|
Edited by saliv at 1-8-2024 02:04 AM
IPOH – Pesta Buku Perak yang kini dikenali sebagai Bazar Buku Perak 2024 menyasarkan kehadiran 30,000 pengunjung sepanjang empat hari bermula 1 Ogos depan.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, program yang dianjurkan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri itu bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC).
Beliau berkata, acara yang dijadual dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad itu disertai 69 pempamer tempatan dan satu dari Indonesia.
“Di samping itu, terdapat 24 aktiviti di pentas utama dan 19 aktiviti serentak yang menarik. Ia termasuk bicara buku bersama penulis-penulis terkenal antaranya Ustaz Adnin Roslan, Ustaz Dr. Ashraff Amirul, Bonda Nor dan Prof Madya Dr. Yanti Rosli.
“Selain itu, juga diadakan sesi bual bicara bersama panel-panel jemputan terdiri daripada Imam Muda Asyraf, Zarina Zainudin, dan Pemain Sepak Takraw Malaysia dan Perak Bison.
“Bazar Buku Perak 2024 juga mengundang kehadiran penyanyi terkenal tanah air seperti Kumpulan UNIC, Afieq Shazwan dan bekas penyanyi kumpulan May, Muss,” katanya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|