CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36726|Reply: 84

[Tempatan] Isteri dalam pantang jaga suami lumpuh

[Copy link]
Post time 31-7-2024 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


LIPIS – Biarpun masih dalam tempoh berpantang, seorang wanita tetap tabah menjaga suaminya yang diserang angin ahmar sejak Mac lalu.

Nur Shafiqa Abdul Rahim, 33, dari Kampung Kuala Lanar berkata, sudah menjadi rutinnya untuk menguruskan suaminya, Mohd. Hamdan Che Mat, 43, termasuk memandikan dan memberi susu khas melalui tiub.

“Walaupun saya masih dalam tempoh berpantang anak ke lima, namun segala kerja rumah termasuk menguruskan anak se­kolah dan suami yang lumpuh perlu dilakukan.

“Kami sekeluarga juga hilang punca pendapatan selepas suami yang sebelum ini bekerja sebagai peniaga roti canai di bandar Lipis diserang angin ahmar.


“Keadaan itu menyebabkan perniagaan yang diusahakan bersama terpaksa ditutup,” katanya di sini semalam.

Nur Shafiqa memberitahu, beberapa hari sebelum Aidilfitri lalu, suaminya diserang angin ahmar buat kali pertama ketika bangun dari tidur hingga menyebabkan dia tidak boleh bercakap dan menelan.

Katanya, suami kemudiannya dikejarkan ke Hospital Lipis dan doktor mengesahkan badan se­be­lah kanan diserang angin ahmar.

“Selepas melakukan fisiote­rapi dan mengurut, suami dapat bangun serta bergerak perlahan-lahan.

“Dua bulan kemudian sekali lagi suami diserang angin ahmar dan hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat darah beku di bahagian kepala sebelah kiri.

“Pembedahan untuk membuang darah beku juga tidak dapat dilakukan kerana terlalu berisiko, jadi suami bergantung kepada ubat cair darah,” ujar­nya.

Tambahnya, kira-kira RM1,500 diperuntukan setiap bulan untuk membeli keperluan suaminya termasuk susu berharga RM73 sekotak yang hanya mampu bertahan dalam tempoh dua hari.

Katanya, suaminya mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500 dan bantuan zakat RM600, namun ia masih belum mencukupi.

“Saya juga runsing memikirkan keperluan lima anak kami iaitu berusia antara sebulan hingga 6 tahun,” ujarnya.

Sesiapa yang ingin membantu boleh menghubungi Nur Shafiqa di talian 010-9155515 atau me­nyalurkan sumbangan ke akaun Agrobank 2006111000270105.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 05:13 PM | Show all posts
Baru lagi lumpuh ingatkan dah lama. Nasib baik baca penuh artikel.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 05:16 PM | Show all posts
Edited by cattiecute at 31-7-2024 05:49 PM

penebar roti canai je
tapi anak 5
pastu complen macam2
ini bukan kes "rezeki" tau
sperma tu korang yang keluarkan
bukan jatuh dari langit
hujung2 bila macam ni mintak bantuan je la
apa pun nasib kita ni turun naik
so sebelum memancut sperma tu
fikir panjang2 ye kos anak2 dan macam mana nak jaga amanah dari Allah swt
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuat semangat dia.
Semoga diprmudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.
Adun kawasan sila bntu apa yg patut
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata benang sebelah istri tgh pantang, somi kena sondol, bkn nk jaga istri.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut dia berdoa mintak laki dia kena stroke kt kote
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2024 06:11 PM | Show all posts
kondom boleh dapat free je kat klinik kesihatan

tu je la nak kabo

sekain
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian le anak kecik2 cenonet je lg. Moga dipermudahkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
laki dia kena stroke bulan mac hritu, makna she mngandung sbelum kejadian lah kan..? takde punca pndapatan smnjak laki stroke lalu lumpuh, makna bukanlah sjenis pemalas laki bini ke ape....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Stroke akibat bekcin
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 08:43 PM | Show all posts
Semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 08:53 PM | Show all posts
moga dipermudahkan semuanya
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Beza umur 10 tahun couple ni
Last2 npk sama baya je
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:46 PM | Show all posts
iols nak tengok kisah ni yang opposite - suami jaga isteri sakit.
baru berbaloi jadi berita.
kisah isteri jaga suami sakit ni macam terlalu biasa
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 31-7-2024 05:57 PM
Patut dia berdoa mintak laki dia kena stroke kt kote

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:59 PM | Show all posts

darah beku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2024 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduh kak, keje jual roti canai, berapa sgt pendapatan tp buat ank smpai 5. Kesian hak ank2
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 05:19 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 1-8-2024 12:24 AM
Aduh kak, keje jual roti canai, berapa sgt pendapatan tp buat ank smpai 5. Kesian hak ank2

Yeppp.. org miskin selalunyaa ramai anakk
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Allah kesian.. moga Allah mudahkan urusan keluarga ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
5 anak rapat2 plak tu..
Pergh...
Nak menjaga.lagi..jaga anak lagi
Moga akak.kuat lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 130427 Replies : 3708
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 42267 Replies : 648
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26554 Replies : 107
Johan Ghazali ‘KO’ Josue Cruz
^CUN_GILA~.Johan Ghazali ‘KO’ Josue Cruz
Views : 79620 Replies : 17
Ruhainies diminta jadi Orix
Glass_shoesRuhainies diminta jadi Orix
Views : 40557 Replies : 37
Walaupun  tidak memberikan pulangan yang lumayan,Khazanah Pertahan Pelaburan Berjumlah RM27 Juta Pada FashionValet
YgBenarWalaupun tidak memberikan pulangan yang
Views : 61351 Replies : 105
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41472 Replies : 318
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 16410 Replies : 127
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 56604 Replies : 521
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 61516 Replies : 61

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-9-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.047591 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list