View: 33172|Reply: 56
|
[Tempatan]
Cuaca panas melampau sehingga September.Anda bersedia?
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 28-7-2024 11:39 PM
Kuala Lumpur: Taburan hujan yang rendah dijangka berterusan hingga bermula fasa peralihan monsun dengan situasi itu menyebabkan negara ini berdepan cuaca lebih panas dan kering hingga pertengahan September.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, keadaan itu berlaku berikutan negara berada dalam musim Monsun Barat Daya sejak 17 Mei lalu.
"Musim Monsun Barat Daya dijangka berterusan sehingga September depan. Dalam tempoh ini, kebanyakan kawasan akan mengalami cuaca kering berikutan kurangnya penumpuan udara lembap untuk menghasilkan hujan.
"Selain itu, kemunculan dua ribut siklon tropika di utara Laut China Selatan iaitu Taufan Gaemi dan Ribut Tropika Prapiroon sejak beberapa hari lalu menyebabkan cuaca rantau negara menjadi lebih kering berbanding kebiasaan," katanya kepada BH.
Beliau berkata, cuaca dijangka kembali kepada keadaan normal selepas 27 Julai apabila dua ribut siklon terbabit mulai melemah.
Bagaimanapun, katanya, keadaan hujan yang kurang dijangka masih berlaku sepanjang tempoh Monsun Barat Daya sehingga bermula fasa peralihan monsun, pertengahan September depan.
Mengenai kemungkinan negara berdepan Tahap Tiga gelombang haba ekstrem dengan suhu maksimum 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut, Muhammad Helmi berkata, ia dijangka tidak berlaku berdasarkan rekod suhu ekstrem terdahulu.
Memperincikan tahap gelombang haba ekstrem, beliau berkata, ia lazimnya berlaku ketika penghujung Monsun Timur Laut dan fasa peralihan monsun pada Februari hingga Mei.
Katanya, setakat ini, tiada kawasan yang diramalkan terkesan dan memasuki Tahap Tiga gelombang haba ekstrem.
Sementara itu, menerusi laman web MetMalaysia mengenai status cuaca panas di Semenanjung Malaysia setakat 4 petang tadi, beberapa bandar mencatatkan cuaca panas Tahap Dua.
Berdasarkan infografik terbabit, kawasan yang berada dalam kategori itu adalah Kelantan iaitu di Pasir Mas dan Kuala Krai, satu kawasan di Kedah iaitu Kuala Muda dan dua kawasan di Perak (Larut dan Matang).
Kriteria status cuaca panas tahap dua yang turut dinamakan sebagai berdepan 'Gelombang Haba' adalah suhu maksimum 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bestu kalo tak bersedia nak suh buat apa?
gelabah ketes? |
|
|
|
|
|
|
|
Pagi ni hujan di section 13, PJ, Selangor. |
|
|
|
|
|
|
|
panas gilerrr smlm..i kenot tdo sampai 2am..mlm sblm sampai 5am..
dh on ac pun rasa bahang kepanasan
pg ni ujan pulakkk..
|
|
|
|
|
|
|
|
Mmg panas membahang mlm tadi. Tp hujan plak pagi ni |
|
|
|
|
|
|
|
Lamaaa lagiii nk kena hadap bahang panas.
Sabarinnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah,pagi ni hujan lebat.
Nak sambung tido jap,iols cuti harini |
|
|
|
|
|
|
|
Lama jugak tu sampai september. Bersedia atau tak, tetap kena hadap. Yg penting minum air banyak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 29-7-2024 08:33 AM
bestu kalo tak bersedia nak suh buat apa?
gelabah ketes?
Padahal dari tahun lepas lagi cuaca membahang mcm ni
Yg kt tiktok, komen semua:
Tak lama lagi dah tu
Akhir zaman dah ni
Dok merujuk kat cuaca malaysia ni. Kat negara omputih sejuk2 salji tak lama lagi dah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 29-7-2024 05:59 PM
Jgn panas sgt, nk jimat letrik
Bil baru ni rm** je sbb tak on aircond langsung walaupun agak panas huhu
Kalau ada org dtg umah tinggi juga la bil sbb jenis on aircond 24 jam walaupun tuan umah sendiri kurang guna aircond dan guna kipas je sbb nk berjimat letrik |
|
|
|
|
|
|
|
Malam semalam iols perasan hujan rintik2 dengan cahaya kilat. Sekarang pun hujan rintik2 gitu. Sejuk la sikit. Sekarang ni ntah napa kalau panas bahang je mula la sakit kepala. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 29-7-2024 09:58 AM
Jgn panas sgt, nk jimat letrik
Bil baru ni rm70 je sbb tak on aircond langsung walaupun agak panas h ...
Tetamu pikir bukan dia kena bayor bil apa pun. Tu yang sedap on ekon 24jam..macam kita la check in mana2 bilik, ekon on je sentiasa |
|
|
|
|
|
|
|
wake me up when september ends. |
|
|
|
|
|
|
|
kotakbaju replied at 29-7-2024 10:06 AM
Tetamu pikir bukan dia kena bayor bil apa pun. Tu yang sedap on ekon 24jam..macam kita la check in ...
Bila tuan umah ckp, aircond kat ruang sini tak penah on pun. Kami bukak kipas je.
Jd faham2 la sendiri maknanya tuan umah tu pun berjimat letrik dah ko dtg umah org berpada2 la nk guna aircond beria2 pun.Bukan tak bg guna tp ikut keperluan la kalau on kat bilik bila keluar off laa.
Kat hotel lain sbb kita bayar, dtg umah org kalau ko bayar tuk bermalam tu takpela jugak
Sah2 la semua orang sediakan jd berpada2 laa org berbudi kita berbahasa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aiyokk..bertabahlah sampai bulan September |
|
|
|
|
|
|
|
kotakbaju replied at 29-7-2024 10:06 AM
Tetamu pikir bukan dia kena bayor bil apa pun. Tu yang sedap on ekon 24jam..macam kita la check in ...
Anak sedara laki aku budak2 sekolah rendah mai rumah aku, kemain ko pukul 10 pagi ko on ekon senyap2 berselimut atas katil. Aku namPak je soh diorg pi dok ruang tamu.
Rumah pak korg pun tak de ekon... Soh bayar bil karang haaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 29-7-2024 09:58 AM
Jgn panas sgt, nk jimat letrik
Bil baru ni rm70 je sbb tak on aircond langsung walaupun agak panas h ...
Sorok je remote tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 29-7-2024 11:13 AM
Bila tuan umah ckp, aircond kat ruang sini tak penah on pun. Kami bukak kipas je.
Jd faham2 la sen ...
Ni sedara mara datang bermalam ek iols ingatkan uols buat homestay ke apa tadi |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 29-7-2024 11:16 AM
Anak sedara laki aku budak2 sekolah rendah mai rumah aku, kemain ko pukul 10 pagi ko on ekon senya ...
Nanti claim bil kat apak diorang kompom lepaih tu tak mai umah chuol dah |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 29-7-2024 11:17 AM
Sorok je remote tu.
Atau bagitau ekon rosak |
|
|
|
|
|
|
| |
|