CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25029|Reply: 0

[Kedah] Dua pejalan kaki cedera dirempuh kereta terbabas

[Copy link]
Post time 3-8-2024 08:31 AM | Show all posts |Read mode
Dua pejalan kaki cedera dirempuh kereta terbabas


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Ogos 3, 2024 @ 8:01am [email protected]




Dua pejalan kaki cedera selepas dirempuh kereta yang terbabas di Jalan Tunku Bendahara berhampiran Taman Rimba, di sini, semalam. - Foto Polis Kota Setar





AlOR SETAR: Dua pejalan kaki cedera selepas dirempuh kereta yang terbabas di Jalan Tunku Bendahara berhampiran Taman Rimba, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, kedua-dua lelaki berusia 24 dan 25 tahun itu mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, Pusat Kawalan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerima maklumat berhubung kemalangan jalan raya yang membabitkan dua kereta dan dua pejalan kaki di lokasi pada jam 7.37 malam.

Beliau berkata, sebelum kejadian satu daripada sebuah kenderaan terbabit membelok ke kanan menuju ke arah Taman Golf namun dilanggar sebuah kenderaan lain yang datang dari arah Wisma Darul Aman.

"Perlanggaran kedua-dua kenderaan di persimpangan jalan dalam kawasan Taman Rimba itu menyebabkan satu daripada kenderaan berkenaan hilang kawalan dan terbabas, lalu merempuh dua lelaki yang berada di laluan pejalan kaki.

"Pemandu satu daripada kenderaan berkenaan yang berusia 79 tahun mengalami sakit pada bahagian dada dan luka lutut kiri, manakala seorang lagi pemandu kenderaan berusia 62 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Semua mangsa yang cedera kemudiannya dikejarkan ke hospital dan sedang menerima rawatan di Zon Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Siti Nor Salawati berkata, semua mangsa dipercayai berada dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun, katanya, punca sebenar kemalangan itu masih lagi dalam siasatan pihak polis dan kes disiasat mengikut Kaedah 3(2)(b) Kaedah Lalulintas 1959.

"Sehubungan itu, pihak polis meminta kerjasama orang ramai terutama saksi kejadian untuk tampil memberi keterangan di Balai Polis Trafik Kota Setar atau menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Muhammad Nizam Abdul Hamid di talian 047321222 atau 010-4542459 bagi membantu siasatan," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.052226 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list