CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6683|Reply: 0

[Johor] INSENTIF BANTU TINGKAT PRODUKTIVITI HASIL PERTANIAN

[Copy link]
Post time 30-7-2024 07:22 AM | Show all posts |Read mode

Hairul Bhari Jamat, 42, pengusaha ternakan lembu menerima bantuan disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor.


Pelbagai inisiatif dan insentif disediakan Kerajaan Negeri bagi merancakkan lagi sektor pertanian dalam usaha meningkatkan produktiviti sejajar dengan usaha menjadikan Johor sebagai peneraju sekuriti makanan negara disambut baik oleh golongan usahawan tani di negeri ini.


Bagi pengusaha ternakan lembu, Hairul Bhari Jamat, 42, bantuan disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor bernilai RM491,200 memberi manfaat kepadanya dan 15 penternak lain menerusi lima ekor lembu disumbangkan sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada daging import.


Mula menceburi bidang penternakan sejak 2005, Hairul memuji usaha digerakkan oleh Kerajaan Johor bagi membantu industri ruminan di negeri ini seterusnya mampu meningkatkan hasil produktiviti daging lembu untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan dan antarabangsa.


Memiliki lembu bersaiz besar jenis ‘KK Cross’, ‘Brahman’ dan ‘Nalero’ di pusat ternakannya dekat Kampung Olak Batu, Parit Raja, Hairul juga menzahirkan sokongan dan akan bersama dengan Kerajaan Johor dalam usaha menjadikan negeri ini ‘bakul makanan’ untuk Malaysia serta antarabangsa.

Muhammad Samsul Makrip, 35, menerima bantuan bernilai RM235,000 melalui Jabatan Pertanian Negeri Johor bagi Projek Memperkasa Pertanian Pintar dan Mekanisasi Pertanian.

Sementara itu, Muhammad Samsul Makrip, 35, turut senada dengan Hairul malah menyambut baik inisiatif Kerajaan Negeri memacu industri pertanian moden menerusi bantuan diterimanya bernilai RM235,000 melalui Jabatan Pertanian Negeri Johor bagi Projek Memperkasa Pertanian Pintar dan Mekanisasi Pertanian.


Samsul yang juga Pengarah Eksekutif di Melongena Agro Sdn. Bhd, syarikat diusahakannya sejak lapan tahun lalu menyifatkan bantuan disalurkan oleh Kerajaan Negeri itu membantunya menambah pendapatan menerusi peningkatan pengeluaran tanaman sayur-sayuran di Kampung Parit Lapis Semarang, Batu Pahat.


Malah, beliau telah beralih arah ke pertanian moden dan pintar menerusi penggunaan teknologi Internet Kebendaan (IoT) serta sistem pemantauan secara ‘real-time’ bagi menabur baja, melakukan siraman melalui telefon pintar demi produktiviti tanaman diusahakannya seperti timun, terung dan pelbagai lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.041359 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list