow death/moribund kena dera di banding kan 6 ekor kena gantung sakit sekejab saja...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku faham apa yang SUHAKAM nak sampaikan
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak ikut hak asasi manusia sgt. 6 6 ni pun kena sterrika balik la smcm arwah kena..baru sama2 hak asasi manusia mcm mana arwah kena.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
newyork replied at 26-7-2024 07:07 AM
Kalau nak ikut hak asasi manusia sgt. 6 6 ni pun kena sterrika balik la smcm arwah kena..baru sama2  ...

setuju sgt
Pastu biarkn 6 jahanam ni mati mereput perlahan2
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
So nk adil iron 90 tekapan pd setiap pelaku cmtu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2024 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
setuju dgn suhakam tak patut gantung dorang. an eye for an eye, tekap je ngan iron mcmn dorang buat kat farhan dan jgn diberi rawatan. kalau ditakdirkan belum ajal, bagi balik kat makpak dia jaga anak setan biar hidup terseksa sampai mampos. mana2 jahanam yg tak tahan lalu endup mampos humban je dlm kubo. done.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Suhakam nk bg diorg denda rm100 sorg je ke
Baru adil pd pendapat dia??
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Abestu nak belasah, iron badan sekor2 pastu biar mati pelan2 je sekor2?

Tu lagi kejam kot
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
dah bicara kat mahkamah rayuan kot.. amenda lah suhakam tongong ni.. human right tu patut dibela kat orang yg jadi mangsa & mati walaupun he tak patut mati.. bukan untuk mereka 6 orang neh.. aishhhh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.046971 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list