CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39132|Reply: 0

[Dunia] Majlis Peguam Thailand saman agensi kerajaan bawa masuk tilapia

[Copy link]
Post time 28-7-2024 02:00 PM | Show all posts |Read mode
Majlis Peguam Thailand saman agensi kerajaan bawa masuk tilapia
Julai 28, 2024 @ 1:47pm

Spesies ikan asing penceroboh di Thailand, tilapia hitam. - Foto AGENSI

BANGKOK: Syarikat utama dan agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap pengenalan spesies ikan asing penceroboh ke Thailand bakal berdepan tindakan undang-undang.

Susulan kes yang didengar sejak awal Mei lalu, Majlis Peguam kini sedang bersiap sedia untuk memfailkan saman sivil terhadap syarikat swasta utama dan agensi kerajaan yang bertanggungjawab membawa masuk spesies tilapia hitam ke Thailand.

Pada 10 Mei, wakil daripada 14 rangkaian di wilayah Phetchaburi, Samut Sakhon, dan Samut Songkhram yang terjejas oleh masalah tilapia hitam mengemukakan petisyen kepada Majlis Peguam untuk menangani dan mempercepatkan penyelesaian itu.

Mereka menggesa kerajaan menangani isu itu dengan segera dan mula menyaman agensi kerajaan serta syarikat swasta berkaitan yang bertanggungjawab mengimport ikan itu serta memohon pampasan daripada pihak terbabit.

Majlis Peguam menubuhkan kumpulan kerja untuk memeriksa kawasan yang terjejas dan menyiasat fakta untuk mengenal pasti pihak bertanggungjawab mengimport tilapia hitam dan memahami mengapa spesies itu tersebar dengan begitu meluas.

Mereka kemudian akan memfailkan saman untuk mendapatkan pampasan dan ganti rugi bagi penduduk yang terjejas.

Sehingga 27 Julai lalu, Majlis Peguam di bawah Naungan Diraja turut mengadakan sidang akhbar untuk mengemas kini perkembangan berikutan penubuhan jawatankuasa pencari fakta.

Mereka merancang untuk memfailkan saman sivil terhadap syarikat swasta dan menyaman agensi kerajaan atas pencemaran alam sekitar yang berkaitan dengan penyebaran tilapia hitam.

Butiran mengenai pampasan dan agensi kerajaan tertentu yang terbabit akan didedahkan pada 31 Julai. - AGENSI

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.058448 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list