CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20361|Reply: 0

[Johor] 19 pelajar sakit, pusat akuatik MBJB ditutup

[Copy link]
Post time 29-7-2024 08:17 AM | Show all posts |Read mode

ONN Hafiz (dua, kanan) mengadakan lawatan mengejut ke Pusat Akuatik MBJB selepas 19 pelajar yang juga peserta MSSJ mengalami gejala tidak sihat. FOTO Omar Ahmad.


Johor Bahru: Seramai 19 daripada 900 pelajar yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Akuatik Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) 2024, yang berlangsung Selasa hingga Khamis lalu, dikejarkan ke hospital selepas mengalami gejala tidak sihat.

Mereka yang dirawat di hospital awam dan swasta itu mengalami muntah, demam dan gatal kulit, dipercayai kesan daripada air kolam renang dan terjun di Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Arena Larkin.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bagaimanapun setakat ini hanya seorang pelajar yang masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) akibat insiden itu.

"Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) telah mengambil sampel air di kedua-dua kolam yang digunakan untuk dihantar ke Jabatan Kimia, dibuat penilaian bagi melihat sama ada ia memberi kesan langsung kepada pelajar terbabit.

"Sementara menunggu keputusan laporan itu, pusat akuatik ini akan kita tutup buat sementara waktu sehingga semuanya selesai," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke pusat akuatik itu, hari ini.

Beliau berkata, pusat akuatik itu hanya akan dibuka semula selepas baik pulih selesai, demi keselamatan semua pihak yang menggunakannya.

Terdahulu, Onn Hafiz mengadakan lawatan mengejut selepas menerima laporan berhubung insiden itu yang membabitkan 19 pelajar.

Hasil tinjauan, beliau mendapati pusat itu perlu ditambah baik dan dibaiki kerana dasar kolam yang kotor dan struktur besi berkarat.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.041504 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list