CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20308|Reply: 0

[Johor] Cuaca kering: SPAN diarah ambil langkah mitigasi

[Copy link]
Post time 29-7-2024 08:15 AM | Show all posts |Read mode

Akmal melawat Pasar Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru bagi melihat kemajuan projek menambah baik pasar tersebut hari ini. FOTO ihsan Pejabat Ahli Parlimen


Johor Bahru: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) diarahkan mengambil langkah mitigasi sekiranya keadaan cuaca panas dan kering berlarutan hingga menjejaskan kapasiti bekalan air di empangan negara ini.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, antara langkah yang sesuai diambil termasuk pengoperasian bekalan air disusun semula supaya agihan dapat dibekalkan kepada kawasan terjejas termasuk Operasi Pembenihan Awan (OPA).

Beliau berkata, kaedah OPA itu bagaimanapun bergantung kepada situasi dan perbincangan dengan kementerian yang lain.

"SPAN akan memantau keadaan air ini dari semasa ke semasa, bila berlaku jangkaan dari segi musim kemarau dan sebagainya, pihak SPAN akan berurusan dengan pihak operator air bagi memastikan pengurusan air itu lebih efisyen dan beberapa langkah mitigasi perlu diambil.

"Cuma apabila mahu melakukan pembenihan awan, ia akan membabitkan agensi lain.

"Oleh itu kita akan panjangkan perkara itu kepada pihak yang berkenaan dan perkara itu tertakluk kepada situasi dan juga perbincangan dengan kementerian yang lain," katanya selepas membuat lawatan ke Pasar Kampung Melayu Majidee, di sini, hari ini.

Akmal Nasrullah berkata, syarikat operator air yang mengambil beberapa langkah mitigasi antaranya memperingatkan orang ramai berkaitan penggunaan air yang lebih cekap dalam tempoh beberapa minggu ini.

"Dalam keadaan kita menghadapi pemanasan global dan sebagainya, ini adalah kesan yang memang semakin mencabar kepada sektor air terutamanya bila keadaan itu bertambah ekstrem yang berpanjangan.

"SPAN akan sentiasa berhubung dengan pihak operator air untuk melihat langkah-langkah mitigasi dan terbuka berbincang dengan pihak yang berkaitan bagi mengatasi isu ini," katanya.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, kerajaan akan melaksanakan kaedah OPA di Kedah dan Perak selama tiga hari berturut-turut bermula esok.

Beliau dilaporkan berkata, operasi itu bagi meningkatkan paras air di Empangan Bukit Merah, Perak dan Empangan Muda, Kedah untuk tujuan pertanian dan kegunaan air domestik.

Usaha ini satu daripada usaha kerajaan menangani impak fenomena cuaca panas dan Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga penghujung September 2024

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.060559 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list