CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30033|Reply: 0

[Johor] 100,000 kenderaan Singapura dijangka daftar VEP

[Copy link]
Post time 1-8-2024 05:39 PM | Show all posts |Read mode


Anthony Loke menunjukkan pelekat VEP yang siap dipasang ketika lawatan kerja ke VEP Collection Center (VCC) bagi meninjau persiapan pelaksanaan penguatkuasaan VEP mulai 1 Oktober 2024 - Foto NSTP/NUR AISYAH MAZALAN


JOHOR BAHRU: Sejumlah 80,000 hingga 100,000 kenderaan asing dari Singapura dijangka mendaftar Permit Masuk Kenderaan (VEP), menjelang penguatkuasaannya 1 Oktober depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata sejak pengumuman kerajaan mewajibkan semua kenderaan asing dari Singapura mempunyai VEP mulai 1 Oktober depan, pendaftaran permit itu meningkat berkali ganda.

Katanya, kerajaan sudah mengarahkan syarikat vendor VEP supaya mengambil lebih ramai kakitangan selain melanjutkan masa operasi harian, susulan jangkaan peningkatan mendadak permohonan VEP dalam tempoh dua bulan ini.

"Sebanyak 58,791 permohonan VEP dari pemilik kenderaan asing Singapura diterima menerusi kaunter syarikat vendor mahu pun di portal antara 28 Mei hingga semalam.

"Bagaimanapun, 40 peratus daripada permohonan itu atau pun sebanyak 24,104 adalah permohonan tidak lengkap kerana tidak disertakan dokumen diperlukan iaitu salinan sijil premium insurans, sijil pemilikan kereta dan kad pengenalan pemohon.

"Setakat ini, 19,640 permohonan VEP telah diselesaikan sepenuhnya dengan tag VEP telah diambil pemohon sama ada mereka datang sendiri ke pusat vendor atau menerusi pos.

"Sebanyak 11,435 permohonan VEP lagi sedang dalam proses untuk disiapkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri taklimat di pusat vendor VEP di Danga Bay sebelum meninjau cara ia dipasang pada kenderaan asing Singapura.
Bermula 1 Oktober depan, semua kenderaan asing dari Singapura dilaporkan diwajibkan mempunyai VEP.

Anthony dilaporkan berkata, peraturan itu akan dikuatkuasakan untuk pintu masuk di kedua-dua kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor iaitu di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor dan di Bangunan Sultan Abu Bakar di Link Kedua Malaysia-Singapura.
Penguatkuasaan VEP itu bertujuan memastikan semua pengguna jalan raya termasuk kenderaan asing mematuhi sepenuhnya peraturan jalan raya di Malaysia, selain pemantauan keselamatan dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Dalam pada itu, Anthony berkata, Kementerian Pengangkutan akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) penuh pelaksanaan VEP pada 1 Oktober depan.

Katanya, ia akan dilakukan selepas meninjau hari pertama penguatkuasaan VEP terhadap kenderaan asing Singapura di CIQ di sini, nanti.
"Dalam tempoh dua bulan berbaki sebelum 1 Oktober ini, kita mahu meningkatkan pendaftaran VEP terlebih dahulu.

"SOP penguatkuasaan lain termasuk tindakan terhadap kenderaan asing Singapura yang masuk negara ini tanpa VEP, akan diumumkan 1 Oktober nanti. SOP dan kaedahnya sudah ada, cuma kita tunggu 1 Oktober nanti," katanya.

Dalam pada itu, Anthony berkata, menerusi pemantauan sebelum ini hanya sebanyak 10 hingga 15 peratus kenderaan asing Singapura yang mendaftar VEP.

"Ia berbanding sekurang-kurangnya 18,000 jumlah kenderaan asing Singapura yang masuk ke negara kita menerusi Johor, setiap hari.

"Oleh itu, sudah sampai masanya langkah penguatkuasaan VEP terhadap kenderaan asing Singapura mulai 1 Oktober ini, bagi kita menggunapakai sistem yang sudah lama sedia ada namun tidak dikuatkuasa sepenuhnya," katanya.

sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.101756 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list