CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6218|Reply: 0

[Johor] Lahir modal insan berdaya tahan

[Copy link]
Post time 31-7-2024 03:37 PM | Show all posts |Read mode

UTM sentiasa komited dalam melahirkan bakat berkemahiran tinggi negara dengan nilai etika, adab dan jati diri yang mampu beradaptasi serta berdaya tahan terhadap cabaran dunia pekerjaan.


Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus menunjukkan pencapaian cemerlang dalam melahirkan graduan berkualiti tinggi yang menjadi pilihan utama majikan dalam pelbagai industri.

Data terkini dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi laporan Kajian Pengesanan Graduan yang diumumkan pada 20 Mei 2024 membuktikan UTM bukan sahaja berjaya melahirkan graduan berkemahiran tinggi, malah turut mengungguli pencapaian tertinggi graduan bekerja berpendapatan premium di Malaysia.

Majoriti graduan UTM juga berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.

Kejayaan ini adalah hasil daripada pelbagai inisiatif yang diambil oleh UTM untuk memastikan kebolehpasaran graduan terus berada pada tahap yang tinggi.


UTM juga sentiasa berusaha menyesuaikan kurikulumnya dengan perkembangan terkini dalam industri. Program pengajian di UTM dirancang untuk memenuhi keperluan pasaran kerja yang semakin kompleks dan mencabar.

Fokus diberikan kepada aspek praktikal dan penggunaan teknologi terkini, membolehkan graduan UTM menyesuaikan diri dengan pantas dalam persekitaran kerja sebenar.

Dalam usaha untuk terus memperkukuhkan momentum kebolehpasaran graduan, UTM mewujudkan ekosistem yang komprehensif dalam pelaksanaan beberapa inisiatif khusus.

Antaranya adalah menubuhkan pasukan khas iaitu UTM Graduate Employability (UTM GE) yang dianggotai oleh wakil-wakil daripada setiap fakulti serta pusat tanggungjawab berkaitan. Pasukan ini memainkan peranan penting sebagai penggerak utama dalam memperkasakan kebolehpasaran di setiap fakulti.

Selaras dengan tagline UTM 'Menginovasi Penyelesaian', pembangunan kerjaya pelajar lebih banyak difokuskan kepada penerapan nilai kompetensi yang tinggi, kemahiran khusus dan kemahiran teknikal untuk pasaran kerjaya.

Nilai etika, adab dan jati diri juga diketengahkan bagi membangunkan modal insan yang mampu beradaptasi serta berdaya tahan terhadap cabaran dunia pekerjaan.

Sikap yang baik dapat membentuk keperibadian positif, memudahkan pelajar menerima ilmu dan bimbingan serta meningkatkan hubungan antara individu dan komuniti.

Hal ini membuka peluang yang lebih luas untuk kecemerlangan akademik serta pelbagai bidang di peringkat global, selain mampu membawa imej positif institusi dan negara. Inisiatif ini membuktikan komitmen UTM dalam merealisasikan lima aspirasi yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2021-2025 (Pendidikan Tinggi). Satu daripadanya ialah 'kualiti' yang menyasarkan lebih 80 peratus kadar kebolehpasaran menjelang 2025.

Hubungan erat dengan Industri (HIDE)

Bagi memastikan penghasilan graduan adalah seiring dengan keperluan pasaran kerjaya, hubungan strategik dengan industri dan alumni diberi penekanan yang sangat tinggi oleh UTM.

Melalui kerjasama ini, program latihan industri, apprenticeship dan projek kerjasama memberi peluang yang lebih meluas kepada pelajar untuk mendapatkan pengalaman bekerja.

Mereka akan memahami keperluan dan harapan majikan dengan lebih baik seterusnya secara tidak langsung membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Bermula tahun 2022, UTM memperkenalkan voluntary internship programme (VIT) iaitu latihan industri secara sukarela yang ditawarkan untuk memberi pengalaman bekerja kepada pelajar seawal tahun dua pengajian.

Pelajar juga diberi peluang untuk menjalani latihan industri di luar negara bagi menghasilkan kualiti pelajar bertaraf global.

Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Ir Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata pihak universiti yakin dengan pengalaman menjalani latihan industri dan projek kerjasama merupakan satu proses pembelajaran melalui pengalaman bekerja.

"Pelajar diberi pendedahan awal kepada dunia kerja bagi membantu mereka lebih bersedia menghadapi cabaran kerja sebenar ," katanya.

Inisiatif Pusat Kerjaya (HIDE)

Dalam melonjakkan agenda kebolehpasaran, Pusat Kerjaya UTM (UTMCC) memberi fokus kepada pelajar diberi bimbingan kemahiran dan pemprofilan kerjaya selain menawarkan kursus peningkatan kemahiran berserta sijil profesional dan penempatan pekerjaan.

Pada tahun 2024, UTM melalui UTMCC berjaya memperoleh dana sejumlah RM1.36 juta daripada KPT bagi melaksanakan Train & Place kepada pelajar.

Bimbingan persediaan ke alam kerjaya yang komprehensif juga dilaksanakan menerusi Talent Competency Management (TCM). TCM telah dijadikan kursus wajib kepada pelajar tahun akhir dan berupaya meningkatkan keterampilan diri mereka sebelum memasuki pasaran kerja.

Inisiatif Pusat Keusahawanan (HIDE)

Satu lagi inisiatif yang memberi impak besar dalam kebolehpasaran graduan UTM ialah peranan aktif Pusat Inovasi dan Keusahawanan Teknologi Mahasiswa (UTMXCITE) dalam menyediakan pendidikan keusahawanan, akses kepada pembiayaan, bimbingan mentor dan peluang jaringan bertujuan melahirkan generasi usahawan muda yang berpotensi memacu ekonomi digital dan teknologi.

Misalnya, program UTM-MTDC Signature Program telah memberi manfaat kepada 13 syarikat pemula pelajar dengan jumlah pendanaan sebanyak RM85,750.

Melalui pelbagai inisiatif ini, UTM berjaya memastikan graduannya sentiasa terkehadapan dalam pasaran kerjaya.

Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan komitmen UTM dalam menyediakan pendidikan yang berkualiti, tetapi juga dalam memastikan graduan mampu melakar kejayaan dalam kerjaya masing-masing seterusnya memacu kemajuan negara.


Disiarkan pada: Julai 31, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.549408 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list