CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12588|Reply: 0

[Sarawak] Abang Johari rasmi model menara baharu Masjid Jamek Negeri Sarawak

[Copy link]
Post time 26-7-2024 09:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 26-7-2024 01:43 PM



Abang Johari menerima replika kecil Masjid Jamek daripada Abdul Aziz sambil disaksikan yang lain. - Gambar Penerangan

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan model menara baharu Masjid Jamek Negeri Sarawak selesai menunaikan sembahyang fardu Jumaat di sini, hari ini.

Pelancaran model ini diadakan semasa Majlis Menelusuri Kegemilangan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) bertempat di Anjung Masjid Jamek, Petra Jaya.

Projek yang dijangka bermula awal tahun hadapan itu bakal melibatkan pembinaan empat menara utama berketinggian 75 meter serta dua menara kecil setinggi 65 meter.

Istimewanya, menara-menara ini berkonsepkan tenaga hijau yang akan dilengkapi dengan panel solar dan lampu rendah tenaga.

Dalam pada itu, LAKMNS menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya kini dalam proses merobohkan menara sedia ada bermula pada April lepas dan dijangka selesai pada November ini.

Masjid Jamek Negeri Sarawak dibina pada 1987 dan dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri ketika itu, Tun Datuk Patinggi Ahmad Zaidi Adruce dan mampu menampung kira-kira 14,000 jemaah pada satu-satu masa.

Turut berlangsung ialah pelancaran buku terbitan LAKMNS berjudul 'Menelusuri Kegemilangan' yang mengandungi susur galur penubuhan serta perkembangan masjid di bawah kendalian LAKMNS iaitu Masjid Bandaraya Kuching dan Masjid Jamek Negeri Sarawak serta perkembangan LAKMNS.

Selain itu, buku itu turut memaparkan maklumat tentang transformasi LAKMNS serta pencapaiannya sejak ditubuhkan pada 1958 dengan nama Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Besar Kuching sebelum ditukar kepada nama sedia ada pada 1981.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak merangkap Timbalan Pengerusi LAKMNS Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Ahli Lembaga LAKMNS Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Setiausaha Kehormat LAKMNS Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Dato Husain, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi II Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai dan tetamu kenamaan lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.033576 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list