CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39577|Reply: 2

[Dunia] Anjing lapar makan tuan

[Copy link]
Post time 28-7-2024 01:52 PM | Show all posts |Read mode
Anjing lapar makan tuan

Polis menemui lebih 30 ekor anjing di dalam rumah dengan sampah sarap merata-rata. - CTN News

BANGKOK – Polis di Bangkok menemui mayat seorang pesara yang hidup berseorangan bersama lebih 30 ekor anjing peliharaannya.

Polis berkata, anjing -anjing itu mula memakan mayat tuannya kerana kelaparan.

Menurut polis, mangsa dipercayai meninggal dunia sudah lebih seminggu.

Kelmarin, anggota dari Balai Polis Nimit Mai, Bangkok melaporkan menemui mayat lelaki berusia 62 tahun itu di sebuah rumah dua tingkat di daerah Khlong Sam Was, Bangkok.

Laman berita Thairath melaporkan, apabila polis tiba, mereka menemui lebih 30 ekor anjing di dalam rumah itu dengan sampah sarap merata-rata.

Unit forensik mengenal pasti si mati sebagai Attapol dan merupakan pemilik rumah tersebut.

Dia ditemui mati di sisi katilnya di tingkat dua tanpa sebarang tanda serangan.

Kaki kirinya pula tinggal tulang kerana dimakan oleh anjing-anjing peliharaannya.

Jiran mangsa  dikenali sebagai Sompong, 53, yang membuat laporan polis berkata, dia curiga apabila kereta jirannya tidak bergerak selama beberapa minggu.

Katanya, Attapols biasanya akan memandu keluar hampir setiap hari untuk membeli barangan runcit.

Berasa bimbang, dia menekan loceng rumah mangsa tetapi tiada sesiapa menjawabnya.

Dia kemudian mengintai di tingkap dan melihat lampu dibiarkan menyala manakala anjing-anjing jirannya tidak berhenti menyalak.

Sompong kemudian menelefon polis yang membawa kepada penemuan tersebut. – AGENSI

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2024 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
penternak???? tgk anjing2 mcm berbaka je, kalau betul padan muka la selama ni makan hasil kerah anjing keje skrg ko pulak kena makan
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 10:10 AM | Show all posts
Kesian anjing2 ni. Patut dia buka jer pintu atau buat bukaan supaay anjing2 ni boleh keuluar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.271523 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list