CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48454|Reply: 0

Liverpool benam Arsenal 2-1

[Copy link]
Post time 3-8-2024 10:23 PM | Show all posts |Read mode


Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan persahabtan pra-musim di antara Arsenal dan Liverpool di Lincoln Financial Field di Philadelphia, Pennsylvania. — Gambar AFP

WASHINGTON: Mo Salah dan Fabio Carvalho menjaringkan gol pada separuh masa pertama untuk memberikan Liverpool kemenangan 2-1 ke atas Arsenal kelmarin manakala Chelsea menang ke atas pasukan Mexico dan Manchester United mengetepikan Real Betis 3-2 dalam perlawanan pramusim.

Dalam aksi persahabatan lain di Amerika Syarikat, Chelsea menewaskan pasukan Mexico, Club America 3-0, sementara AC Milan menewaskan Real Madrid 1-0 dan Manchester United menumpaskan Real Betis 3-2.

Pemain Mesir Salah membuka tirai jaringan untuk Liverpool pada minit ke-13, lebih lincah daripada pemain-pemain pertahanan untuk mengejar hantaran Harvey Elliott yang membelah dinding pertahanan.

Penyerang itu melepasi pemain pertahanan tengah Arsenal, Gabriel dan membuat rembatan rendah dengan tendangan kaki kiri melepasi penjaga gol Arsenal, Karl Hein.

Carvalho menggandakan pendahuluan Liverpool pada minit ke-34, dengan Elliott sekali lagi menjadi pembantu.

Pemain sayap Portugal berusia 21 tahun itu mengutip hantaran sempurna Elliott ke dalam kotak dan menjaringkan gol dengan sepakan voli yang mencelah di antara kedua-dua kaki Hein.

Kai Havertz menjaringkan gol untuk Arsenal di hadapan 69,879 penonton di stadium tuan rumah Philadelphia Eagles NFL.

Arsenal mengurangkan defisit pada minit ke-40 apabila Havertz menjaringkan gol melepasi penjaga gol Liverpool, Caoimhin Kelleher dari jarak dekat selepas Martin Odegaard melorong buatnya di dalam kotak.

Separuh masa kedua tanpa jaringan memastikan kemenangan untuk pengurus baharu Liverpool dari Belanda, Arne Slot, yang telah menggantikan Jurgen Klopp.

Pemain pertahanan Itali berusia 22 tahun Arsenal yang baru ditandatangani, Riccardo Calafiori tidak berada dalam barisan The Gunners.

Di San Diego, Real Betis meraih kelebihan awal hasil jaringan Iker Losada pada minit ke-15.

Pendahuluan itu hanya bertahan tiga minit apabila Romain Perraud mengasari pemain Manchester United, Amad Diallo di dalam kotak dan Marcus Rashford meledak penalti yang dihadiahkan.

Diallo meletakkan kelab Old Trafford itu di hadapan pada minit ke-24 dan Casemiro menambah skor dengan tendangan kaki kiri hasil hantaran Rashford pada minit ke-31 untuk mendahului 3-1 separuh masa.

Tandukan Diego Llorente pada minit ke-61 memberi satu gol untuk Betis.

Di Atlanta, pemain penyerang Chelsea dari Perancis, Christopher Nkunku menyempurnakan sepakan penalti pada minit ketiga untuk memberi mereka pendahuluan semasa menentang lawan kelab Mexico.

Marc Guiu, 18, Sepanyol, menjaringkan gol kedua dengan tandukan pada minit ke-21.

Pemain sayap Noni Madueke menjaringkan penalti kedua Chelsea dalam permainan pada minit ke-79 untuk memastikan kemenangan 3-0.

Di Chicago, jaringan pemain antarabangsa Nigeria Samuel Chukwueze pada minit ke-55 memberikan AC Milan kemenangan 1-0 ke atas Real Madrid. — AFP


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.145246 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list