CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 21851|Reply: 79

[Jenayah] Update:Petinju Wanita Itali ‘Akui’ Kesilapan, Mohon Maaf Kepada Khelif, jika dia bertemu Khelif lagi, dia akan “memeluknya”

[Copy link]
Post time 2-8-2024 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 3-8-2024 01:20 PM


Sukan tinju Olimpik dilanda kontroversi dengan tindakan petinju wanita Itali, Angela Carini yang meninggalkan gelanggang menentang lawannya Imane Khelif dari Algeria hanya selepas 46 saat tampil memohon maaf kepada lawannya dan menjelaskan keputusannya, lapor Yahoo News.

Dalam wawancara bersama akhbar Itali, Gazzetta dello Sport, Carini, 25, menyatakan rasa kesalnya terhadap cara dia mengendalikan situasi selepas pertarungan itu.

“Semua kontroversi ini buat saya sedih,” katanya. “Saya juga mahu minta maaf kepada lawan saya. Jika IOC kata dia boleh bertanding, saya hormati keputusan itu.”

Carini menjelaskan bahawa meninggalkan pertarungan adalah langkah matang yang perlu diambil, namun dia sesal kerana tidak berjabat tangan dengan Khelif selepas pertarungan.

“Ia bukan sesuatu yang saya niat untuk buat,” katanya lagi. “Sebenarnya, saya ingin memohon maaf kepada dia dan semua orang. Saya marah kerana Olimpik saya berakhir begitu sahaja.”


Carini juga menambah bahawa jika dia bertemu Khelif lagi, dia akan “memeluknya”.

Pertarungan yang berlangsung pada hari Khamis itu menyaksikan Carini diserang bertalu-lalu dalam masa 30 saat pertama sebelum kembali ke sudut untuk membetulkan pelindung kepala dengan bantuan jurulatihnya.

Selepas perlawanan disambung, dia sekali lagi kembali ke sudut dan memberhentikan pertarungan.

Carini memberitahu BBC Sport bahawa keputusan itu diambil demi keselamatan dirinya.

“Ia boleh jadi perlawanan seumur hidup, tetapi saya perlu menjaga keselamatan diri saya juga pada ketika itu,” katanya.

Khelif yang mempunyai rekod panjang mengenai penglibatannya dalam kategori wanita, diiktiraf oleh IOC sebagai wanita.

Namun, ujian yang dijalankan oleh Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA) yang diketuai Rusia tahun lalu mendapati Khelif gagal memenuhi kriteria kelayakan untuk bertanding dalam kategori wanita mengikut peraturan IBA.

Jurucakap IOC, Mark Adams, menegaskan bahawa petinju Imane Khelif adalah seorang wanita sejak lahir dan didaftarkan sebagai wanita sepanjang hidupnya.

“Peninju Algeria itu dilahirkan sebagai wanita, didaftarkan sebagai wanita, menjalani kehidupan sebagai wanita, bertinju sebagai wanita, dan mempunyai pasport wanita,” katanya.
___________________&&&_________________________


Dalam salah satu pertarungan paling kontroversi dalam sejarah Olimpik, petinju wanita Itali, Angela Carini, jatuh ke lantai dan menangis selepas perlawanan menentang lawan dari Algeria yang didakwa sebagai ‘lelaki’.



Menurut Front Page, pertarungan yang hanya berlangsung selama 46 saat itu berakhir apabila Carini menerima dua tumbukan kuat yang menyingkirkannya daripada perlawanan tersebut.

Angela Carini, 25, menentang Imane Khelif, 25, yang sebelum ini diharamkan daripada pertandingan tinju utama sebelum Olimpik.

Selepas pertarungan dihentikan, pengadil mengangkat tangan Khelif sebagai tanda kemenangan.

Namun, Carini yang jelas marah menarik balik tangannya daripada pegawai perlawanan sebelum keluar dari gelanggang tanpa berjabat tangan dengan lawannya.

Petinju Itali itu kemudiannya jatuh berlutut dan menangis sambil menyatakan bahawa beliau tidak pernah merasakan tumbukan sekuat itu dalam mana-mana pertandingan sebelum ini.

Dalam kenyataannya selepas perlawanan, Carini yang kecewa menyatakan, “Saya sentiasa mengharumkan nama negara dengan setia. Kali ini saya tidak berjaya kerana saya tidak dapat bertarung lagi. Jadi saya hentikan perlawanan ini.”

Beliau menegaskan bahawa keputusan untuk tidak meneruskan perlawanan bukan sebagai protes terhadap penyertaan lawannya, tetapi keputusan itu perlu dipertimbangkan oleh pihak Olimpik.

Carini dibawa untuk pemeriksaan perubatan bagi menilai kecederaan di wajahnya yang termasuk luka dibahagian hidungnya.

Kejadian ini menarik perhatian ramai kerana Khelif sebelum ini disingkirkan daripada kejuaraan dunia tahun lepas selepas gagal dalam satu ujian testosteron yang dilakukan untuk menentukan kelayakan jantina.

Walaupun mengalami masalah ujian jantina, Khelif diterima ke Olimpik di Paris 2024 di tengah-tengah kontroversi besar.

Pegawai Olimpik menyatakan beliau sebagai wanita dalam biografi rasmi Sukan Olimpik.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2024 10:43 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
DAH KALAH TU KALAHLAH!!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 03:08 PM | Show all posts

Menuntut Keadilan, Kena Tumbuk Dengan Wanita Jadian!



Sejak semalam (1 Ogos), tular di media sosial klip video perlawanan di antara petinju wanita Itali, Angela Carini menentang petinju Algeria, Imane Khelif di Sukan Olimpik Paris 2024.

Klip video terbabit tular selepas Carini menarik diri selepas hanya 40 saat beraksi di atas gelanggang pada pusingan pertama kerana tidak mampu menahan asakan Khelif.

Malah, ada yang menyatakan aksi perlawanan tinju Wanita itu adalah tidak adil kerana mendakwa atlet Algeria berkenaan bukanlah seorang wanita tulen.

Tidak hanya itu, Carini juga dilaporkan menuntut keadilan terhadap dirinya selepas turut mendakwa Khelif secara biologinya adalah seorang lelaki namun dibenarkan bertanding dalam kategori wanita.

Memetik Harian Metro, Khelif pernah dibatalkan penyertaannya di Kejohanan Dunia akibat gagal dalam ujian kelayakan jantina tetapi di Olimpik Paris 2024 ini dia dibenarkan bertanding dalam ketagori wanita.

Khelif kuasai aksi, tumbuk tepat ke arah muka dan hidung Carini

Dalam pertarungan pusingan awal itu, Khelif nyata menguasai aksi dengan beberapa siri tumbukan tepat ke arah muka dan hidung Carini memaksa Carini mengangkat tangan dan menunjukkan isyarat tarik diri.

“Hati saya sangat kecewa. Saya bertanding kerana mahu memenuhi impian bapa saya yang mahukan saya beraksi di Olimpik.

“Saya tidak kalah ada hari ini, tetapi saya menarik diri kerana mahukan keadilan. Saya tidak pernah merasakan tumbukan seperti itu yang agak janggal bagi seorang wanita,” katanya.

Selepas menarik diri, Carini dilihat menangis di atas gelanggang dan enggan berjabat tangan dengan wakil Algeria itu akibat kekecewaan yang dihadapinya.
Khelif memang wanita, bukan lelaki ‘jadian’ seperti yang didakwa?

Perkara yang sohor di media sosial ini sekali gus telah menimbulkan berdebatan ramai orang di seluruh dunia mengenai jantina sebenar Khelif.

Ada yang mendakwa dia merupakan seorang lelaki kerana ujian yang dijalankan sebelum ini mendapati dia mempunyai satu kromosom X dan satu kromosom Y (XY) tidak seperti wanita biasa yang memiliki dua kromosom X (XX).

Bagaimanapun, terdapat pihak yang menyangkal dakwaan itu dengan menyatakan Khelif sememangnya dilahirkan sebagai seorang wanita selain negara Algeria yang mempunyai majoriti penduduk Islam juga mengharamkan transgender atau LGBT.

Malah, ada yang mendakwa Khelif seorang khunsa atau dalam istilah perubatan, Masalah Perkembangan Seksual (DSD) iaitu bayi yang dilahirkan dengan dua kemaluan untuk lelaki dan perempuan.

Tidak kurang juga pihak yang berkongsi gambar Khelif sewaktu kecil dahulu yang sememangnya seorang wanita.
Setiap atlet patuhi peraturan kelayakan dan penyertaan pertandingan – Olimpik

Malah, pihak Olimpik sendiri menerusi satu kenyataan juga menegaskan setiap orang mempunyai hak untuk bersukan tanpa diskriminasi.

Jelas Olimpik, semua atlet yang mengambil bahagian dalam kejohanan tinju Paris 2024 mematuhi peraturan kelayakan dan penyertaan pertandingan.

Selain itu, kata Olimpik, semua peraturan perubatan yang ditetapkan oleh Unit Tinju Paris 2024 (PBU) adalah sama seperti pertandingan tinju Olimpik sebelum ini iaitu berdasarkan jantina dan umur atlet mengikut pasport mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak boleh ke asingkan game ikut gender? Yang jantan vs jantan, yang betina vs betina, yang bapok vs bapok, yang pengkid vs pengkid. Baru adil & saksama.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 2-8-2024 01:17 PM
DAH KALAH TU KALAHLAH!!!

Mana adil...jantina x sama...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2024 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Binodino replied at 2-8-2024 03:42 PM
Tak boleh ke asingkan game ikut gender? Yang jantan vs jantan, yang betina vs betina, yang bapok vs  ...

Bahhahaha.
Meols akan duduk TV paling depan bila acara kelempok lawan kelempok
Pasti menggeletik dan menggeletis!
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 03:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2024 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
si imane ni pompuan kan? cuma dia ada swyer syndrome sebab tu kekuatan dia mcm lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Khunsa kan....tapi muka lelaki habis...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
World Championship last year dia kena ban. Olympic boleh pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 04:10 PM | Show all posts
Dah tau ko tu pompuan buat lah cara pompuan, gigih nak bertinju macam jantan tapi syarat nak opponent lemah gemalai how?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 04:10 PM | Show all posts
eleh kt tiktok fb X sume acah2 sokong plak dia ni
sbb alasan muslim je
padahal kalau bukan pasal ni
bukan korang2 tu selalu mengutuk ke orang2 appearance cmni
acah plak
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana transgender boleh masuk olimpik..pelik2 undang2 sekarnag.yg bekas perogol pedo pun rilek masuk pertandingan
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 04:35 PM | Show all posts
kemahen feminist fight gender equality..
tapi baru sekali kena tinju melalak pulak..
dan dan kata tu jantan tak boleh fight pompuan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2024 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum tau peninju tu dr algeria & muslim, netizen ramai maki2 tuduh olimpik promo lgbt & benarkan transgender. Skrg ramai sokong imane pula
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
hanihan16 replied at 2-8-2024 07:55 AM

Ooo macam Petra2 something bekas sprinter tanahair tu la kot. Macam jantan tapi memang biologically female.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tau mana betul. Ada news outlet ckp dia mmg perempuan. Adakah dia lahir kunsaaa???
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada iras sabrina khan anak menakan toksop.


Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 04:41 PM | Show all posts
dah sapa plak sebarkan dia ni transgender
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kajian Institut Kajian Pasaran (IPSOS) yang melihat Malaysia antara negara yang merekodkan insiden buli siber tertinggi.
YgBenarKajian Institut Kajian Pasaran (IPSOS) y
Views : 6748 Replies : 3
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41959 Replies : 326
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 137478 Replies : 3897
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 43684 Replies : 661
SAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU.
intan_smsbSAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU.
Views : 26528 Replies : 13
Ruhainies diminta jadi Orix
Glass_shoesRuhainies diminta jadi Orix
Views : 61414 Replies : 49
Turkish delight vs singkong, acik gagah tersenyum bangga
ModngengadeTurkish delight vs singkong, acik gagah
Views : 828 Replies : 1
kuiz dan Kenali Borneo
Vellfirekuiz dan Kenali Borneo
Views : 21492 Replies : 505
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26713 Replies : 118
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 103148 Replies : 1632

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-9-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.068782 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list