CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47385|Reply: 0

[Dunia] Kualiti air Sungai Seine merosot, latihan triatlon dibatalkan lagi

[Copy link]
Post time 3-8-2024 06:59 PM | Show all posts |Read mode
Kualiti air Sungai Seine merosot, latihan triatlon dibatalkan lagi

Latihan bagi acara triatlon berpasukan campuran Sukan Olimpik 2024 yang dijadualkan pada Isnin di Sungai Seine terpaksa dibatalkan susulan kualiti air yang merosot. Foto Agensi

KUALITI air Sungai Seine sekali lagi merosot, menghalang latihan untuk acara triatlon berpasukan campuran Sukan Olimpik 2024 di Paris yang dijadualkan pada Isnin.

Hujan baru-baru ini telah menyebabkan sungai itu tidak selamat untuk atlet berenang, dan semua latihan untuk acara individu juga terpaksa dibatalkan, menurut agensi berita Jerman dpa.

Terdapat kebimbangan besar mengenai acara individu, namun akhirnya ia berlangsung pada Rabu selepas air disahkan selamat untuk atlet berenang pada saat terakhir. Perlumbaan atlet lelaki terpaksa ditangguhkan selama sehari.

Selain triatlon campuran, acara 10 kilometer (km) renang air terbuka untuk lelaki dan wanita juga dijadualkan berlangsung di Sungai Seine minggu depan.

Perancis telah berusaha selama bertahun-tahun untuk meningkatkan kualiti air Sungai Seine, melabur sekitar €1.4 bilion (AS$1.5 bilion) dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk menggunakan sungai itu untuk acara Olimpik. - Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.134673 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list